Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin tampil mempertahankan dirinya dan menafikan menjadi punca insiden pasu hiasan berharga hampir RM400,000 pecah sewaktu menjalani penggambaran bagi sebuah program televisyen di rumah usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, Yana menegaskan dirinya tidak pernah memegang pasu berkenaan dan hanya menyedari jarinya berdarah ketika pasu tersebut sudah pun pecah berderai.
Pada masa sama, Yana turut menafikan insiden ini hanyalah sekadar gimik semata-mata.
“Assalamualaikum. Ini lah kejadian sebenar tiba tiba pasu yang di dakwa bernilai yang saya pecahkan di rumah DAS.
“Saya menghormati pelawaan pihak Astro untuk program Raya, menjadi pengacara selebriti beraya di rumah selebriti.
“Nasib baik saya ada simpan video ini. Saya bukan berlakon dan tangan saya terluka serta berdarah.
Ads
“Tangan saya betul betul berdarah dan saya sendiri tak pasti macam mana ia berlaku. Sebab saya pasti saya tak pegang pasu tu,” tulisnya.
Lantaran itu, isteri kepada pelakon Fadzil Zahari itu menyeru kepada semua pihak untuk menilai sendiri dakwaan yang telah dilemparkan kepadanya menerusi video yang dikongsikannya itu..
“Korang boleh nilai sendiri, dalam video ini. Bukan saya yang jatuh kan pasu tu.
Ads
“Seandainya apa dakwaan saya terlibat dalam konten atau nak kenakan saya untuk content semata mata. Perkara ini adalah di luar pengetahuan dan tanggungjawab saya.
“Dari sudut mana saya pecah kan pasu itu, korang boleh nilaikan. Pasu tu bukan di tangan saya, tiba-tiba terhempas dan jatuh pecah. Nilai lah sendiri, dakwaan yang dilemparkan kepada saya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi laporan Harian Metro, pelakon filem Bini-Biniku Gangster ini menegaskan dirinya tidak akan membayar sebarang ganti rugi kepada Aliff dan bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman.
Ads
Katanya lagi, dia juga mempunyai bukti rakaman sekiranya isu ini dibawa ke muka pengadilan.
Baru-baru ini, Aliff ada memuat naik klip video yang memaparkan pergaduhan antara dirinya bersama Yana dan Fadzil.
Fadzil juga dilihat sempat bergelut dengan Aliff sebelum dileraikan oleh pekerja belakang tabir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Yana Samsudin & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perjalanan kerjaya seni bermula pada tarikh 1 April 1996 dan kini genap 23 tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza melakar kejayaan sebagai anak seni paling popular sepanjang zaman.
Memuat naik sebuah posting mengucapkan kesyukuran di atas sambutan ini, Siti atau sinonim disapa Tok Ti mengakui segala usahanya adalah di atas kebesaran Allah SWT.
“Alhamdullillah.. Segala puji hanya bagi Allah SWT .. Kerana DIA saya di sini , Kerana DIA saya bertemu kalian di pentas seni .. Semoga Allah beri keberkatan silaturrahim ini
#Repost @rozisangdewi with @make_repost
“Selamat ulangtahun ke-23 di dalam industri seni @ctdk.
“Semoga terus memartabatkan industri dengan karyamu, meneladani dengan rendah hati, menyantuni dengan keikhlasan serta memperkembangkannya dengan kecemerlangan.”
Kerjaya nyanyian penyanyi nombor satu negara ini bermula menerusi Bintang HMI RTM menerusi lagu Camar Yang Pulang nyanyian Aishah.
Isteri kepada Datuk K ini meneruskan rentak kecemerlangan apabila menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-11 menerusi album pertama, Jerat Percintaan.
Sebagai seorang artis ternama Asia Tenggara, Siti mencapai jumlah penjualan album sebanyak lebih 3 juta rakaman di pasaran Asia, sepanjang kerjaya muziknya.
Sehingga kini, dia telah merakamkan sekitar 18 buah album antaranya Cindai, Pancawarna, Prasasti Seni dan SimetriSiti.
Selamat ulang tahun ke-23 MH ucapkan, moga terus sukses dalam kerjaya!
Foto – Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kerana terlalu taksub dengan penyanyi popular Hael Husaini, individu yang dikenali sebagai Adam Zainee dikhabarkan telah berhabisan RM45 ribu demi mendaptkan wajah persis penyanyi lagu Hajat itu.
Menerusi Instagramnya, dia mengakui bahawa telah melakukan sesuatu pada bahagian rahang muka, hidung dan dagu bagi menyerupai wajah seperti penyanyi berkenaan.
“Yeeee.. saya akuii telah melakukan sedikit pembedahan yang melibatkan rahang kiri dan kanan cucuk botok untuk pipi bgi naik, buat hidung n dagu dan tak lupa buang sedikit bibir atas.
semua pembedahan di atas mencecah hampir 45k dan ini lh hasil nye menarik bukan !!!!!
Puas hati semua wahai makcik-!! Bawang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Walaubagaimanapun, perubahan tersebut membawa kepada kecaman netizen kerana menganggap Adam tidak bersyukur dengan pemberian semulajadi Yang Maha Esa.
Wow, lain orang caranya kan? Malah, setiap individu pasti punya pandangannya sendiri. Apa kata korang?
Foto : Instagram Adam Zainee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Audrey Davis, anak perempuan kepada David Bayu yang merupakan bekas vokalis Kumpulan Naif telah mengaku kepada pihak polis bahawa dia adalah wanita yang ditampilkan dalam video lucah yang tersebar.
Pengarah Siasatan Jenayah Polda Metro Jaya, Kombes Ade Safri Simanjuntak berkongsi bahawa pengakuan itu dilakukan sendiri oleh Audrey ketika sesi siasatan pada Rabu, 7 Ogos 2024.
“Daripada hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atas saksi AD, saksi AD mengaku wanita dalam video itu adalah dirinya sendiri,” kata Ade Safri dalam satu kenyataan.
Menurut laporan media tempatan, semasa pemeriksaan dilakukan, wanita berusia 24 tahun itu turut menyerahkan beberapa dokumen kepada penyiasat. Dokumen itu akan dianalisis bagi tujuan penyiasatan lanjut.
Dia juga memberikan beberapa kenyataan baharu yang kemudiannya akan disiasat oleh penyiasat.
“Daripada kenyataan saksi AD, penyiasat memperoleh beberapa kenyataan baharu yang akan dikaji penyiasat bagi mengembangkan hasil siasatan dalam mengendalikan kes a quo,” katanya.
Sebelum ini, pihak polis telah berjaya menahan dua suspek yang dipercayai menyebarkan video lucah yang didakwa menyerupai Audrey Davis.
Kedua-duanya telah diberkas dan kini ditahan di Pusat Tahanan Polda Metro Jaya.
Biarpun telah mengaku bahawa dirinya merupakan individu di dalam video lucah yang disebarkan. Audrey belum menjawab sebarang soalan yang diajukan oleh wartawan.
Peguam Audrey, Sandy Arifin berkata, anak guamnya bersedia meneruskan pemeriksaan hari ini selepas menangguhkan pemeriksaan semalam berikutan keadaan kesihatan Audrey.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert Aisha Retno Malam Sutera oleh penyanyi Aisha Retno yang dijadualkan berlangsung pada 16 November ini dibatalkan.
Perkara tersebut dimaklumkan penganjur konsert terbabit iaitu Kharisma...