Penyanyi Azharina Azhar yang bakal mengadakan konsert konsertnya, Live In Melbourne, Azharina Azhar pada 28 Mei ini mengakui pada awalnya dia pernah berhasrat untuk membatalkan persembahan.
Perkara itu susulan bapa yang telah diserang sakit jantung kritikal hujung April lalu.
Hati penyanyi Elegi Sepi itu jadi berbelah bahagi hingga memaksa dirinya menunda tarikh asal persembahan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 7 Mei lalu.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana selepas berbincang dengan penganjur konsert termasuk pihak pengurusannya, Currizy Popz di sana, 28 Mei diputuskan sebagai tarikh baharu.
“Saya sepatutnya terbang ke Melbourne pada 30 April. Tapi hati jadi tak senang dan gundah dengan keadaan kesihatan bapa. Tambah pula dia dimasukkan Pusat Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Sabah. Dia juga melakukan pembedahan jantung.
“Sebagai anak sulung, saya tak boleh berkompromi hal nyawa. Dia satu-satunya bapa saya dan memang tiada galang ganti. Soal konsert atau apa saja boleh difikir kemudian. Malah saya pernah terlintas nak batalkan saja konsert mini itu.
“Tapi saya tidak boleh mementingkan diri. Justeru, saya memohon pertimbangan penganjur dan syarikat pengurusan untuk menunda tarikh konsert mini itu. Mujur mereka memahami dan akhirnya saya terbang ke Melbourne 19 Mei lalu,” katanya.
Juara Bintang RTM 2001 itu pada masa sama akui, hasratnya untuk melawat bapa di Sabah tidak kesampaian.
“Dijadikan cerita, tiket penerbangan semua habis. Syukur keadaan bapa semakin okey. Ibu tiri yang banyak mengemas kini keadaanya kepada saya. Bapa pun tak mahu susahkan saya balik bertemunya.
“Malah bapa suruh saya fokus kepada anak dan persiapan konsert yang ditunda itu,” katanya lagi yang kini sibuk mempromosikan konsert mininya itu yang akan berlangsung di 333 Swanston Street Melbourne City Conference Centre.
Azharina juga memaklumkan, dia turut menerima jemputan persembahan di lokasi sekitar.
“Sejak sampai di Melbourne, jadual saya memang ketat. Ada majlis tertutup seperti makan malam dengan klien kena dihadiri. Malah ada promosi dan majlis impromptu yang saya kena hadiri membabitkan komuniti Asia di sini.
“Termasuklah promosi di stesen radio dan penerbitan akhbar di sana. Saya ke sana pun umpama strategi serampang dua mata. Selain tumpuan untuk konsert mini, saya juga mahu melebarkan saya perniagaan yang boleh diteroka.
“Ada juga majlis raya yang hanya menuntut kehadiran saya semata-mata dengan bayaran istimewa. Tak ketinggalan ‘busking’ impromptu dengan ‘Bob Marley King’ di Camberwell, Victoria. Pendek kata mereka sangat menyokong saya,” katanya.
Berkongsi lanjut, Azharina memberitahu setakat ini tiket konsert itu sudah 85 peratus terjual.
“Saya bangga menjayakan konsert mini ini kerana penganjurnya orang Melayu yang bawa artis pertama dari Malaysia membuat persembahan di Melbourne.Kebetulan saya mengenali mereka.
“Memang ada yang cakap kenapa artis suam-suam kuku macam saya. Kenapa bukan artis gred A lain dari Malaysia? Kebetulan, rezeki itu dapat kepada saya.
“Yang beli tiket persembahan saya kebanyakan orang Borneo dari Asia yang sangat menyokong. Malah mengejutkan saya diberitahu ada orang Indonesia, Singapura dan mat salih pun membeli tiket,” katanya.
Azharina dijangka menyanyikan enam ke lapan buah lagu pada persembahan berkenaan yang akan berlangsung dua jam bermula 3.30 petang waktu tempatan.
“Antara lagu wajib tentunya Elegi Sepi, Rawan, Seandainya dan lain-lain. Saya hanya akan menyarung sepasang saja persalinan rekaan Zamzuri Ali.
“Saya ke sana sendirian. Tapi setibanya di sana ada tujuh ‘entourage’ yang setia menemani saya termasuklah jurusolek,” katanya yang akan pulang ke ibu kota pada 4 Jun depan.
Sekembalinya di Malaysia dia akan sibuk pula dengan konsert keduanya tahun ini di Melaka dijangka berlangsung Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Saban tahun penyanyi remaja, Zaki Yamani akan meraikan kedatangan 1 Syawal di kediaman datuknya di Shah Alam, Selangor.
Bercerita lanjut mengenai momen raya, Zaki, 16, berkata setiap kali raya ada satu juadah yang paling ditunggu-tunggu olehnya iaitu masakan rendang yang dimasak oleh jiran datuknya sendiri.
“Saya memang hantu rendang yang dimasak jiran datuk saya… setiap tahun memang saya tertunggu rendang makcik sebelah rumah atuk.
“Kalau dapat makan, memang lengkaplah raya saya,” katanya kepada Media Hiburan.
Bakal menggayakan sembilan pasang baju Melayu sepanjang Syawal, anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ini berkata dia hanya sempat membeli sepasang baju Melayu.
Selebihnya, dia bersyukur kerana ditaja rakan selebriti, Wak Doyok serta jenama Bulan Bintang.
“Tahun ini hari raya saya paling meriah, sebab saya ada sembilan pasang baju raya! Memandangkan tahun ini baru kita dapat beraya semula, jadi mestilah sambut secara all out.
“Saya akan pakai hari-hari baju Melayu. Keluarga pun mungkin pakai baju raya sampai Syawal kedua atau ketiga sahaja. Saya suka pakai sebab baju Melayu memang selesa dan praktikal,” katanya lagi.
Aktres Diana Danielle mengakui pada peringkat awal dia kembali bekerja dalam lapangan lakonan, reaksi yang diberikan anak sulungnya, Muhammad tidak begitu baik.
Ini kerana menurut Diana, anaknya yang ketika itu baru mencecah usia setahun kerap menangis dalam suatu tempoh lama hingga membuatkannya risau.
“#KisahBantalBusuk ni bermula dari Muhammad umur setahun, dia terkejut bila ibu dia dari full-time housewife, bekerja balik.
“Dari momen D (Diana) keluar rumah, sampai D balik, Muhammad takkan berhenti menangis sampai pernah hilang suara! Masa tu D sampai hampir lupakan nak kerja takut anak jatuh sakit..,” tulisnya.
Diana bagaimahapun lega apabila situasi berkenaan semakin baik apabila anaknya menunjukkan perubahan positif.
“Tapi satu hari tu D keluar kerja, dia senyap. Nanny bagitahu Muhammad start attached dgn patung bear favourite dia.
“Kalau dia nak minum botol atau tidur, kalau Ibu takde, bear akan teman, jadilah bantal busuk. Sampai harini.
“Tapi time to time, kena basuh jugak sebab tengit sangat baunya,” seloroh isteri aktor, Farid Kamil ini.
Diana berkongsi coretan berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram disusuli dengan kempen terkini satu jenama.
Sekadar informasi, Diana mendirikan rumah tangga bersama Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 6.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Aepul Roza mengakui dirinya masih menerima banyak permintaan untuk menghasilkan lagu berdasarkan isu-isu viral yang hangat diperkatakan di media sosial.