
Aktres Ozlynn tidak dapat menahan sebak bila mengenang kembali detik-detik sukar yang terpaksa dilalui oleh sahabat baiknya yang juga pelakon Azar Azmi.
Menurut Ozlynn, disaat dia mendapat panggilan daripada Azar, dia terus menghulurkan bantuan tanpa berfikir panjang.
Katanya lagi, bantuan yang dihulurkan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya lahir daripada rasa tanggungjawab sebagai insan yang pernah merasai kesusahan.

“Kalau boleh, saya tak nak bercakap soal ini. Pada saya, ia merupakan isu yang sangat sensitif buat saya dan Azar. Saya cuma mahu Azar hidup tenang. Saya nampak dia gembira dengan hidupnya saat ini.
“Apa yang berlaku adalah ujian buat dia. Saya ada bersamanya disaat titik terendah. Saya dapat video call dengan dia dan melihat sendiri keadaannya pada waktu itu.
“Sebagai sahabat, saya pernah melihat bagaimana keadaannya ketika gembira. Saya tahu kehidupannya sebagai seorang anak yatim piatu.
“Bila lihat keadaannya yang sebegitu, saya jadi sebak. Saya menolong bukan atas dasar nak menunjuk kaya tapi sebagai hamba Allah yang juga pernah berasa susah,” katanya kepada MH.
Ozlynn berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media filem 5 Bomoh yang berlangsung di Hemisfera Luxury Sky Hall, Menara Kuala Lumpur pada Isnin.
Enggan Terlalu Berkongsi…
Jelas Ozlynn lagi, dia sebenarnya enggan terlalu berkongsi mengenai bantuan itu demi menjaga nama baik Azar.

“Saya rasa bukan saya sahaja. Kalau dia minta tolong orang lain pun, mereka akan bantu. Ketika ini, saya dapat beribu DM daripada orang ramai minta tolong di media sosial.
“Demi Allah, kalau saya ada rezeki, saya akan bantu sesiapa sahaja. Bukan sebab dia Azar Azmi. Namun, dia juga merupakan sahabat saya.
“Untuk bercakap soal Azar, saya tak nak dia mengimbau kembali kisah lama. Saya hanya nak dia gembira dengan kehidupannya bersama anak-anak,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Ozlynn turut memanjatkan doa semoga kehidupan Azar akan bertambah baik selepas ini.

“Saya hanya mengharapkan yang terbaik buat Azar. Ujian manusia berbeza-beza. Kita akan sentiasa diuji. Satu ketika dahulu, saya juga pernah berada dalam situasi yang sangat teruk bersama Johan.
“Jadi, saya tahu bagaimana perasaannya bila kita dalam keadaan serba tiada. Sebab itu, ketika ini, saya dan Johan lebih selesa hidup dalam keadaan, kita ada, orang tak tahu. Kita ada pun, orang tetap tak tahu.
“Yang penting, bila orang memerlukan, kita sentiasa ada,” ujarnya.
Tambah Ozlynn lagi, dia tidak mahu membuka aib seorang sahabat memandang mereka sudah lama berkawan rapat.
Anda mungkin berminat dengan

“Saya perlu menjaga aib, maruah dan banyak lagi sisi-sisi lain. Sudah tentu saya tak suka bila orang bercerita tentang saya. Saya pun tak nak bercerita tentang orang.
“Selagi boleh, saya akan cuba menjaga maruah. Itulah harga diri untuk seorang sahabat. Bila dia sendiri yang memutuskan untuk bercerita, itulah adalah haknya.
“Saya tak nak hal in meninggalkan kesan buat dirinya. Saya tak nak dia sedih-sedih lagi dan move on,” akhirnya.
Sebelum ini, Azar dalam satu podcast mendedahkan Ozylnn merupakan individu terawal yang tampil menghulurkan bantuan kepadanya ketika melalui fasa sukar dalam kehidupannya.
Azar turut menyifatkan Ozlynn seorang sahabat yang sangat memahami selain turut menghulurkan bantuan zakat yang membolehkannya membeli keperluan anak-anak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

