Dinobatkan selaku pemenang Anugerah Digital Content Creator Tergempak 2022, pempengaruh media sosial, Ryan Bakery mahu mendedikasikan kejayaan tersebut buat isterinya, Elyia Ibrahim yang setia di sisinya disaat susah dan senang.
Menurut Ryan, isterinya itu sanggup mengeluarkan duit sendiri semata-mata untuk menyokong hasratnya untuk bergelar pembikin konten sebagai salah satu usaha meraih pendapatan.
“Ketika saya diberhentikan kerja pada tahun 2020, saya mula berniaga popia dan berniat untuk mula membuat video demi menjana pendapatan. Pada waktu itu, hanya ada seorang sahaja yang percayakan saya iaitu isteri saya. Ketika itu, kami belum berkahwin pun.
“Dia sanggup keluarkan duit sendiri bila saya nak set up alatan shooting seperti green screen, gimbal dan lampu studio walaupun gaji dia tak besar mana. Saya berjaya sampai ke tahap ini pun salah satunya disebabkan dia.
“Ketika waktu susah dahulu, kami perlukan kereta untuk bergerak ke sana-sini. Jujur kata, kami memang tidak ada apa-apa pada waktu itu. Jadi, isteri saya sanggup gunakan nama dia untuk mohon pinjaman bank walaupun kami belum berkahwin,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, Elyia akui tidak dapat menahan sebak saat nama Ryan diumumkan selaku pemenang anugerah.
Menurut Elyia, dia antara individu rapat yang melihat sendiri perjalanan Ryan sebagai pembikin kandungan sebelum diangkat sebagai antara pempengaruh media sosial dikenali ramai.
“Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak dari zaman belajar lagi. Kami masuk kerja pun sama-sama. Bila pandemik dan dia kena buang kerja, takkan saya nak tinggalkan dia.
Ads
“Jadi, saya tetap sokong dia. Bila dia bagitahu nak buat konten di media sosial tapi tiada modal, saya tak kisah keluarkan duit sendiri dahulu.
“Kami bermula daripada kosong. Bila nama dia diumumkan sebagai penerima anugerah, rasanya seperti kemenangan yang sangat bermakna,” kongsinya.
Ryan dan Elyia berkata sedemikian ketika ditemui media pada acara Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA2023) baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, Ryan akui sedikit terkilan dengan sikap segelintir pihak menuduh isterinya kerana dikatakan cuba menumpang populariti apabila sering menemaninya dalam setiap aktiviti yang dijayakan.
“Saya agak terkilan bila isteri saya sering dikecam bila saya bawa dia ke mana-mana acara. Orang kata isteri saya macam menyibuk dan nak tumpang glamour.
“Saya kesian sangat dekat dia. Mula-mula dahulu, saya memang marah sangat bila baca komen-komen negatif ini. Ini cara saya menghargai isteri saya.
“Saya akan bawa dia ke mana sahaja saya pergi. Sebab itu saya halalkan dia secepat mungkin sebaik sahaja duit saya cukup,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru telah menjadi perbualan netizen mengenai isu artis wanita tempatan yang membuat keputusan berani untuk membuka hijab.
Yang pasti isu ini bukan suatu yang baru kerana sebelum ini sudah ada selebriti wanita lain yang melakukan hal sama.
Jom kita lihat artis wanita yang pernah pernah cetus viral, membuat keputusan untuk membuka hijab.
1.Uqasha Senrose
Uqasha Senrose telah bermula memakai hijab pada tahun 2014 dah mampu bertahan selama 3 tahun sahaja. Pada tahun 2016, Uqasha telah membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab atas alasan untuk mahu menjadi diri sendiri dan tidak mahu hidup dalam kepuraan-puraan.
2.Sara Ali
Pelakon Sara Ali telah memakai hijab pada awal tahun 2016 dan membuka hijab tersebut pada tahun April 2017. Agak sekejap Sara Ali memakai hijab dan Sara menjelaskan dia membuat keputusan untuk membuka hijab kerana tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit dan melakukan sesuatu perkara tanpa kerelaan hatinya.
3.Nina Iskandar
Pelakon kelahiran dari Brunei ini juga tidak kurang hebat terima kecaman dari netizen setelah untuk membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. Nina Iskandar telah membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada Mei 2015.
4.Ira Mohd Amin
Penyampai radio Ira Mohd Amin telah membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada hujung tahun 2016 dan artis ini membuat keputusan tidak lagi berhijab sehingga kini.
5.Emma Maembong
Emma dulunya telah memakai hijab hampir 5 tahun dan pada 6 Feb 2019, dia memaklumkan dia kini tidak lagi berhijab atas alasan imannya tidak kukuh dan bersedia untuk terima kecaman dan nasihat daripada netizen.
Bagi untuk memakai hijab adalah suatu perkara yang mudah, tapi untuk istiqamah untuk memakai hijab bukanlah satu perkara yang mudah.
Kita doakan yang baik baik sahaja kepada artis wanita yang telah membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. Semoga semua urusan mereka dipermudahkan.
Foto : Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara senior, Datuk Aznil Haji Nawawi atau sinonim dengan panggilan Pak Nil telah memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Apa yang menarik, video tersebut memaparkan Pak Nil bertemu dan melawat pelakon dan pelawak dari Singapura, Alias Kader.
“Hari ini #paknil cuba menjejaki penghibur Singapura Alias Kader. Atas bantuan beberapa orang rakan termasuk wartawan Berita Harian Spura, Hanim, Paknil bertemu dgn beliau.”
“Mula2 Paknil mencari dia ditempat beliau bekerja di majlis org kahwin tapi sebab terlalu ramai orang dan tak mahu menganggu beliau bekerja, Paknil tunggu beliau di Hotel Royal Plaza lepas dia bekerja.”
“Nantikan video penuh pertemuan kami di IGTV nanti. Video oleh @_padel_ dan video #osmo oleh @acmalibrahim” tulisnya.
Lantas, video yang dimuat naik oleh Pak Nil itu menjadi perhatian peminat. Malah, lawatan Pak Nil itu mendapat pujian dari peminat Malaysia dan Singapura.
Sebelum ini, pelawak dari singapura itu terpaksa memotong dua jari kaki kiri akibat menghidap penyakit kencing manis pada tahun 2017.
Menyedihkan lagi, selepas pembedahan itu, Alias terpaksa pula memotong bahagian bawah lutut kaki kirinya.
Oleh itu, Alias kini terpaksa memakai kaki palsu untuk berjalan. Namun, kesihatan Alias kini semakin pulih.
MH turut mendoakan supaya Alias Kader diberikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik.
Video : Instagram Pak Nil & Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan dia kini lebih selektif memilih sebarang tawaran untuk berlakon menerusi mana-mana projek selepas menubuhkan syarikat produksi Arwaa Production.
Memberi fokus kepada penerbitan drama, telefilem dan program, Nadzmi, 30, juga memperlahankan karier lakonan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ardell Aryana pada 2019.
“Tawaran selalu ada tetapi terpaksa ditapis, kerana saya tidak mahu timbul ‘conflict interest’ memandangkan saya kini mengusahakan sebuah syarikat produksi Arwaa Production yang menumpukan kepada penerbitan drama, telefilem dan program.
“Jadi saya lebih banyak berada di belakang tabir. Kita beri ruang kepada pelakon tempatan berbakat yang lain menyerlahkan kebolehan mereka. Melainkan naskhah yang saya terima itu boleh mengembangkan karakter saya pasti saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada MH.
Adhwa menambah selepas berkahwin dan kiki bergelar bapa, keutamaan sudah berubah. Namun, lakonan masih menjadi minat dan tidak akan sesekali melupakan bidang seni.
“Kini saya membahagikan fokus kepada tiga perkara iaitu keluarga, bidang seni serta perniagaan.
“Isteri saya pula lebih selesa untuk menumpukan fokus terhadap anak dan keluarga serta beberapa aktiviti kemanusiaan.
“Selain mula berjinak dalam bidang penerbitan, kami juga aktif dalam perniagaan makanan, Arwaafood. Syukur Alhamdulillah, perniagaan makanan menerusi Arwafood mendapat sambutan yang sangat positif,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai produk yang dihasilkan, Mee Kari Opah di bawah jenama terbabit terjual sebanyak 15,000 kotak menerusi platform TikTok, baru-baru ini.
“Syukur kerana produk ini mendapat respons yang sangat baik. Kami sendiri tak sangka Mee Kari Opah terjual dengan kuantiti sebanyak itu dalam masa satu jam sahaja.
“Pada awalnya, kami dapat tawaran untuk berkolaborasi dalam perniagaan ini dari dua orang sahabat, Hadi Kaderi dan Nizar Hafiz. Kami mahu meneroka bidang perniagaan makanan dan timbul idea untuk muncul dengan mi kari.
“Setelah enam bulan berhempas pulas memikirkan idea untuk segi konsep dan rasa yang ingin ditampilkan, maka terhasillah Mee Kari Opah,” katanya optimis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Guru vokal yang juga juri program Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Syafinaz Selamat menyifatkan Arrora Salwa sebagai antara peserta yang mempunyai semangat yang kuat.
Menerusi...