Tanggal 25 September lalu, bekas bintang Korea Selatan yang kini bergelar Youtuber, Kim Jae Han (Jay Kim) membuat pengumuman apabila dia sah memeluk Islam.

Seperti para mualaf yang lain, Jay Kim atau nama Islamnya kini Daud Kim dihujani persoalan dari ahli keluarga khususnya, ibu kandungnya sendiri mengenai pertukaran agamanya.

Telah mendapat lebih sejuta tontonan di Youtube, Daud Kim berkongsi perbualan dengan ibunya selepas dia memeluk Islam.

“Awak dah gila ke? Kenapa tak beritahu perkara penting ini kepada ibu terlebih dahulu? Kenapa awak buat keputusan sendiri? Itu sesuatu yang tidak normal. 

“Bolehkan awak batalkan semula (pertukaran agama)? Awak cakap awak nak pergi Itaewon. Tapi kenapa awak buat macam ini kepada ibu?

“Tolong fikir masak-masak, Jay! Awak ni memang dah gila! Apa patut ibu buat sekarang? Ibu sangat tak percaya.

IKLAN

“Ibu tak pernah tengok orang Korea Muslim sepanjang hidup ibu. Tiba-tiba anak ibu seorang Islam,” kata ibunya terkejut.

“Tak Pernah Tengok Orang Korea Muslim, Tiba-Tiba Anak Orang Islam,”- Ibu Daud Kim Terkejut Anak Dah 3 Hari Peluk Islam

Bagaimanapun, Daud Kim tenang dengan kata-kata ibunya dan memberi penjelasan sebab dia berbuat demikian (masuk agama Islam).

“Ibu, ini adalah pilihan saya dan tanggungjawab saya tak kisahlah walau macam mana jua masa dan keadaan. 

IKLAN

“Saya cuma nak beritahu ibu yang saya tidaklah terburu-buru untuk masuk Islam, tetapi ini adalah kepercayaan saya. 

“Saya pernah belajar berpuasa ketika bulan Ramadan, solat dan banyak bergaul dengan orang Muslim.

“Kemudian saya pernah berjumpa dengan seorang Imam dan dia banyak beri nasihat kepada saya. 

“Jadi, saya fikir masak-masak untuk memeluk Islam dan saya rasa saya tak terburu-buru untuk buat keputusan sebegini. Ini kerana saya sudah bersedia,” jawabnya tenang. 

IKLAN

Beberapa minit kemudian, ibunya mulai akur dengan keputusan anaknya.

“Ibu sangat sedih dan kecewa dengan awak, Jay sebab itu ibu marah-marah dan tinggikan suara kepada awak. Ibu minta maaf.

 “Ibu tahu awak dah lama meminat Islam dan awak pernah cakap awak nak masuk Islam.

“Ibu turut merasakan bahawa awak akan berbuat demikian (masuk Islam), tapi keputusan awak buat ini terlalu awal,” kata ibunya tenang. 

Terdahulu, Daud Kim mengucap dua kalimah syahdah di hadapan Imam di jabatan agama Islam di Korea pada 25 September lalu.

Video : Youtube Jay Kim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI