Bersempena Ramadan, Awesome TV kembali mengangkat tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ bagi melatari Kempen Ramadan 2023 yang sarat dengan pengisian komprehensif sepanjang bulan ini menerusi himpunan hampir 50 program menarik khas buat penonton.

Mulai minggu pertama Ramadan ini, para penonton bakal dihidangkan dengan pelbagai seleksi kandungan terhebat yang boleh ditonton menerusi platform Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112.

Mengulas lanjut mengenai pengisian kempen Ramadan tahun ini, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, pihaknya optimis menyajikan santapan program menarik sempena Ramadan untuk seisi keluarga.

“Untuk tahun ini, persiapan rapi sudahpun dibuat bagi menyemarakkan lagi pengisian kempen kami dengan menghimpunkan variasi program istimewa daripada pelbagai genre berbeza demi memenuhi citarasa semasa audiens.

“Selain daripada mempersembahkan program-program berunsur hiburan berkualiti tinggi, kami tidak ketinggalan untuk menyiarkan rancangan yang mempunyai pengisian nilai-nilai kerohanian serta

suntikan elemen-elemen pengajaran dan pendidikan dalam program yang disiarkan.

IKLAN

“Sebagai stesen televisyen, kami juga memikul tanggungjawab besar dalam mendidik masyarakat menerusi program yang mampu memupuk nilai-nilai murni dan positif misalnya, menjayakan inisiatif penerbitan program CSR ‘Ihsan Kita’ untuk mendekati audiens kami menerusi aktiviti kemasyarakatan di bulan penuh barakah ini,” katanya.

Dibariskan beberapa program TV menarik yang disajikan mereka, antaranya khusus buat peminat drama Melayu tempatan.

‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’, 50 Program Menarik Semarakkan Bulan Ramadan‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’, 50 Program Menarik Semarakkan Bulan Ramadan‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’, 50 Program Menarik Semarakkan Bulan Ramadan

Drama ‘Jodoh Duda I’ 18 episod dibintangi oleh Azrel Ismail, Elisha Sandha dan Syazwan Zulkifly bakal menghiasi slot ‘Rom Com’ pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 9.30 malam bermula 27 Mac 2023.

IKLAN

Manakala drama ‘Kiblat Yang Hilang’ pula bakal mengambil alih slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Ahad jam 8.30 malam.

Sepanjang bulan Ramadan, program berunsur kerohanian seperti ‘Chit Chat Ustaz S3’, program bual bicara mengenai kisah 25 Rasul iaitu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ yang dikemudikan oleh PU Amin turut diketengahkan, setiap hari Isnin hingga Ahad jam 7.00 malam bermula 27 Mac 2023.

Program ‘Relax! Jangan Gaduh’ yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Scha Alyahya pula bakal membincangkan tentang hal-hal agama dan isu-isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian yang di adakan secara debat bersama ahli panel.

IKLAN

Program 12 episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7.30 malam bermula 31 Mac 2023.

Antara nama-nama popular yang turut diundang khas termasuklah Jihan Muse dab suaminya, Ungku Hariz, Pekin Ibrahim & Mona Allen, Aziz M.Osman & Puteri Lily Lokman, Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos, Zamarul Hisham & Diana Rafar dan ramai lagi.

Ia memulakan siaran setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 7.30 malam bermula 31 Mac depan.

Turut disajikan ialah filem terhebat pelbagai negara, program masakan, food hunting, travelogue, bual bicara, dan banyak lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI