Usahawan dan pempengaruh, Intan Liana Saleh, 38, menyifatkan insiden yang berlaku terhadap isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, yang dipercayai telah ditumbuk hingga menerima 10 jahitan sebagai sesuatu yang keterlaluan.

Intan berkata, dia bersimpati atas kejadian menimpa ibu kepada sepasang cahaya mata itu selain berpendapat tindakan mengasari wanita sebagai tidak tepat.

“Yang itu (kejadian tumbuk) saya geram dan sangat simpati, kesian. Sebab bagi saya kalau sudah lakukan perkara tersebut (berpisah), teruskan saja tapi janganlah sampai anaiya atau kasari perempuan. Itu perbuatan yang sangat salah.

“Ia sudah habis (berpisah), lepas tu kenapa perlu berkasar begitu. Saya tidak setuju jika perkara itu berlaku,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Intan yang pernah hidup bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda mendedahkan dia ada berhubung dengan Shuhada.

“Saya ada berhubung dengannya. Dia ada mesej saya di media sosial dan meminta kata-kata semangat. Itu sahaja. Kami mulai berhubung sekitar bulan lalu. Dia yang mesej saya terlebih dulu.

IKLAN

“Awalnya dia ada minta saya untuk hubunginya namun ketika itu ia tidak berlaku memandangkan saya baru selesai urusan proses pindah rumah. Cuma beberapa hari lepas baru kami dapat berhubung.

“Saya cakap pada Shuhada, apa apa pun kita kena kuat, fikir anak anak dan masa depan. Apa yang terjadi mungkin sudah ditakdirkan. Jadi kita perlu teruskan kehidupan,” katanya mengalakkan para wanita untuk ikhtiar mencari rezeki sendiri.

“Macam saya memang dulu bermula dengan ‘zero’, tiada apa-apa. Samalah macam Shu. Jadi apa yang saya boleh nasihat berdasarkan pengalaman ialah insya-Allah rezeki itu akan ada untuk kita.

“Jangan takut, pada masa depan kita akan lebih bahagia, harapnya. Sebelum ini pada peringkat awal memang saya rasa ‘down’. Semua perasaan kita sudah rasa. Cuma sekarang alhamduliullah kehidupan semakin bahagia,” katanya lagi.

Ditanya mengenai sejauh mana pentingnya golongan wanita untuk mempunyai pendapatan tanpa bergantung harap pada orang lain, Intan berkata ia terserah kepada pendapat masing-masing.

IKLAN

“Ia bergantung kepada individu. Ada yang memilih untuk bergantung pada suami, keluarga atau sebaliknua. Cuma bagi saya apa yang telah terjadi membuatkan saya rasa kena ada (kewangan sendiri), walaupun sediri.

“Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kita perlu teruskan (bagi yang mula cari nafkah sendiri) sedikit demi sedikit. Malah walaupun kini saya sudah berkahwin, saya tetap teruskan perniagaan. Boleh juga untuk bantu suami dan keluarga,” katanya.

Imbas kembali, Intan mendirikan rumah tangga dengan penjawat awam, Mohd Aizam Yahya, 27, pada 20 Disember 2021.

IKLAN

Intan ialah bekas isteri pemuzik Ude atau nama sebenar, Muhammad Radzi Abdul Wahid sebelum sah bercerai pada 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 10, dan Ariq Muqri, 8.

Intan kini bahagia harmoni dengan Aizam dan mereka memiliki seorang cahaya mata lelaki yang dilahirkan pada 4 September tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI