Datin Patimah Ismail iaitu ibu kepada pengarah Syamsul Yusof tidak mahu memberikan sebarang komen apabila bakal menjadi pencelah dan saksi kepada Puteri Sarah susulan krisis rumah tangga membabitkan anaknya.

Menantunya itu berkongsi perkara tersebut sejurus selesai prosiding tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pagi tadi.

“Tiada komen,” katanya ringkas.

Selain Datin Patimah, difahamkan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam bakal menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama pengarah Syamsul.

IKLAN

Perkara itu dimaklumkan Patimah kepada Puteri Sarah menerusi satu panggilan termasuk akan memberikan sokongan penuh kepadanya.

Menerusi prosiding hari ini, Syamsul enggan melepaskan isterinya, dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

IKLAN

Selain kes permohonan cerai, satu lagi kes bakal dijalankan susulan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan permohonan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.

Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai tahun lalu antara lainnya menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.

IKLAN

Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya (Puteri Sarah).

Untuk info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 4.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI