Pelakon Hannah Delisha mengakui dia mahukan yang terbaik dalam hal berkaitan cahaya mata, meski usia perkahwinannya bersama suami, Imam Shah sudah mencecah usia tiga tahun.

Impikan empat cahaya mata jika diizinkan, Hannah, 27, berkata, dia dan suami tidak tergesa-gesa susulan zuriat adalah satu amanah besar yang kena dipikul pasangan.

“Saya dan Imam memang sudah terfikir pasal ada zuriat. Tapi itu semua atas keizinNya juga. Alangkah baik jika dikurniakan dua anak tapi kalau Allah nak bagi rezeki lebih, empat anak sudah cantiklah.

“Tanggungjawab ada anak ini sangat besar. Bahkan, jaga kucing sekali pun tanggungjawab sangat besar. Apatah lagi seorang anak,” katanya.

IKLAN

Pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch turut menambah, dia sebolehnya mahu beri fokus terbaik sekiranya dikurniakan cahaya mata.

“Kami nak pastikan betul-betul bersedia kerana bila ada anak, saya mahu luangkan masa sebaiknya dengan anak saya. Juga beri perhatian penuh kepadanya.

“Kita tengoklah nanti, bila saya rasa kerja macam tak terlalu sibuk, kami cubalah. Tapi itulah, apa sekalipun, akhirnya nanti ia bergantung kepada keizinan Allah,” katanya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon drama Mencintaimu Mr. Photographer kagum dengan kekuatan golongan ibu yang bekerja dan masa sama sibuk menguruskan urusan anak.

“Terus-terang, saya memang kagum sangat dengan ibu-ibu yang boleh kerja dan pada masa sama jaga anak. Bukan mudah sebab mak saya sendiri pun seorang ibu tunggal. Saya nampak cabaran dia jaga dan besarkan anak sambil bekerja.

IKLAN

“Setakat ini, orang sekeliling pun tak menekan saya pasal zuriat. Kalau diaju soalan itu, saya cuma minta mereka doakan agar saya beroleh rezeki kelak,” katanya.

Hannah dan Imam mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 2020.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI