Anak kepada pelakon terkenal Jasmin Hamid, Rohanna Abdul Hamid mengakui sudah memaafkan individu yang menulis komen berbaur fitnah di laman sosial ibunya, namun jelasnya kepada Media Hiburan, kesannya cukup berbekas dalam hati.
Rohanna berkata demikian selepas Sidang Media Kes Saman Fitnah Kepada Netizen.
Ekoran daripada perkara tersebut, dia mengalami tekanan dan malu berada di khalayak ramai.
“Selepas membaca komen tersebut, saya sedih dan sangat tertekan dan ingin lari jauh daripada semua orang. Saya sangat malu. Tidak pernah seumur hidup orang menggelarkan saya begitu.
“Waktu itu saya tidak pergi kerja dan kalau boleh mahu mengelak daripada dunia luar.
Ads
“Dan komen itu pula datang daripada seseorang yang dikenali namun tidak pernah bertegur sapa membuatkan saya tertanya-tanya apa motif sebenar dia.
“Saya maafkan namun kesannya masih berbekas dalam hati. Sedikit pun tidak berkurang,” katanya dalam nada sebak.
Wanita berusia 32 tahun ini turut menegaskan tindakan yang diambil bukan bermotifkan dendam, sebaliknya hanya untuk memberi pengajaran.
Ads
“Memang agak terkejut individu tersebut menulis komen sebegitu di laman Instagram ibu saya. Ini melibatkan maruah keluarga, saya dan ibu terkesan dengan perbuatan tersebut.
“Ini pengajaran untuk netizen di luar sana supaya menggunakan media sebaik mungkin, bukannya menulis sesuatu yang negatif kepada individu lain. Kita tiada hak untuk berkata yang buruk mengenai orang lain.
“Saya dan ibu bersetuju menfailkan saman fitnah ini kerana melibatkan maruah kami sekeluarga.
Ads
“Kita memang tidak boleh menutup mulut semua tapi gunakanlah akal yang diberikan sebelum menulis komen. Fikirkan kesannya. Jadikan kes ini sebagai pengajaran, ia bukan bermotif dendam. Berhenti buli siber,” jelasnya kepada MH.
Sidang media Kes Saman Fitnah Kepada Netizen yang diadakan di Finas Petaling Jaya menyaksikan permohonan maaf secara terbuka daripada Izzatul Hairiyah Abdullah, seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab menulis komen seperti yang disebut.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shima Anuar terharu apabila suaminya, Mohd Solih Taha akhirnya berana mencuba seulas durian.
Menerusi video yang dirakam pelakon filem Highlands Tower ini, Solih dilihat pada awalnya enggan memakan buah tempatan itu.
Bagaimanapun, dia mencuba dan berjaya menghabiskan seulas durian.
“3 tahun tunggu detik indah ni. HAHAHAHA
“Friday. 13 September 2019. 10.37pm. Finally dia makan durian! Sedap kan?? Hahaha! Sorry syg i had to post this video. Priceless. Love you!,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen,rata-rata terhibur dengan gelagat Solih yang dilihat janggal menikmati ‘raja buah’ itu.
Sekadar imabasan , pasangan ini berkahwin pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Marian Sophia dan Mikhael Imaan yang dilahirkan pada 9 Ogos lalu.
Video : Instagram Shima Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laman Facebook Story Angkatan Tentera Malaysia, anak kepada pelakon veteran, AR Badul meninggal dunia semasa melakukan demonstrasi akibat terkena tembakan raifal.
Mejar Mohd. Zahir Armaya,36, dipercayai meninggal dunia akibat tertembak semasa latihan di Sabah , pukul 9.20 pagi.
“Mej zahir (anak badul) meninggal semasa buat demo kt sabah pagi ni.. sama2 kite sedekahkan Al-Fatihah kpd sesiapa yg mengenali arwah… Bju kalis peluru tembus ms buat face to face..
“Utk mklmt Peg 11 Rgk, Mej Zahir b Armaya baru shj mnghembuskn nafas di Hospital Queen Elezbeth Kota Kinabalu pd 0920 pg td sempena Paluan Berundur Mk Bgd ke 5 Infantri di Kem Lok Kawi. Mohon semua unit di bwh naungan 21 GGK menurunkan bendera GGK separuh tiang. Sama2 kita doakn semoga arwah ditempatkn di dlm golongan yg beriman,” kongsi laman Facebook tersebut.
*Laporan Pegawai Terlibat Dengan Kemalangan Dalam Latihan*1. No, Pkt, Nama : Mejar Mohd Zahir bin Armaya (3009490)2….
Siti Arifah Mohd Amin atau lebih sinonim dengan nama Joy Revfa sedih dengan segelinitir nasib kaum wanita yang ditindas lelaki.
Kongsinya, segelintir rakan-rakannya turut mengalami nasib kurang baik selepas berkahwin kerana menjadi ‘mangsa’ si suami yang mempunyai sikap panas baran, kaki pukul dan kaki botol.
Secara tidak langsung, ini menyebabkan rasa tidak puas hati usahawan itu dan menyuarakan pendapatnya sendiri berkenaan isu tersebut.
“STOP VIOLENCE AGAINTS WOMEN !
“Pelik lah lelaki suka pukul perempuan ni.. Dah lah pukul pastu berhutang berpuluh ribu lak tu dari perempuan yg dulu kau syg. Tapi alhamdulillah , joy sendiri tak pernah dapat lelaki spesis mcm ni seumur hidup.
“Semoga Allah swt lindungi Joy dari jantan dayus kaki pukul sebegini. Bila gathering bersama kawan2 perempuan, 80% punca utama kawan2 joy bercerai sbb ramai yg bekas lelaki kaki pukul + kaki betina.
“Ada yg paling sedih, kawan Joy dapat lelaki “complete set” Kaki pukul + minum arak + kaki betina + berhutang..! Wey jantan! Korg nak apa sebenarnya ni eh baghal..?!!! dah la kebas duit pastu kau lanyak lak insan yg lemah mcm ni.
“Bila nasihat kawan suh report polis, dorg kata sayang.. sayang jadah apa mata & badan habis lebam2 . Mak ayah dia pun tak pernah pukul seteruk mcm tu.. Sedih bila lihat sahabat sendiri di tumbuk & dipukul oleh “boyfriend” sendiri,” tulisnya.
Malah, ibu tunggal ini menasihati agar lelaki yang bergelar suami perlu memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang baik, penyanyang dan bertanggungjawab.
“Allahu.. Kejamnya lelaki skrg ni. Maka kalau anda dikurniakan lelaki yg amat memuliakan & menghormati mu, jaga lah dia baik2.. kerana lelaki sebegini lah peneman utk mu di dunia & di syurga nanti.
“Ketahuilah wahai lelaki,
Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.. .
“Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud, “Dan bergaullah dengan mereka secara baik, kemudian jika kamu bencikan mereka, kerana mungkin kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang baik untuk kamu,” tulisnya.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.