Pengacara dan penyanyi nasyid, Fakhrul Unic berkongsi rakaman perbualan telefon dengan anak bongsunya, Muhammad Ayyash yang kini berusia enam bulan.
Si comel itu kelihatan cukup terhibur apabila si bapa menukarkan wajahnya menjadi tikus menerusi aplikasi telefon pintar.
“Ayah ni dia sanggup buat apa saja demi anak, termasuk jd tikus guysss guys. 6 bulan dah ayyash, dh nak merangkak..besaq kat kg ja doakan ye jd anak soleh,” kongsi Fakhrul.
“Tengok ayam pasti rasa nak muntah,” kata pelakon Farah Nabilah menerusi Harian Metro apabila ditanya mengenai alahan yang di alami pada awal kehamilan.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kini tidak lagi alami alahan teruk.
Terdahulu, bintang berusia 28 tahun ini Farah diijabkabulkan bersama juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember tahun lalu.
“Pada peringkat awal kehamilan saya langsung tak boleh tengok ayam. Padahal saya memang sukan makan ayam sebelum itu.
“Syukur sekarang tiada alahan teruk dan keadaan saya juga baik-baik saja,” katanya.
Sementara itu, Farah turut mengakui dia mendapati dirinya hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives untuk berbulan madu pada Mac lalu.
“Alhamdulillah, minggu depan genap lima bulan usia kehamilan. Saya mula dapat tahu hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives pada 9 Mac lalu,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, dia dan suami, Mohammed Amirul Yunus sebenarnya memberi masa enam bulan untuk mereka melayari bahtera rumah tangga sebelum fokus untuk menimamg cahaya mata.
“Namun, tak sangka rezeki datang secepat ini. Kami berdua sangat gembira dan teruja untuk menunggu anak pertama ini lahir.
“Insya-Allah, jika mengikut jadual saya bakal bersalin pada akhir Oktober depan. Doakan semoga semuanya dipermudahkan dan kandungan berada dalam keadaan selamat,” jelas Farah.
Terdahulu, pelakon ini mengumumkan mengenai berita itu menerusi Instagram, pada Rabu.
Jurusolek popular, Epie Temerloh ada berkongsi cerita menarik mengenai ‘tabiat’ atau rutin selebriti wanita popular yang mungkin ramai tidak tahu.
Sering bekerjasama dalam mana-mana projek seni, Epie bercerita perihal barisan lima figura yang sering disoleknya, termasuk penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Mulai terlibat dalam dunia solekan secara profesional sejak sekian lama, Jurusolek asal Pahang ini mendedahkan Bienda merupakan antara penyanyi terawal yang menggunakan servis solekannya.
“Sebab itu kadang-kadang kita sebagai makeup artist kena alert mengenai perkara tersebut. Contohnya kalau ke studio yang pertama kali atau hotel yang tak pernah kita pergi, saya akan peka dan cari di mana lubang aircond dia.
“Manakala Anzalna wajahnya babyface. Tak boleh tersalah warna. Macam pengalaman saya bila kerjasama dengannya, dia akan cantik bila dikenakan warna yang lembut, coklat atau yang paling selamat ialah warna oren (jingga),” katanya lagi.
Mulai rapat dengan isteri kepada Shuib Sepahtu, Sarah Raissuddin sejak penyanyi itu terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ketiga, Epie menyifatkan Sarah pula gemar main telefon ketika sedang disolek, sama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Datuk Siti dia suka mekap dan kami selalu bercakap mengenainya. Kalau tidak macam tu, dia akan jadi tiga jam daripada sejam.
“Selain itu Datuk Siti juga suka makan. Kalau saya mekapkan dia, saya akan sediakan ruang khas bagi sudut untuk makanan. Malah perbezaan mekapkan Datuk Siti juga agak ketara apabila adanya Aafiyah,” jelasnya panjang lebar.
Pengarah dan pelakon, Liyana Jasmay mengakui tidak berkecil hati dengan pengakuan Elizabeth Tan yang sebelum ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti lakonannya menerusi filem terbaharu, Pemuja Syaitan.