Selebriti popular, Ziana Zain mendedahkan dia sudah lama memaafkan bekas suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 58, selepas mereka berpisah sejak lima tahun lalu.
Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, 54, berkata dia juga tidak akan sesekali menjarakkan hubungan Armin bersama empat anak mereka.
“Macam inilah… saya sudah lama maafkan dia (bekas suami). Sebab saya ambil contoh ibu saya. Katanya apa yang orang pada kita sentiasalah memaafkan nak. Nanti (kalau tak memaafkan) akan terbawa-bawa lagi. Nanti ‘bahu kita banyak bawa’. Sebabnya kita pun tak tahu diri kita ni bagaimana.
“Bagi saya, kita kena jadi seorang individu yang sentiasa memaafkan. Ahli agama pun sentiasa berpesan sebelum tidur maafkanlah semua orang. Kita pun tidak sempuna. Bagi saya bila berbuat begitu, kita akan rasa lega.
“Misal contoh kita tidak ada hutang dengan orang. Jadi lebih baik untuk kita jalani kehidupan yang ada sekarang,” katanya kepada MH.
Ziana ditemui pada Majlis Iftar Rizman Ruzaini di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Penyanyi lagu Puncak Kasih itu juga terbuka sekiranya bekas suami dan anak-anak berjumpa kerana baginya, Armin tetap bapa kepada mereka.
Ads
“Dengan saya, kami sudah tiada apa-apa, jadi hubungan dengan anak-anak sajalah. Setiap minggu saya selalu tanya mereka sama ada sudah telefon ayah, kerana walau apa jadi dia tetap ayah mereka.
“Mereka selalu jumpa dengan ayah mereka. Saya tidak halang. Cuba kalau orang tak bagi kita jumpa anak-anak kita, mesti kita marah. Tak baik, berdosa,” katanya lagi.
Tambah Ziana, tindakan tersebut dilakukan kerana niatnya tidak mahu anak-anak membesar sebagai anak yang derhaka pada orang tua.
“Saya tak mahu anak-anak saya derhaka pada ibu bapanya. Kita ini contoh pada mereka, jadi kita jangan tanamkan kata-kata negatif dalam fikiran anak-anak kita terhadap bapa mereka.
Ads
“Saya mahu anak-anak saya esok jadi suami dan isteri yang baik. Kalau boleh perkahwinan mereka berkekalan sampai akhir hayat.
“Jadi saya tiada hal. Saya pula yang bertanya pada mereka ada berjumpa atau tidak. Saya tak mahu regangkan hubungan anak dengan bapa. Jangan kita pisahkan kasih sayang mereka. Itu adalah anak-anak dia. Ya, saya sudah lepas. Cukup,” katanya.
Pada masa sama, Ziana juga bersyukur dengan kehidupan sekarang dan mahu terus berlapang dada.
“Saya tak nak cakap besar, saya gembira dengan situasi sekarang bersama anak-anak, ibu bapa dan adik beradik serta rakan-rakan saya. Masa akan datang, allahualam.
Ads
“Saya selalu minta pada Allah yang baik-baik untuk saya, dalam apa bentuk kita tak tahu. Sekarang saya selesa dengan diri saya. Saya lapang,” katanya lagi.
Imbas kembali, Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.
Mereka bercerai dengan talak satu pada 12 Julai 20128.
Dalam perkembangan lain, Ziana bakal membuat persembahan pada Konsert Raya Sepanjang Zaman di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 6 Mei depan di samping barisan bintang legenda seni suara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Faezah Elai menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran anak tirinya yang dikenali sebagai Adam yang ke-12.
Perkongsian tersebut dikongsikan pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Sambil menyifatkan betapa pantas masa berlalu, Faezah atau nama lengkapnya, Noor Faezah Md Elai turut akui mengakui perangai Adam saling tak tumpah seperti bapanya yang kuat mengusik.
“So yesterday was Adam’s 12th birthday. He lived in with me when he was just 2 and now he’s 12? Haihhh…how time flies.
“Why is he so tall? Or am i getting shorter!? Dont care lah! But i still feel young and to me he is still 2. Im still 20’s.
“We fight most of the time sebab dia memang kuat mengusik. Perangai mcm Pak dia jugak. Orang Penang kata ‘juah’ wooo!,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut mendoakan agar remaja berkenaan membesar sebagai anak soleh.
“Moga jadi anak yang soleh buat kedua orang tuamu. I’m not sure if doa ibu tiri ni sekuat doa ibu kandung but one thing for sure my prayers for Adam will never cease as long as i live,” tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut sehingga kini sudah pun menerima hampir 5,000 tanda suka daripada para pengikutnya.
Faezah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanafiah pada September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Manakala Heykal turut memiliki tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah, Shahrulezad Mohameddin berkongsi khabar mendukacitakan selepas memaklumkan dirinya telah pun disahkan positif Covid-19.
Menurut Shahrulezad, segala aktiviti pengambaran melibatkan rumah produksinya telah pun dihentikan serta-merta buat sementara waktu.
Katanya lagi, selain dirinya, beberapa krew lain juga turut didapati positif wabak berkenaan.
“Okie guys. Dengan ini secara rasminya production Khilaf Asmara dishut down buat sementara waktu untuk proses kuarantin since ada beberapa staff abam positive termasuk abam.
“Sesiapa yang ada berhubungan dengan staff, crew atau artis Radiusone adalah di gesa buat RTK test terus. Jangan cakap abam tak pesan yer,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama, Nur itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shahrulezad atau lebih mesra disapa Budak Ijad itu turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak mengambil ringan mengenai penularan wabak Covid-19 meskipun negara ketika ini sudah beralih ke fasa endemic.
“Dua hari lepas abam buat RTK negatif. Pagi tadi abam buat RTK terus positive. So dont take for granted pasal issue Covid ni yer kawan kawan.
“Kita bukan kena jaga diri kita sendiri. Tapi kita kena jaga keselamatan orang sekeliling kita juga. Itu tanggungjawab kita. And dont panic,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Shahrulezad turut memaklumkan dia telah pun menghubungi kesemua kenalannya yang ada melakukan kontak rapat bersamanya baru-baru ini untuk menjalani ujian saringan Covid-19.
“Perhatian untuk semua yg ada berhubungan dengan abam tiga empat hari kebelakangan ni sila buat RPK test di klinik berhampiran yer.
“Literally abam dah call semua orang. Abam cuma takut ada contact rapat yang tertinggal untuk abam bagitahu. Sorry kalau menyusahkan korang semua,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa risau selain turut menitipkan doa semoga Shahrulezad lekas sembuh seperti sedia kala.
“Semoga Allah berikan kesembuhan pada Abang Ijat. Update us everyday okay,” tulis Lufya Omar.
“Semoga dipermudahkan semuanya,” doa Diana Danielle.
“Allahu, semoga semuanya baik-baik sahaja buat Abang Ijat. Get well soon Abang Ijat and team,” kongsi seorang netizen.
Semalam, Shahrulezad memaklumkan dirinya ada melakukan ujian air liur menerusi ujian kendiri Covid-19 namun keputusannya negatif.
Bagaimanapun, Shahrulezad memutuskan untuk berjumpa dengan pihak doktor selepas dia merasakan badannya mengalami demam.
Sumber: Instagram Shahrulezad Mohameddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebuah telefilem berjudul Demi Tuhan Aku Bersaksi yang berkisar tentang seorang lelaki yang mengalami kecelaruan jantina dan berpewatakan seperti wanita nyata telah mendapat perhatian netizen.
Selaku pelakon utamanya, Syafie Naswip meluahkan rasa syukur kerana lakonan menerusi telefilem tersebut telah mendapat pujian rata-rata penonton.
Malah, Syafie rasa senang kerana masih ada penonton menilainya itu dari sudut yang positif selain turut akui ada beberapa babak yang telah dipotong.
“Dulu aku dikecam. Sekarang aku kasikan kau bunga sebagai hadiah.
“Terima kasih menonton. Ramai DM tanya ada banyak scene kena potong ke?
“Ye dalam 10 ke 15 percent. Tetapi alhamdulillah saya syukur anda menilai dengan hati dan terima kasih sudi menonton. Love you!,” tulisnya.
Telefilem arahah Ismail Yaacob ini telah disiarkan jam 10 malam di saluran TV1, pada Sabtu.
Selain Syafie, pelakon hebat seperti Fezrul Khan, Sheila Mambo, Fadzil Zahari, Aman Graseka dan ramai lagi turut membintangi drama berkenaan.
Foto: Instagram Syafie Naswip
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Li Si Xuan, yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik di Shenzhen, didapati telah memalsukan kelayakan akademiknya untuk melanjutkan pengajian di Universiti Hong Kong (HKU).Si...