Pelakon Liza Abdullah mengakui Syawal yang disambut tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran cucu sulungnya, Nadine Alya meski memilih untuk menyambutnya secara sederhana di Kuala Lumpur.

Pemenang kategori Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-34 ini berkata, keutamaan dalam apa jua perkara termasuk sambutan raya lebih kepada anak.

“Saya tidak kisah perihal berganti baju sendiri. Yang penting baju raya anak. Untuk saya sendiri cukuplah sepasang jubah atau memadai sediakan sehelai baju kurung.

“Tahun ini memang saya teruja lain macam sebab bertambah meriah dengan kehadiran cucu,” katanya.

Liza ditemui di majlis Seikhlas Hati dan ST Rosyam Mart, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai juadah lebaran, bintang drama 7 Hari Mencintaiku ini beruntung kerana bekas suami terlibat dalam katering.

IKLAN

“Baik ketika raya mahupun hari biasa, saya memang jarang memasak. Macam sebelum ini, rezeki Allah berikan bekas suami bekerja dalam katering.

“Sekarang lagi mudah kerana boleh order secara dalam talian. Secara tak langsung ini boleh membantu kawan lain yang berniaga.

“Cuma saya tahu, kalau diri ini memasak mesti hasilnya sedap. Bukanlah nak cakap besar. Saya juga seorang yang mengikut sukatan untuk memasak sejak dahulu lagi. Saya jenis tak pandai untuk agak-agak seperti orang lain,” katanya.

IKLAN

“Cukuplah Sepasang jubah, Memadai Sehelai Baju Kurung,” – Liza Abdullah Sederhana, Beraya Dengan Cucu Sulung! “Cukuplah Sepasang jubah, Memadai Sehelai Baju Kurung,” – Liza Abdullah Sederhana, Beraya Dengan Cucu Sulung!

Liza pada masa sama, turut menyatakan rasa syukur apabika rezeki lakonannya terus murah meski sudah empat dekad bergelar pelakon.

“Dengan bakat kurniaan Tuhan ini, saya beroleh rezeki. Tidak pernah terfikir mengenai anugerah. Saya ikhlas dan bekerja keras demi kelangsungan hidup dan membesarkan anak.

IKLAN

“Saya percaya kalau ikhlas dan buat yang terbaik, orang akan cari kita. Biar nama kita meniti di bibir orang. Akhirnya, hasil kerja kita yang berbicara, bukan populariti yang datang dan pergi.

“Saya berpegang kepada prinsip tak perlu kongsi apa-apa pun secara terbuka termasuk di media sosial. Termasuklah kalau rasa dikhianati, kena tipu dan sebagainya,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/tLqdJB6_UcE

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI