“Tengok ayam pasti rasa nak muntah,” kata pelakon Farah Nabilah menerusi Harian Metro apabila ditanya mengenai alahan yang di alami pada awal kehamilan.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kini tidak lagi alami alahan teruk.
Terdahulu, bintang berusia 28 tahun ini Farah diijabkabulkan bersama juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember tahun lalu.
“Pada peringkat awal kehamilan saya langsung tak boleh tengok ayam. Padahal saya memang sukan makan ayam sebelum itu.
“Syukur sekarang tiada alahan teruk dan keadaan saya juga baik-baik saja,” katanya.
Ads
Sementara itu, Farah turut mengakui dia mendapati dirinya hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives untuk berbulan madu pada Mac lalu.
“Alhamdulillah, minggu depan genap lima bulan usia kehamilan. Saya mula dapat tahu hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives pada 9 Mac lalu,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Pada masa sama, dia dan suami, Mohammed Amirul Yunus sebenarnya memberi masa enam bulan untuk mereka melayari bahtera rumah tangga sebelum fokus untuk menimamg cahaya mata.
“Namun, tak sangka rezeki datang secepat ini. Kami berdua sangat gembira dan teruja untuk menunggu anak pertama ini lahir.
Ads
“Insya-Allah, jika mengikut jadual saya bakal bersalin pada akhir Oktober depan. Doakan semoga semuanya dipermudahkan dan kandungan berada dalam keadaan selamat,” jelas Farah.
Pelakon jelita, Raja Ilya tidak dapat pulang ke tanah air lalu terpaksa menyambut Aidilfitri di Perth, Australia berikutan penularan pandemik Covid-19.
Malah jelasnya lagi, jadual penerbangan ke Malaysia juga hanya dibuka bermula Julai depan.
Bagaimanapun semangat yang ditunjukkan suami, Trent Garret mengadakan rumah terbuka untuk keluarga dan teman rapat meraikan Syawal bersama.
Ia pada masa sama mengubat kerinduan kepada keluarganya apabila tettamu datang berkunjung.
“Sayu hati hanya Allah sahaja tahu. Saya tak dapat balik pulang ke Malaysia kerana tiada penerbangan. Kami sentiasa memeriksa jadual penerbangan, memang tiada sampai Jun. Bulan berikutnya, Julai barulah ada penerbangan ke Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun, jika saya balik pun, warga asing tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Suami masih lagi memegang status warga asing, jadi sudah tentu kami tidak boleh masuk.
“Nak tak nak, saya terpaksa membuat keputusan menyambut Syawal di Perth. Saya tak pernah berjauhan dengan ibu ketika menyambut Aidilfitri.
“Lebih mengundang sebak apabila ibu memberitahu, sambutan Aidilfitri berbeza kerana ini kali pertama menyambutnya seorang diri,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, pelakon berusia 35 tahun itu turut tidak melepaskan peluang dengan membuat panggilan video bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain pada pagi raya.
Berkongsi mengenai sambutan Syawal di Perth pula, Ilya berkata, Kerajaan Australia juga tidak membenarkan aktiviti berkumpul, jadi dia hanya menyambutnya secara sederhana sahaja.
“Bukan setakat di Malaysia, malah di sini juga tidak dibenarkan berkumpul lebih daripada 10 orang dalam satu masa. Apabila mengadakan majlis rumah terbuka, kami mengatur kehadiran tetamu mengikut masa.
“Kami jemput tetamu hanya sekitar 30 orang. Jadi, ada datang sebelah pagi, tengahari dan malam,” katanya lagi yang turut menjamu tetamu dengan juadah tradisi Melayu.
“Inilah kali pertama saya memasak untuk hidangan 30 orang. Saya tak pernah masak untuk orang ramai.
“Saya hidangkan makanan Melayu tradisional seperti rendang ayam dan daging serta ketupat. Lemang pula saya terpaksa beli lemang segera.
“Disebabkan saya tak jumpa biskut raya, jadi saya belajar dan buat sendiri. Pelbagai biskut raya saya buat, hanya satu tidak jadi iaitu putu kacang.
“Semua makanan tradisi saya buat sendiri, malah pencuci mulut seperti cendol pun saya hidangkan. Dapat juga saya perkenalkan makanan tradisi Melayu pada tetamu. Dari situ, mereka kenal kenal masakan budaya Malaysia,” jelas Ilya.
Di samping itu, dia dan suami turut menyemarakkan Aidilfitri dengan menggayakan pakaian tradisi.
“Kami membeli baju raya menerusi atas talian, mujur sempat sampai. Trent mengenakan baju Melayu dan saya pula baju kebaya nyonya.
Warga asing tak kenal budaya Melayu, kecuali dua tetamu berasal dari Malaysia, tetapi mereka menetap lebih 30 tahun di Perth,” kata Ilya yang sebelum ini turut mengatur segala keperluan ibunya menjelang raya.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Artis versatil, Alif Satar mendedikasikan lagu nyanyian Tompi berjudul Selalu Denganmu kepada isterinya, Shadila Halid.
Malah, lagu tersebut membawa makna buat pasangan ini kerana ia merupakan lagu kegemaran dan menjadi simbolik lagu video akad nikah.
“Ni lagu favourite bercinta sampai jadi official song video nikah😉 SELALU DENGANMU.. “Oh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini, hanya untukmu.. selalu setia, selama-lamanya…” @shadilahalid ,” tulis Alid sambil menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.
Selepas empat tahun bergelar isteri, Iqa Nasra atau lebih sinonim dikenali sebagai Iqa Mentor mengumumkan berita gembira apabila sedang hamil anak pertama.
Difahamkan, usia kandungannya kini sudah pun memasuki minggu yang ke-22.
Menerusi Instgram, bintang yang pernah memeriahkan dunia seni sejurus program Mentor musim kelima ini ada berkongsi foto terkini, selain turut memaklumkan dia ada mengalami alahan pada awal kehamilan.
“Allah is truly the Greatest, AllahuAkbar. Alhamdulillah. After few months struggling with bad allergies, cravings, morning sickness and so on.
“Today, on 1st Syawal, I am so glad to let you guys know, alhamdulillah I’m pregnant with my first child after almost 4 years of marriage.
“Finally You answered our duas Ya Allah.
Now dah 2nd trimester. Doakan baby sihat ya,” tulisnya.
Menerusi Mentor, Iqa bergelar protege kepada Edry Abdul Halim, turut bersaing dalam program sama ketika itu termasuk Salma Asis (Mentor- Erra Fazira) dan Shiha (Mentor- Allahyarham Datuk Sharifah Aini).
Iqa atau nama sebenarnya, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor mendirikan rumah tangga bersama Raja Azlan Shah, pada 6 Ogos 2016.
Pelakon Indonesia, Caitlin Halderman mengakui turut bersimpati dengan keadaan jerebu yang berlaku di Indonesia, yang didakwa berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan.