Penyanyi dangdut popular Indonesia, Via Vallen atau nama sebenarnya Maulidia Octavia telah selamat bertunang dengan kekasihnya, Chevra Yo yang merupakan vokalis kumpulan band Papinka. Hal tersebut telah disahkan apabila kedua-dua mereka memuat naik gambar di akaun Instagram masing-masing.
Walaupun baru memuat naik gambar tersebut, mereka telah bertunang lebih awal iaitu pada 6 Mei 2022 berdasarkan tarikh yang diletakkan di video klip khas mengenai pertunangan mereka itu dan juga tarikh yang dinyatakan di laman Instagram.
Pada hantaran yang dimuat naik itu, tertulis, “06.05.22 Alhamdulillah, one step closer. Terima kasih buat semua vendor dan pengisi acara yg turut menjayakan acara kami.”
Penyanyi yang popular dengan lalu Sayang ini menyatakan isi hatinya kepada tunang tersayang dalam sebuah video bersama yang dimuat naik di akaun YouTube rasminya.
Ujar wanita berusia 30 tahun ini, “Aku suka kamu kerana kamu hormat dengan ibumu, kerana kamu sayang dengan ibumu. Aku merasa lelaki yang mengambil berat orang tuanya terutama ibunya merupakan lelaki yang tepat untukku, untuk mendampingi hidupku. Dengan izin Allah, restu mama dan papa aku mohon terima kamu sebagai calon suamiku.”
Ads
Dalam satu momen lain pula, Chevra atau nama penuhnya Chevra Yolandi dilihat berdiri di hadapan bapa tunangnya dan meluahkan isi hati yang terbuku.
“Saya selalu bersyukur kepada Allah SWT yang telah mempertemukan dengan anak papa dan mama. Maulidia Octavia, seorang sosok perempuan yang sangat kuat, tegar, tidak pernah mengeluh, sangat baik dan sangat berbakti kepada orang tuanya serta peduli kepada orang sekeliling.
“Dia membuat saya yakin berdiri dan melangkah sampai saat ini. Dia seorang perempuan yang selalu membuatkan saya mengutamakan kebaikan dari segala sisi. Untuk itu dengan penuh kerendahan hati, saya sekeluarga memohon izin melamar dan meminang Via,” ucapnya ikhlas.
Via Vallen memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pada usia 15 tahun lagi namun hanya melancarkan lagu sendiri pada 2015. Anak jati kelahiran Surabaya, Indonesia ini telah merangkul pelbagai anugerah muzik seperti Penyanyi Dangdut Paling Popular di SCTV Music Award 2017dan pemenang kategori Penyanyi Dangdut Wanita Paling Popular Indonesian Dangdut Award untuk dua tahun berturut-turut pada 2017 dan 2018.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein tidak mahu mengulas panjang mengenai perkongsiannya di Instagram Stories, semalam, yang mencetuskan tular di media sosial.
Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, apa yang ingin dikongsikan sudah pun ada di platform berkenaan.
“Saya tidak mahu berikan respon mengenai perkara itu. Sebab apa yang saya ingin luahkan, sudah ada di Instagram Story saya. Jadi itu sahaja yang saya nak cakap.
“Minta maaf sebab saya tak mahu lagi ulas lagi banyak-banyak sebab kita profesional. Sekali cakap, lepas tu kita diam,” katanya kepada MH.
Elly yang turut mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom dan Suraya itu juga hanya memberikan komen ringkas apabila ditanya sama ada dia rasa lega atau berlapang dada selepas membuat hantaran tersebut.
“Rasanya itu sahaja yang saya ingin beri komen,” katanya ringkas.
Mengulas mengenai pelbagai reaksi diterima susulan luahan yang dikongsikan, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini meminta semua untuk terus berbuat baik sesama manusia.
“Macam ni lah… Kita sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Itu sahajalah,” katanya lagi.
Terdahulu pada Sabtu, Elly menerusi Instagram Stories antara lain meluahkan, dia tidak akan bersuara sekiranya tiada pihak yang ‘mengusik’ atau cuba memprovokasi dirinya.
Malah ibu kepada dua cahaya mata ini juga menjelaskan, dia tidak suka untuk ambil tahu mengenai perihal orang lain, namun dia tertanya-tanya mengapa masih ada individu yang seolah-olah tidak berpuas hati.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Walaupun Anugerah MeleTOP ERA (AME2019) beberapa minggu berlalu, namun kehangatan malam anugerah tahunan itu masih lagi terasa.
Malah, beberapa adegan serta persembahan artis terlibat pada malam itu terus menjadi perhatian lalu mencetuskan viral.
Selaku salah seorang pengacara untuk AME2019, Neelofa pula ada berkongsi beberapa keping gambar di sebalik tabir pada malam anugerah tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Ketika malam anugerah tersebut, Neelofa telah digandingkan bersama pengacara hebat iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad.
Menerusi perkongsian tersebut, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor kelihatan sangat jelita dan menawan.
Di samping itu, Neelofa telah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dalam menjayakan AME2019.
Malah, rata-rata peminatnya memberikan komen pelbagai terhadap foto menarik yang dikongsikan usahawan berjaya ini.
Foto : Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kes pembuangan bayi di kalangan masyarakat bukan satu isu yang baru di Malaysia.
Baru-baru ini, pelakon Jasmid Hamid ada berkongsi pendapat mengenai isu tersebut di akaun Instagram miliknya.
Selain itu, Jasmin ada memberi pesanan dan nasihat kepada netizen untuk tidak melakukan pembuangan bayi.
“Hi ouls Baby ni berlakon dengan saya dalam drama #deritauntukbahagia Comel sangat-sangat ni Baik sangat baby ni.. Dengan putih gebu dia.. Senyum je dia..
“Nak bawa balik kalau boleh tapi apakan daya, anak orang Uols bayangakan kalau baby -baby yang tak berdosa, di buang oleh insan yang tak bertanggungjawab..
“So kalau uols tak nak, anak yang tak berdosa itu, serahkan pada saya.. DM saya dan In Syaa Allah saya akan bela atau serahkan pada mereka yang tak punya zuriat..
“Baik pada yang dah terlanjur ataupun yang tak mampu.. Ramai yang menanti, dari di buang seperti kain buruk.. Cukuplah dengan perbuatan DOSA BESAR itu dan jangan di tambah lagi dengan buang anak-anak yang tak berdosa.. Hebat Bukan?,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Doktor bedah telah mengeluarkan serpihan hujung pisau berukusan 2.5 inci yang tertanam berhampiran kawasan tengah tulang belakang Saif Ali Khan selepas diserang oleh seorang...