Selepas bergerak secara solo dan duo, penyanyi, Osama Yamani mahu mencuba satu lagi cabang muzik baharu apabila dia kini telah diperkenalkan sebagai gitaris baharu untuk band Rock Ages.

Menurut Osama, setelah sekian lama menyanyi, dia mahu mencari kepuasan untuk diri sendiri dengan bermain alat muzik kesukaannya itu.

“Saya Asyik Menyanyi Sahaja…,”- Osama Yamani Jadi Gitaris Band, Nafi Tak Mampu Berdiri Atas Nama Sendiri

“Saya kini nak libatkan diri dalam bidang penghasilan muzik pula. Saya asyik menyanyi sahaja kebelakngan ini. Apa salahnya kalau saya cuba perkara lain.

“Saya belajar bermain gitar sejak usia saya masih kecil dan pada 2014 saya mula belajar secara serius bersama guru. Band ini juga merupakan rakan-rakan saya ketika menuntut di ASWARA. Jadi, mereka pelawa saya.

“Band ini ditubuhkan sejak anggota kumpulan ini masih kecil. Mereka pun dah lama aktif di luar cuma saya yang baru nak sertai mereka,” katanya kepada MH.

Anak kepada penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Anniversary Ke-33 Damasutra yang berlangsung di Malaysia Tourism Center (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin.

IKLAN

“Saya Asyik Menyanyi Sahaja…,”- Osama Yamani Jadi Gitaris Band, Nafi Tak Mampu Berdiri Atas Nama Sendiri

Pada masa sama, Osama turut menepis dakwaan yang mengatakan dirinya tidak mampu berdiri sendiri untuk memperjuangkan kerjanya seninya ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya mampu untuk berdiri sendiri dan saya sertai kumpulan ini pun hanyalah sekadar untuk kepuasan peribadi. Sesetengah orang mungkin suka bergerak secara solo dan ada juga yang mendapat kepuasan berkarya bila bersama band muzik.

“Duo bersama adik saya, Zaki Yamani pun satu kepuasan bagi saya sebagai gandingan adik-beradik.

IKLAN

“Saya tidak akan hilangkan identiti saya sebagai penyanyi. Karier nyanyian saya tidak akan diketepikan cuma minat bermain alat muzik ini saya tak boleh nak lepas,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai respon bapanya tentang penglibatannya di dalam band Rock Ages, Osama memaklumkan bapanya itu tidak pernah menghalang sebaliknya sentiasa menyokong apa sahaja keputusannya.

“Sebelum ini, dia ada bertanya band ini ditubuhkan untuk apa? Lalu saya bagitahu ia merupakan projek masa hadapan.

IKLAN

“Ayah saya pun pernah berpesan, buatlah apa sahaja yang kamu mahu. Kalau kamu rasa itu satu kepuasan, dia tak akan larang.

“Cuma katanya, jangan busukkan nama sendiri. Dia tak pernah menghalang saya untuk membuat apa sahaja. Sebaliknya dia yang mengalakkan lagi saya bermain gitar,” ujarnya lagi.

“Saya Asyik Menyanyi Sahaja…,”- Osama Yamani Jadi Gitaris Band, Nafi Tak Mampu Berdiri Atas Nama Sendiri

Selain Osama, band ini turut dianggotai oleh Ayen Tommy (drummer), Holy (vokalis), Didi (guitarist 2), Kuzan (keyboardist) dan Bobo (bassist).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI