Susulan insiden yang berlaku kepada pelakon Fasha Sandha, aktor berpengalaman Datuk Fizz Fairuz menasihati rakan pelakon lain agar tidak berlebih-lebihan ketika menjayakan sesebuah babak.
Memahami situasi yang berlaku, Fizz berkata, ada pelbagai cara lain yang boleh digunakan bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
“Bagi saya, waktu berlakon ini kena beringat, tak perlu nak beria-ia sangat. Memang boleh untuk melakukan babak sedemikian tapi biarlah ada persediaan sebab ada asas lakonan.
“Saya faham keadaan ini tak boleh nak elak, tapi kita boleh rancang, tak perlu nak nampak terlalu realistik misalnya agenda baling, sepak, ke terpanjang…ada cara yang betul.
“Jangan terlalu over acting sebab ia melibatkan orang lain juga. Kena ingat, kalau ada duit boleh dapatkan rawatan tapi kalau ini terjadi kepada pelakon yang tidak berkemampuan macam mana,” katanya kepada MH.
Ads
Tambah Fizz lagi, setiap pengiat seni seharusnya berhati-hati dalam melakonkan aksi berisiko kerana terdapat syarikat produksi yang tidak menyediakan pelan perlindungan.
“Kerjaya sebagai seni ini boleh terdedah kepada bahaya sebab kita ini kerja sendiri.
“Jadi sepatutnya kena ada pelan pelindungan yang sebelum ini saya dengar ada ura-ura pihak berkaitan nak laksanakan tapi sehingga sekarang tiada khabar berita.
Ads
“Kenapa saya tekankan benda ini di laman sosial, kerana tidak mahu insiden yang lebih teruk berlaku membabitkan lelaki. Selama saya berkecimpung dalam industri, saya difahamkan anak seni tiada insurans disediakan.
“Kecuali kalau filem mungkin ada disediakan insurans. Kalau untuk terbitan drama, saya rasa tiada… mati katak saja la,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Fasha mengalami kecederaan di bahagian mata kirinya akibat terjatuh ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Johor Bahru, Johor, pada Rabu
Tulang mata kirinya difahamnya patah selain bebola mata bengkak selepas terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan sebuah babak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Wany Hasrita menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya menjual semula baju terpakai yang diterima secara percuma di akaun Instagram ‘Preloved Still In Love’ kendaliannya.
Menurut Wany, kesemua pakaian terpakai yang dijual di akaun tersebut merupakan koleksi peribadi yang dibeli menggunakan wangnya sendiri.
Malah, beberapa baju bertanda ‘sample’ juga merupakan kepunyaannya yang dibeli menerusi bahagian ‘display’ di sesebuah butik.
“Salam, semua barang pre-loved yang di @prelovedstillinlove semua barang yang saya beli. Tak pernah dan tidak akan jual barang yang saya dapat secara percuma.
“‘Sample’ yang dimaksudkan adalah baju sample yang dipakai sewaktu photoshoot produk (baju model) yang ada satu saiz sahaja dan dijual di butik tersebut.
“Dan satu-satunya saiz yang sesuai dan ‘ngam’ dengan saya tanpa perlu alteration. Lepas tu sekarang dah tak muat (padan uka siapa suruh makan nasi lemak).
“Saya nak let go lah. Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Canggung itu menerusi ruangan Instagram Stories selepas terdapat seorang individu yang kurang senang dengan perkara berkenaan.
“Dapat barang free lepastu jual kat orang, hebat permainan. Jelas kat situ **sample,” kata individu tersebut.
Dalam pada itu, Wany turut mendedahkan kepada individu berkenaan supaya tidak perlu bimbang berhubung perkara tersebut kerana dia masih mementingkan etika serta keberkatan dalam urusan jual belinya.
Sumber: Instagram Wany Hasrita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum pasti sudah mengetahui hari ini merupakan hari paling sedih buat pasangan ushawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida kerana menyerahkan kembali anak angkat mereka, Qayyum kepada keluarga kandungnya.
Malah, sebelum ini Shahida juga turut menitipkan sesuatu buat kanak-kanak berkenaan menerusi posting terdahulu menerusi Instagram.
Terkini, Shahida ada mengabadikan sekeping foto bersama ahli keluarga dan pekerjanya yang selama ini merupakan penjaga kepada Qayyum sejak dilahirkan.
“Tq semua…. ni orang kuat yg dah tgk qayyum dari dalam perut,lahir sampai hari ni….semua datang nak ucapkan selamat jalan dekat Qayyum.
“Tq semua?? sebab selalu jaga dan tgk qayyum utk saya,” tulisnya.
Malah menerusi Insta Stories, Shahida turut berkongsi beberapa posting momennya bersama Qayyum.
Perkongsian dari Shahida itu turut menerima reaksi perlbagai netizen.
Foto: Instagram Datin Seri Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi memastikan kelancaran Konsert Triad, lagenda rock Datuk Awie mendedahkan dirinya memperuntukkan sembilan jam sehari untuk menjalani sesi latihan bersama Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.