Aktres Izara Aishah mengesahkan dirinya kini sedang sarat hamil dan memberitahu dia bakal melahirkan anak keduanya itu bulan hadapan.

Menurut Izara, 30, dia bukan mahu menyembunyikan berita kehamilan pada peringkat awal susulan rakan terdekat sudah pun tahu sebelum ini.

Namun mereka menghormati situasinya ketika itu.

“Sebenarnya hantaran yang saya buat baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk memaklumkan hal tersebut (kehamilan) kepada umum. Cuma fizikal sebagai ibu hamil itu kian ketara dan ada juga yang bertanya.

“Jadi secara kebetulan saya menghadiri sebuah majlis dan berkongsi momen ketika berada di sana. Sebelum ini pun kalau ada yang tanya, saya jawab.

“InsyaAllah kalau diikutkan, saya bakal bersalin sama ada hujung bulan ini atau awal bulan hadapan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pengasas jenama IzaraWorld ini turut menjelaskan, dia hanya mengetahui berita gembira itu selepas beberapa bulan.

“Saya dapat tahu hamil bila usia kandungan cecah empat bulan. Tiba-tiba mood rasa lain macam. Bila buat pemeriksaan hasilnya positif dan tentulah suami dan anak individu paling teruja.

“Pada fasa ini, saya akui pergerakan agak terbatas. Malah sukar juga untuk tidur. Cuma syukur awal trimester kehamilan saya tidak alami apa-apa alahan serius,” katanya lagi.

“Saya Dapat Tahu Hamil Bila Usia Kandungan Cecah Empat Bulan,” – Izara Aishah Berbadan Dua, Adib & Alaia Insan Paling Teruja “Saya Dapat Tahu Hamil Bila Usia Kandungan Cecah Empat Bulan,” – Izara Aishah Berbadan Dua, Adib & Alaia Insan Paling Teruja “Saya Dapat Tahu Hamil Bila Usia Kandungan Cecah Empat Bulan,” – Izara Aishah Berbadan Dua, Adib & Alaia Insan Paling Teruja

IKLAN

Ditanya mengenai jantina anak, pelakon filem J Revolusi ini berserah kepada rezeki.

“Saya dan suami tidak kisah sama ada anak lelaki atau perempuan. Cuma kalau dapat anak lelaki, kiranya kami sudah ada sepasang cahaya mata.

“Tapi Adib kalau boleh dia idam anak perempuan. Saya pula tak kisah, memadai anak yang dilahirkan nanti sempurna apa adanya,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, perkongsian Izara di Instagram ketika menghadiri majlis anjuran Rolls Royce Spectre Malaysia yang jelas memperlihatkan baby bump menjadi sorotan.

Malah sebelum ini, warganet menerusi penstriman langsung di TikTok turut saling berteka-teki tentang kehamilannya.

Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu kini memiliki seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang berusia tiga tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI