Penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim mengakui tidak gemar untuk berkongsi kisah peribadi serta rutin kehidupannya kepada umum meski dirinya bergelar seorang selebriti.

Bagi Rafidah, tindakan dan perkongsian sedemikian di laman media sosial boleh mengundang hasad dengki yang nyata boleh memberikan kesan buruk kepada masyarakat sekeliling.

“Jangan Asyik Tengok Pada Kehidupan Orang Lain Sehingga Terlupa Nikmat Yang Allah Dah Beri,” – Rafidah Ibrahim “Jangan Asyik Tengok Pada Kehidupan Orang Lain Sehingga Terlupa Nikmat Yang Allah Dah Beri,” – Rafidah Ibrahim

“#penyakithati Itulah antara topik ceramah awal yg ku dengar bersama suami yg disampaikan oleh Ustaz Kazim.

“Guys, kenapa saya share benda ni sebab dalam kehidupan kita, kita jangan asyik tengok pada kehidupan orang lain sehingga terlupa nikmat yg Allah dah beri pada kita.

IKLAN

“Nama pon dunia, apa yg sempurna?,” tulisnya.

Maka dengan itu, Rafidah berharap orang ramai mula melakukan perubahan positif dengan mendidik sifat ikhlas dan bersyukur dalam diri masing-masing.

Rafidah menambah, sikap sedemikian akan mendapat rahmatNya selain menghindari sifat hasad dengki dalam diri.

IKLAN

“Mulai hari ni didik hati & diri kita utk sentiasa ikhlas dan bersyukur.

“Kalau rasa sakit sgt hati tu, doa supaya Allah baiki hati kita. Dan kalau dah rosak hati tu, doa mohon supaya Allah gantikan dengan hati yg baru.

IKLAN

“Semoga Allah rahmati kita semua di dunia dan di akhirat. *nak cerita, terlalu panjang lebar sangat, cukup lah takat ni. Dalam hidup jangan terlalu #dramasangat k guys!,” akhirinya lagi.

“Jangan Asyik Tengok Pada Kehidupan Orang Lain Sehingga Terlupa Nikmat Yang Allah Dah Beri,” – Rafidah Ibrahim

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


Foto: Instagram Rafidah Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI