Selepas filem dialek Negeri Sembilan, Gadis Jolobu The Movie, Syarikat Zebra Studio kini dalam proses menghasilkan filem baharu, JanGo.
Menariknya, naskhah ini mengetengahkan budaya Melayu dan Cina untuk tayangan global yang sekaligus, menjadi filem rentas budaya dalam dwi-bahasa pertama di Malaysia, menggabungkan empat pelakon Melayu dan Cina sebagai pemain watak utama.
JanGo iaitu ringkasan untuk Jangan Goyang ialah produksi usaha sama antara Zebra Studio dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.
Pengasas dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi, berkata idea menghasilkan filem JanGo dicetuskan dua pelakon utamanya, Khir Rahman dan Joey Daud.
“Ketika penggambaran filem Gadis Jolobu The Movie, Khir dan Joey mengetengahkan idea menghasilkan filem JanGo. Saya tanya apa maksud JanGo, ini kerana saya tidak melihat program realiti yang pernah mereka sertai.
“JanGo adalah nama kumpulan Khir, Joey dan Vicha, mereka pernah diangkat sebagai juara dalam program realiti itu. Dari pada situ, datangnya idea menghasilkan filem JanGo.
“Namun, lebih istimewa kami turut menggabungkan pelakon berbangsa Cina. Untuk JanGo 1.0, kami akan fokus di Malaysia, kemudian, Khir dan Joey akan terbang ke Shanghai, China menjalani penggambaran filem JanGo 2.0.
“Sepatutnya, kami perlu ke China terlebih dahulu disebabkan mempunyai pelabur dari China. Namun, kami belum sempat membuat kajian. Jadi kami terpaksa menghasilkan filem JanGo 1.0 di Malaysia,” katanya.
Tambah Saraleana, JanGo juga mengetengahkan beberapa unsur komedi antara budaya Melayu dan Cina di Malaysia.
Malah, pihaknya teruja menjalin kerjasama dengan syarikat produksi Hong Kong kerana projek itu menonjolkan campuran budaya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Ads
“Saya mahu pelakon Malaysia diberi peluang mengetengahkan bakat ke luar negara terutama di Hong Kong dan China.
“JanGo dianggap suatu peluang untuk menarik penonton antarabangsa. Dengan pendekatan ini, ia membolehkan kita mencapai matlamat membawa karya dari Malaysia ke peringkat global,” katanya pada majlis pelancaran filem JanGo, baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pengarah Pengeluaran, Syarikat Times Multimedia Innovation Ltd Hong Kong, Tony Leung.
Mengulas tahap keyakinannya untuk menerbitkan filem JanGo 2.0 ketika sambutan terhadap filem sulung masih belum pasti, Saraleana percaya karya komedi mampu diterima baik di mana-mana sahaja.
“Genre filem ini adalah komedi dan aksi. Jadi, ia boleh diterima dengan baik di seluruh dunia.
Ads
“Sebelum ini, jika kita tengok komedi di Malaysia, ia membabitkan Melayu sahaja. Sama juga dengan filem komedi Cina.
“Namun, menerusi filem JanGo, kami mahu campuran komedi Melayu dan Cina. Jadi, pelakon Cina yang dipilih dalam filem ini boleh bercakap dalam bahasa Melayu.
“Joey dan Khir akan bertutur bahasa Cina untuk menceritakan bagaimana kita hidup dengan dua kaum ini.
“JanGo seperti filem Rush Hour yang menggabungkan pelakon Cina dan kulit hitam. Jadi, kami yakin filem JanGo boleh diterima dengan baik,” katanya lagi.
Selain Khir dan Joey, filem JanGo turut mengetengahkan pelakon Cina yang popular di Singapura, Zhang Yaodong dan Chris Tong.
Ads
Bagi Saraleana, gabungan pelakon memainkan peranan penting untuk membawa filem tempatan ke peringkat global.
Sehubungan itu, dia yakin gabungan empat pelakon terbabit boleh membawa filem JanGo ke peringkat lebih tinggi.
“Kalau hendak bawa karya ke peringkat global, kita tak boleh menggunakan pelakon sama. Perlu campur dan ketengahkan pelbagai pelakon dengan pelakon berpengalaman dan baharu perlu seiring,” katanya.
Bakal diarahkan sutradara berpengalaman, CL Hor, filem JanGo mula menjalani penggambaran di Lembah Klang, sejak beberapa hari lalu.
JanGo mengisahkan dua sahabat karib yang bekerja di ladang durian. Suatu hari, mereka membuat keputusan meninggalkan kampung halaman demi kehidupan lebih baik di kota.
Secara tidak sengaja, mereka ditawarkan dua ketua agensi perisikan untuk menjadi ejen rahsia dan melakukan misi ke China.
Finalis Hero Remaja 2020, Haziq Nazimuddin selesa digelar ‘Flower Boy’ kerana mempunyai kisah unik di sebalik panggilan tersebut.
Anak bongsu daripada empat orang adik beradik ini berkata, minat yang mendalam terhadap mengubah bunga-bungaan menjadi satu kelebihan dalam dirinya.
“Saya pernah beri teman istimewa sejambak bunga kira-kira tiga tahun lalu. Namun, hubungan kami hanya bertahan selama satu tahun sahaja dan dari situ tercetusnya inspirasi untuk saya menjalankan perniagaan mengubah bunga.
“Saya juga berterima kasih kepada ‘si dia’ kerana hadir dalam hidup saya dan membuka mata saya untuk mencetuskan perniagaan mengubah bunga ini.
“Ia sekali gus, memberi peluang terbaik bagi saya untuk menonjolkan sisi lain yang ada pada saya,” katanya ketika dihubungi.
Mengusahakan perniagaan bersama lima orang rakan sekerja, jejaka berusia 23 tahun ini akui berbangga dengan kebolehannya sendiri.
“Kalau kita tengok setakat ini, tidak ada lagi artis lelaki yang pandai gubah bunga dan saya berbangga dengan diri saya kerana berjaya mengubah lebih 300 jambak bunga atas permintaan ramai setakat ini.
“Ia juga merupakan sesuatu yang luar biasa,” ujarnya.
Berkongsi lebih mendalam, Haziq juga pernah mengubah bunga untuk majlis resepsi pelakon Raja Ilya dan Final Dewi Remaja 2019.
“Perkara saya tak boleh lupakan adalah saya pernah menaja tujuh jambak bunga untuk Final Dewi Remaja 2019 ketika pengumuman pemenang dan majlis perkahwinan Raja Ilya pada September 2019 di Magica Grand Hall, Star Avenue, Subang,” kongsinya yang mempunyai perancangan untuk membuka kedai bunga sendiri.
Li Si Xuan, yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik di Shenzhen, didapati telah memalsukan kelayakan akademiknya untuk melanjutkan pengajian di Universiti Hong Kong (HKU).
Si Xuan, yang memohon untuk memasuki HKU pada tahun 2021, mendakwa bahawa beliau telah menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Columbia, New York.
Bagi menyokong dakwaannya, beliau turut menyediakan dokumen dan sijil yang diperlukan untuk permohonan kemasukan ke universiti tersebut. Berdasarkan rekod, Si Xuan berjaya diterima masuk ke HKU dan memulakan pengajian di program Sarjana Linguistik Gunaan.
Namun, siasatan lanjut dijalankan oleh HKU pada tahun 2024 setelah menerima aduan mengenai pelajar yang menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan kemasukan ke universiti tersebut.
Hasil siasatan mendapati Si Xuan bukan sahaja memalsukan ijazah sarjana mudanya, tetapi turut mengubah keputusan kelulusannya dari ‘lulus’ kepada ‘distinction’. Sijil yang diberikan juga mengandungi maklumat palsu mengenai tarikh tamat pengajian yang sepatutnya berlangsung pada 11 Jun, tetapi diubah kepada 12 Jun.
Pihak HKU cuba mengaturkan pertemuan dengan Si Xuan pada bulan Jun tahun lalu, namun beliau menolak untuk bersemuka. Akhirnya, statusnya sebagai pelajar HKU dibatalkan dan laporan dibuat kepada pihak berkuasa. Si Xuan ditahan pada keesokan harinya.
Dalam soal siasat, Si Xuan mengaku bahawa beliau sebenarnya tidak menamatkan pengajian di Universiti Columbia, sebaliknya membayar 380,000 yuan (RM255,000) kepada sebuah agensi yang dikenali sebagai ‘Academic Emperor’.
Agensi tersebut menguruskan agar beliau mengikuti kursus dalam talian yang dikendalikan oleh Universiti Columbia dan kemudiannya memberitahunya bahawa beliau telah “lulus” dan “bergraduasi”.
Menghadapi tuduhan memalsukan dokumen untuk kemasukan ke HKU dan memalsukan keputusan dalam sijil graduasi Sarjananya, Si Xuan mengakui bahawa tindakan penipuannya dilakukan dengan bantuan agensi luar yang telah menguruskan segala urusan akademiknya.
Pada 8 Mei, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 240 hari terhadap Si Xuan, dengan pengurangan hukuman daripada 300 hari kepada 240 hari sebagai menghargai pengakuan bersalahnya. 40 hari daripada hukuman tersebut akan dilaksanakan secara berasingan daripada baki 200 hari.
Peguam bela Si Xuan turut memohon kelonggaran kepada mahkamah, dengan alasan bahawa anak guam mereka “sangat tertekan” berikutan kes ini. Mereka turut menambah bahawa tiada bukti yang menunjukkan Si Xuan menggunakan dokumen palsu tersebut untuk keuntungan haram.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mempunyai lebih 25 juta pengikut di Instagram, Laudya Cynthia Bella diakui sebagai antara wanita berhijab yang sering menjadi tumpuan baik di Indonesia dan di negara ini.
Lalu, wajahnya diabadikan sebagai penghias muka depan majalah Hijabista edisi terkini.
Berkongsi mengenai perkembangan terkini serta inspirasi fesyennya menerusi temu bual yang dilakukan, isteri kepada personaliti Engku Emran ini turut bercerita mengenai kisah hijrahnya.
Bella memberitahu, dia mulai mengenai hijab pada 28 Januari 2015 lalu.
“Saya mula mengenakan tudung pada 28 Januari 2015. Saya memang sudah beberapa kali mengerjakan umrah dan ketika itu terfikir mudahnya Allah beri rezeki untuk ke rumahNya.
“Dan setiap kali pulang dari mengerjakan umrah, stail rambut terbuka dan dipertontonkan pada umum. Jadi terasa begitu banyak share dosa kepada orang lain yang mengikuti stail saya,” katanya jujur.
Daripada situlah, wanita cantik ini sedikit demi sedikit terbuka hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Kenapa kalau sebelum ini saya hanya menuruti kata orang lain tetapi suruhan Allah yang wajib ini kita jauhi. Akhirnya saya nekad untuk berhijrah dan terus belajar mendalami agama Islam,” jelas Bella yang turut mendapat sokongan penuh keluarga dan teman rapat.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkongsian si cantik ini, jangan lupa untuk mendapatkan Hijabista keluargan terbaru yang kini telah pun berada di pasaran.
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...