Penyanyi Afieq Shazwan menyatakan rasa syukur apabila berjaya memiliki kereta baru jenis Honda Civic RS, baru-baru ini.
Menerusi Instagram, bintang berusia 24 tahun itu teruja kerana sekurang-kurangnya, kereta yang baru dimilikinya itu buat keselesaan ibu tersayang.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas rezekiMu yang tak terhingga, tak pernah termimpi walaupun tidaklah sehebat mana, tapi cukup memadai untuk Afieq bersama mama.
“Usaha, sabar, dan tawaqqal. Alhamdulillah Allah makbulkan jugak. Walaupun berbagai ujian tempuh sama-sama, akhirnya bahagia pun kecapi bersama,” tulisnya.
Penyanyi lagu Resah Kerinduan ini turut menitipkan dedikasi buat ibunya.
Ads
“Thank you mama, sentiasa ada di sisi dalam susah dan senang walaupun pernah rasa give up tapi mama lah penaik semangat Afieq.
“InsyaAllah more to come. Thank you semua yang sentiasa mendoakan afieq dengan mama. Semoga mama sentiasa sihat dapat tengok Apit kawin pulak,” tulisnya lagi.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski sedang menghitung hari menyambut kelahiran anak pertamanya, model dan pelakon cantik, Raya Ilya berkesempatan merakamkan semula lagu ‘cover’ Bollywood, Zara Zara.
Lagu Hindi yang dipopularkan oleh Bombay Jayashri itu pernah dijadikan runut bunyi bagi filem Rehnaa Hai Terre Dil Mein diterbitkan pada tahun 2001 lakonan Madhavan, Saif Ali Khan dan Dia Mirza.
Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, tawaran untuk merakamkan semula lagu tersebut itu datang penerbit muzik dan komposer dari Malaysia, Krishinthen Shanmugam sekitar September tahun lalu.
“Lama juga saya fikir sama ada untuk menyanyikan lagu ini atau sebaliknya. Tambah pula saya sedang berbadan dua selain saya bukan penyanyi profesional.
“Malah selama ini pun saya tak pernah menyanyikan lagu Bollywood secara serius atau profesional. Saya awalnya tak yakin dengan diri sendiri.
“Tapi komposer itu yakin saya boleh melakukannya. Malah dia siap menghantar demo lagu itu untuk saya cuba nyanyikan,” katanya.
Versi berkenaan telah lancarkan pada 5 petang tadi di platform YouTube dan media sosial.
“Fikir punya fikir, saya akhirnya bersetuju dan mencabar diri. Akhirnya saya sendiri jatuh hati dengan lagu itu yang diakui sangat popular dan ramai orang suka.
“Malah ramai juga yang menyanyikan lagu itu dan dikongsi di YouTube. Bagaimanapun, bukan mudah proses rakaman. Makan bulan juga.
“Lagipun saya di Perth, Australia dan komposer itu di KL. Tapi dengan kemajuan teknologi, proses rakaman itu tetap berjalan seadanya.
“Tak saya nafikan, banyak juga kesilapan dilakukan semasa rakaman. Lalu, komposer kena bimbing saya banyak kali untuk memperbetulkan kelemahan dan kekurangan. Termasuklah cara sebutan bahasa Hindi untuk lagu itu selain tempo,” katanya lagi.
Bintang filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu turut menjelaskan, proses ‘mixing’ dan ‘mastering’ terbitan Vineyard Records itu juga memakan masa.
“Rakaman suara saya itu selepas melalui beberapa proses turut dihantar ke sebuah studio muzik di United Kingdom, London untuk diadun secara profesional.
“Malah komposer itu turut memberitahu versi bahasa Tamil lagu itu juga akan dinyanyikan selebriti Bollywood bernama Sophie Choudhry. Saya sempat ‘google’ namanya di internet dan ternyata Sophie penyanyi profesional,” katanya.
Raja Ilya berkata akhirnya bulan lalu, rakaman akhir lagu berkenaan sudah siap diperdengar kepadanya.
“Saya jadi bertambah cuak nak perdengarkan kepada peminat dan pengikut di media sosial. Maklumlah, saya bukan penyanyi profesional.
“Tapi sejak saya memuat naik ‘teaser’ lagu itu, ramai memuji dan tak sabar untuk mendengar versi penuh. Saya bagaimanapun tawakal saja dan anggap ini hanya percubaan suka-suka. Kalau ada yang suka, bonus.
“Kalau sebaliknya, saya reda,” katanya yangmemaklumkan akan diadakan majlis ‘baby shower’ bertemakan Bollywood untuk bakal anak, minggu ini.
Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga bersama lelaki warga negara Australia, Trent Garret pada Disember 2018.
Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik COVID-19.
Raja Ilya dijangka bakal melahirkan anak perempuan sulungnya pada pertengahan Julai depan.
https://youtu.be/V7e54NfWMX8
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Uqasha Senrose mendedahkan dia tidak dapat menyambut lebaran dengan sempurna bersama ahli keluarga sendiri susulan komitmen terhadap penggambaran.
Menurut Uqasha, dia dan suami yang juga pelakon dan hos, Kamal Adli kini tiba di Kuala Lumpur.
“Dah nak sampai KL , esok(hari ini) dah start shooting balik, esok pagi gerak melaka pulak. Tak sempat nak raya belah family saya.
“Sedih rasa, tapi takpe Raya Haji ada. Heheehhe tak sabar. Missing my mama, papa, siblings so much. Takpe raya kan sebulan tapi dekat set la hahaha,” tulisnya menerusi Instagram.
Menerusi platform sama, Uqasha turut berkongsikan memori raya pertama bersama Kamal sebagai pasangan suami isteri.
Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham akhirnya mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan pada satu majlis ‘gender reveal’ yang diadakan pada malam Jumaat.
Turut kelihatan pada majlis itu ialah isteri Ayie, Tasha Awie yang kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung pasangan tersebut.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan baik pasangan berkenaan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah, 25, turut memaklumkan dia sudah membuka akaun Instagram untuk anak sulungnya dengan menggunakan nama @aetajunior.
Setakat ini, akaun tersebut sudah mengumpul lebih 3,000 pengikut sejak ia mula dibuka pada Jumaat.
Sebelum ini, Ayie mengakui sudah melakukan pemeriksaan jantina bayi namun masih samar-samar.
Sekadar informasi, Ayie mendirikan rumah tangga dengan Tasha Awie atau nama sebenarnya, Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, pada 21 Oktober tahun lalu.
Tasha dijangka bersalin pada Ogos atau September depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ayie Floor88
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.