Penyanyi muda yang kini muncul menerusi single terbaru berjudul Kembali, Isma Sane mengakui agak berdebar dalam menantikan reaksi peminat terhadap lagu berkenaan, apatah lagi apabila single sulungnya, Derita memberi impak positif.

Bagaimanapun kata Isma kepada MH, dia percaya kepada rezeki dan apa sahaja respon yang diterima dari peminat adalah suatu kritikan terbaik dalam perkembangan seninya

“Memang takut apabila bercakap mengenai harapan untuk lagu baru memandangkan Derita sudah berada di tempat yang baik di hati peminat. Apa pun saya percaya rezeki.

“Kalau kembali dapat ikut rentak Derita saya boleh cakap ‘Alhamdulillah’. Kalau sebaliknya pun, saya syukur dengan apa adanya.

“Kembali adalah kesinambungan bagi single Derita dan menerusi Kembali, ia secara dasarnya menceritakan mengenai si isteri yang ingin kembali ke pangkuan suami.

“Jujurnya selepas Derita, saya mulai tulis lirik untuk lagu tersebut,” kata penyanyi berusia 21 tahun itu panjang lebar.

View this post on Instagram

" Assalamualaikum 😊 "

A post shared by New single " KEMBALI " (@ismasanee) on

Mengikuti pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik, Isma juga turut merancang untuk memberi lebih tumpuan dalam kerjaya nyanyian.

“Saya baru sahaja tamat belajar. Bagaimanapun setakat ini fokus saya kepada bidang nyanyian terlebih dulu.

“Cuma ada terfikir untuk sambung belajar dan sekarang saya sedang tunggu waktu untuk graduasi Mac depan,” jelas Isma yang menyifatkan ibunya dalam sumber inspirasi terbesar di dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.

“Saya memang punya hubungan rapat dengan Mak. Apa sahaja saya kongsi bersamanya. Saya hanya ada dia, bapa telah pun meninggal lebih 10 tahun lalu ketika saya berusia 10 tahun.

“Saya anak bongsu dari sembilan beradik dan dari kecil tidak pernah terpisah dengan Mak. Susah senang memang bersama.

View this post on Instagram

" mak kata boleh handsome lagi ni "

A post shared by New single " KEMBALI " (@ismasanee) on

“Cuma ketika ini saya sudah tinggal berasingan dengannya sejak beberapa bulan lalu demi kerjaya bersama kakak dan abang. Mujur ada ketikanya, Mak ada melawat kami, jadi kerinduan itu terubat.

“Bila jadi artis, saya tidak menafikan kehidupan mulai berubah. Meski tidak banyak, namun sekurang-kurangnya saya sudah mampu untuk bantu keluarga juga,” jelasnya optimis.

Dalam perkembangan lain, muzik video Kembali yang telah pun dilancarkan menerusi YouTube sejak 30 Ogos lalu sudah pun ditonton hampir 400,000 kali.

Bernaung di bawah label Begood Music, single sulung Isma mencipta sukses, dengan  mendapat tontonan lebih 20 juta kali di platform sama.

Isma terdahulu ditemui media pada majlis pelancaran muzik video single terbarunya itu di Pak John Steamboat, IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Foto: Instagram Isma Sane

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI