Selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Atheer pada 11 April lalu, pelakon dan pengacara, Yaya Zahir akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya itu kepada netizen.

Yaya atau nama sebenar, Zuhairah Zahir, 32, berkongsi beberapa foto terbaharu Atheer di laman Instagram miliknya.

“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkannya, sangat-sangat bersyukur, Alhamdulillah. Hello uncles and aunties,” tulis Yaya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yaya (@yayazahir)

Bekas hos program hLive! ini juga turut membuka akaun Instagram untuk Atheer yang kini telah mengumpul hampir 1,000 pengikut setakat artikel ini ditulis.

Akaun berkenaan dikendalikan oleh Yaya dan suaminya, Arriz Azim.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, ramai rakan-rakan artis mengirimkan ucapan tahniah kepada Yaya di atas kelahiran anak sulungnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yaya (@yayazahir)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yaya (@yayazahir)

IKLAN

“Bombastic, side eyes gambar yang kedua. Alhamdulillah, tahniah Yaya dan suami,” komen pelakon dan pengacara Sherry Alhadad.

“Bulatnya mata Atheer,” titip pelakon Eyka Farhana.

“Comelnya diaaaa!” tulis pelakon Meerqeen.

IKLAN

“What big round eyes you have baby Atheer!” coret pelakon Zahirah Macwilson.

“Tahniah! Dia sangat comel!” komen pelakon Catriona Ross.

Untuk info, Yaya berkahwin dengan Arriz yang merupakan seorang juruterbang pada 9 Ogos 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI