Memegang watak sebagai Mia Sara di dalam drama terbaru Cina Buta, pelakon, Nad Zainal mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakokan drama-drama yang mengangkat kisah tentang penceraian rumah tangga.
Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia langsung tidak terkesan kerana menyifatkan suasana di set penggambaran sangat positif.
“Sejak drama Hati Yang Tersakiti, kemudian ada back to back drama lain, semuanya berkisarkan tentang saya diceraikan. Malah, dalam dunia realiti pun begitu juga.
“Namun, saya sejenis yang tidak suka bercerita mengenai kisah peribadi tapi mungkin sedikit sebanyak apa yang berlaku di dalam drama itu seperti satu persiapan untuk saya.
“Jadi, saya tidak rasa terkesan. Saya okay sahaja di set penggambaran. Set ini juga sangat-sangat positif walaupun ketika itu saya sedang melalui satu fasa yang sukar. Saya tak rasa terbeban kerana mereka sangat supportive,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 itu turut memberitahu, ada juga beberapa babak didalam drama ini yang diambil daripada kehidupan sebenarnya.
Ads
“Saya tak boleh bagitahu yang mana satu kerana terlalu personal. Cukuplah saya tengok dan ketawa sendiri. Saya pun tak sangka Abang Shahrulezad akan gunakan idea tersebut.
“Saya cuma ingin membantu pengarah kerana dia tak pernah berkahwin. Jadi, dia pun tanya tentang isu-isu remeh yang selalu buat pasangan rumah tangga bergaduh,” kongsinya lagi
Nad berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Cina Buta yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Bercakap mengenai imej terkininya yang tampil anggun berhijab, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Ads
Bagaimanapun, dia tidak boleh mengulas lanjut mengenai hal tersebut kerana masih punya komitmen kerja yang memerlukan dia untuk tidak berhijab.
“Tentang imej saya ketika ini, saya tak boleh nak mengulas panjang. Rasanya cukuplah kalian mendoakan yang terbaik buat saya. Saya masih lagi dalam proses belajar.
“Lagipun, saya punyai dua komitmen kerja yang memerlukan saya untuk tidak bertudung. Apapun, saya gembira dengan apa yang saya pakai sekarang dan berharap dapat teruskan lagi pada masa hadapan,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia akan lebih selektif dalam soal pemilihan watak selepas ini, Nad memberitahu dia percaya dengan perancangan Allah SWT.
Ads
“Selepas ini, mungkin ada sesetengah produser atau pengarah yang akan berasa sedikit susah untuk memberikan watak andai seseorang pelakon itu dah bertudung.
“Cuma, saya rasa ia tidak akan jadi masalah. Saya tengok pelakon-pelakon lain pun masih diberikan kepercayaan seperti Noor Khiriah. Siap dapat watak antagonis lagi.
“Saya pun masih belajar. Saya pun tak la cepat nak mengatakan tidak. Saya juga tak mahu beri kesukaran kepada pihak produksi. Kita berubah perlahan-lahan,” akhirinya.
Terdahulu, selain Nad, drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini turut membariskan ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah, Azhan Rani dan ramai lagi.
Cina Buta bakal menemui penonton bermula 9 November ini pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Angah Raja Lawak telah berkongsi khabar berita gembira apabila memaklumkan isterinya, Amira Asyura Abdul Razak telah selamat melahirkan anak kedua mereka.
Perkahabaran tersebut dikongsikan Angah menerusi satu hantaran di Instagram.
Bintang ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan bayi yang baru lahir.
“Alhamdulilah syukur bidadari saya selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel mcm bapaknya.
“Terima kasih semua atas doa2 dan ucapan kalian semua ya.. #keluargaiskandar
#3puteri @asyuraazak @nurrinafassha,” tulisnya.
Angah atau nama sebenarnya Iskandarshah Hashim mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Amira pada 19 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisyah, yang sudah hampir mencecah 2 tahun.
Menerusi pekahwinan terdahulu, Angah sudah memiliki seorang anak perempuan bernama Nurina Fasya, 17.
Foto: Instagram Angah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Syafiq Kyle yang pernah terpalit dengan kontroversi video sensasi tahun lalu memberikan komen mengenai isu beberapa selebriti lelaki lain yang turut terkesan dek kisah hampir sama, hingga memberi tekanan.
Terkini, video lelaki yang didakwa mirip wajah penyanyi remaja Aiman Tino pula mulai tular sejak minggu lalu dan pelakon berkenaan mengharap agar Aiman menyelesaikan isu tersebut dengan baik, dalam keadaan waras tanpa tekanan.
“Saya tiada nasihat apa-apa. Cuma harap mereka boleh berfikir dengan baik, dengan waras tiada tekanan.
“Saya rasa cukup dengan ada sokongan keluarga yang baik, itu yang paling penting, selain buat baik dengan semua orang,” kongsinya ringkas.
Terdahulu, hero drama Nur 2 yang bakal bersiaran April depan ini ditemui media pada majlis Preview Fashion ZaloraRaya Kylez by Syafiq Kyle Blackbox Publika, baru-baru ini.
Pada masa sama, Syafiq turut memberitahu orang di luar sana tidak sepatutnya menghakimi orang lain dengan sewenang-wenangnya.
“Pada tahun ini, banyak perkara yang sudah kita lalu. Bukan sahaja mengenai isu industri tetapi juga isu negara yang jauh lebih besar.
“Kita tidak boleh jatuhkan hukuman dengan apa yang dilakukan atau yang sudah dilakukan orang lain. Kita sepatutnya tengok pada diri sendiri juga apa yang dilakukan ataupun telah kita buat.
“Cukupkah bagi kita untuk berikan nasihat, sedangkan diri sendiri tidak pasti betul atau tidak apa sebenarnya yang sedang dilakukan,” katanya.
Kisah rumah tangga pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong, dan isterinya, Paula Verhoeven, menjadi sorotan umum kerana sudah berlarutan sejak aktor tersebut menfailkan perceraian pada Oktober 2024.
Kali ini kisah pergolakan rumah tangga mereka menjadi semakin hangat apabila salah seorang rakan pelakon membuat mengakuan yang mengejutkan kepada umum.
Pelakon, Satria Mulia, yang sebelum ini dikenali kerana sering mendedahkan pelbagai kontroversi tampil secara terang-terangan membela Baim Wong.
Mengejutkan, dia mengaku sanggup berbogel di Monumen Nasional (Monas) jika Baim dan Paula kembali rujuk.
“Kalau Baim rujuk, catat ya! Satria Mulia bersumpah kalau Baim mahu rujuk dengan Paula, saya bakal telanjang bulat di Monas,” ujarnya dengan penuh yakin dalam temu bual bersama saluran YouTube Cumicumi pada Khamis, 13 Mac 2025.
Dalam temu bual tersebut, pelakon yang banyak membintangi sinetron ftv itu turut mendedahkan bahawa pada awalnya dia berpihak kepada Paula.
“Saya jenis lelaki yang sangat menyayangi wanita. Jadi apabila ada wanita yang dizalimi, saya pasti akan turun,” jelasnya.
Namun, selepas menyelidik lebih lanjut dan mendapat maklumat dari rakannya yang lain, dia mendapati bahawa 90 peratus kebenaran berpihak kepada Baim Wong.
“Biasanya aku kalau ada perceraian artis lain, saya akan pro ke wanita. Tetapi kali ini ternyata Baim 90 peratus di pihak yang benar. Sebab itu saya membela Baim,” katanya lagi.
Satria turut mendedahkan bahawa pertemuannya dengan Baim pertama kali berlaku enam bulan yang lalu. Namun, hubungan mereka menjadi lebih rapat sejak isu rumah tangga Baim dan Paula mendapat perhatian ramai.
Imbas kembali, Baim Wong dan Paula Verhoeven berkahwin pada 22 November 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata. Anak sulung mereka, Kiano Tiger Wong kini berusia 6 tahun manakala anak kedua pula, Kenzo Eldrago Wong pula berusia 4 tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...