Artis versatil, Alif Satar mendedikasikan lagu nyanyian Tompi berjudul Selalu Denganmu kepada isterinya, Shadila Halid.
Malah, lagu tersebut membawa makna buat pasangan ini kerana ia merupakan lagu kegemaran dan menjadi simbolik lagu video akad nikah.
“Ni lagu favourite bercinta sampai jadi official song video nikah😉 SELALU DENGANMU.. “Oh Tuhan tetapkan rasa cintaku ini, hanya untukmu.. selalu setia, selama-lamanya…” @shadilahalid ,” tulis Alid sambil menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.
Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly bersyukur kerana dikurniakan suami, Azman Yahya atau lebih kenali sebagai Jinggo,seorang yang baik dan penyayang.
Kongsinya, Jinggo menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga baik dari segi dunia dan akhirat.
“Umur dah 54 pun handsome, 24 tahun celebrate Father’s Day tapi u masih kejutkan anak solat subuh.
“U masih call anak remind them to solat. U sanggup tinggalkan kerja pasal anak.
“Sampai sekarang nampak kereta anak kotor u basuhkan rosak u repairkan. Kasut anak kotor u bersihkan, basah u jemurkan.
“Tu tak termasuk duit yg u dah belanjakan.
1.Duit hospital anak
2.Duit sekolah & kolej anak
3.Duit poket anak
4.Duit makan & minum anak
5.Duit letrik, air, wifi anak
6.Duit gaji bibik jaga anak
7.Duit holiday dengan anak
Tak termasuk duit belanja kahwin anak (kalau ada jodoh),” tulisnya.
Malah, Sheila berbangga dengan kejayaan suaminya itu.
“So.. i rasa 1 day is not enough to honour how special of a father u are b’coz u are AMAZING everyday of the year babe!! Happy father’s day Tok Sidang We love you!! Bergenang pulak airmata ni tiberrrrr,” akhirinya.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Menerusi ruangan komen, Jinggo telah memberikan respon.
“Thank you babe,bukan apa yang i dah buat untuk u and anak-anak tapi apa yang i kena buat untuk u and anak-anak, itu yang ayah pesan kalau nak jadi ayah mcm ayah. Love u babe,” balasnya.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada tahun 1995 dan dikurniakan dua anak lelaki, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.
Foto : Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan meluahkan rasa syukur kerana diberi nikmat hidup bersama suami penyayang dan anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Fara atau nama lengkapnya Norfarahin Mohd Roslan yang baru sahaja memasuki fasa ketiga (third trimester) kehamilan gembira kerana Ippo sentiasa ada disisinya.
“Alhamdulillah, diberi nikmat hidup didunia, punya suami yang sentiasa disisi, keluarga yang sentiasa mendoakan, kawan2 yang baik, insyaAllah punya anak yang bakal lahir.
“Terima kasih ya Allah. Doakan fara dan baby sihat, dipermudahkan segalanya. Terima kasih yang mendoakan yang baik,”tulisnya.
Pelakon Yatt Hamzah mengulas ciri seorang suami yang baik adalah suami yang selalu membuat isteri tersenyum bahagia walaupun jauh di mata.
Malah jelasnya, bahagia tidak memerlukan wang ringgit, cukup dengan perbuatan baik dan ingatan kepada suri hati.
Menerusi perkongsian tersebut, secara ringkasnya jelas Yatt, suami yang baik akan selalu menghubungi isteri dan sentiasa memberikan kata-kata semangat di atas kepenatan isteri menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Ada juga suami yang sering bertanya kebajikan isi rumah dan ada kalanya memberikan kejutan istimewa dengan kiriman hadiah.
“Suami yg baik adalah suami yg selalu membuat isterinya TERSENYUM BAHAGIA walaupun jauh di mata. Tak mahal pun modal nak bahagiakan isteri.
“Tak perlukan intan permata berlian(Tapi kalau ada lagi bagusss). Cukup dg PERBUATAN BAIK pada nya dan INGATAN TULUS IKHLAS.
“BETUL ke BETUL SGT? LEKAS TAG SUAMI TERCINTA,” kongsinya.
Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan teruja untuk berkongsi pengalaman menjalani prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) bersama peminat menerusi platform media sosial miliknya.