Pelakon dan model berdarah kacukan, Amelia Thripura Henderson akui kurang fasih dalam berbahasa Melayu, namun itu bukan halangan buatnya untuk terus aktif dalam seni tempatan.
Azamnya, dia tetap berusaha untuk menguasai bahasa kebangsaan agar lebih fasih di masa depan.
Atas hal tersebut, bintang cantik berusia 24 tahun itu sebelum ini tidak menafikan dirinya ada terima kritikan netizen kerana kurang fasih berbahasa kebangsaan.
Secara tidak langsung, ia menjadi satu pembakar semangat agar pelakon berdarah kacukan ini tetap terus mantapkan penguasaan bahasa Melayunya.
“Sampai sekarang ada juga yang bercakap mengenai tidak boleh cakap bahasa Melayu. Jadi, saya sedang berusaha dan saya benci orang cakap saya pelat.
“Namun apabila saya mahu berkomunikasi dengan kawan-kawan dalam bahasa Melayu, ia agak menjadi satu cabaran bagi saya,” katanya kepada MH.
Malah, pelakon berdarah kacukan lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan sebelum ini.
“Ibu saya dari Malaysia tetapi dia dilahirkan dan dibesarkan di London, bapa saya pula memang mat salleh.
“Jadi sudah tentu kekuatan saya adalah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Ads
“Bagi saya kalau seseorang itu tidak menggunakan bahasa Melayu dalam percakapan sehariannya, tapi sekurang-kurangnya sebagai rakyat Malaysia mereka perlu tahu asas-asas untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu,” jelasnya optimis.
Amelia ditemui pada majlis sidang media Dewi Remaja Edisi 2019/2020 yang berlangsung di The Starling Mall, Damansara Utama, baru-baru ini.
Menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bagi program Dewi Remaja 2019/2020, Amelia merasakan itu merupakan cabaran baginya kerana pertama kali mengacara dalam bahasa Melayu.
Ads
Dewi Remaja Edisi 2019/2020 bakal disiarkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), pada setiap Sabtu, jam 9 malam bermula 26 Oktober ini.
Seramai 12 peserta akan diadili dua juri tetap iaitu Yusry Abdul Halim dan pemenang Dewi Remaja Edisi 2005/2006 Scha Alyahya.
Bekas model terkenal era 80-an, Nastasia Urbano kini dilaporkan sudah menjadi gelandangan sebelum dikatakan muflis.
Dia yang kini berusia 57 tahun tinggal dan tidur di kali lima sekitar Barcelona, Sepanyol.
Bintang runway yang pernah menghiasi muka depan majalah fesyen selain menjadi wajah wakilan jenama fesyen mewah ini tidak lagi menjalani kehidupan serba glamor, sebaliknya terpaksa menjadi gelandangan.
Semuanya berlaku apabila bekas suami bertindak mengikis kesemua hartanya.
Menerusi satu temu bual, Urbano menjelaskan dua hari selepas berkenalan, dia mahu membeli kereta jenama BMW.
“Saya seperti orang bodoh, saya menjelaskan bayaran. Saya memang mabuk cinta ketika itu,” jelasnya yang turut mengalami masalah depresi selain dihalau keluar rumah kerana tidak mampu menjelaskan sewa kediaman.
Terdahulu ketika di zaman kegemilangannya, Urbano dikenali sebagai antara model yang mendapat bayaran lumayan iaitu jutaan dollar untuk tempoh 20 hari bekerja sekitar tiga atau empat jam dalam sehari.
Selain dirinya, model terkenal lain yang turut dikenali pada era tersebut ialah Linda Evangelista.
Sumber: The Sun/ El Periodico Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara mencipta akaun Tik Tok, pendakwah bebas dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman dikritik segelintir pihak kerana dikatakan sengaja melibatkan diri dalam perkara yang melalaikan.
Tidak mahu tindakan disalah erti, PU Azman tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut.
Menurut PU Azman, aplikasi tersebut hanyalah merupakan salah sebuah medium perantaraan dan terserah kepada diri sendiri untuk menentukan ‘content’ yang ingin dicari.
“Post pertama di tik tok. Cuba-cuba je.
Sikit-sikit dulu. Ada orang cakap tik tok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ni tak payah tunggu tik tok. Dalam semua media sosial pun ada.
“Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat.
Kau asik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah,” tulisnya.
Reaksi tersebut dikongsikan oleh juara program Pencetus Ummah musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan selain turut berharap agar lebih banyak ‘content’ menarik yang akan dikongsikan oleh PU Azman selepas ini.
Terdahulu, PU Azman mengumumkan dirinya bakal tampil dengan telemovie terbaru berjudul Petaka yang akan bersiran disaluran Astro First.
Sumber: Instagram PU Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Genap 30 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, satu rakaman video masakan telah dimuat naik di akaun Instagram milik arwah baru-baru ini.
Ia sebagai dedikasi kenangan buat peminat tersayang.
Video berdurasi lebih tiga minit itu merakamkan cara-cara arwah menyediakan hidangan Ikan Kerapu Masak Cili dengan caranya tersendiri.
“Genap 30 hari pemergiaan arwah. Antara kenangan-kenangan yang masih tersimpan kami kongsikan dengan semua yang merindui beliau. Alfatihah (dibaca),” tertera sebagai kapsyen.
Perkongsian yang mendapat lebih 900,000 tontonan itu turut menerima ribuan komen dari wargamaya.
Semoga Allahyarham beroleh ganjaran pahala kerana berkongsi ilmu masakan kepada ramai yang mahu mencuba resipi yang disediakan, InsyaAllah.
Allahyarham Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, mengesahkan hubungannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain atau Mr E, kini berada dalam fasa lebih baik.
Menurut Erra, mereka sedang...