Penyanyi Azza Elite tampil menjawab komen yang diberikan rakan selebriti, Azwan Ali atau Diva AA yang mendakwa sudah menunggu sejadah yang dijual penyanyi berkenaan.

Komen daripada Azwan dilihat memberi kesan kepada anggota kumpulan Elite itu yang baru sahaja kehilangan bapa, Zawari Abdul Aziz,71, pada pagi Isnin.

Berita kematian bapanya turut dikongsikan Azza atau nama sebenarnya, Noor Azzarima Zawari, 44, menerusi Instagram.

Menurut Azza, ketika balik berniaga dari Singapura, dia sibuk menguruskan keluarga, lebih-lebih lagi bapa yang sedang sakit ketika itu.

“I tak pernah cari pasal dengan sesiapa. Balik Singapura I sibuk urus mak I. Dengan bapak I sakit. Tak boleh nak fikir orang nak beli sejadah ke ape ke. I fikir mak dan ayah I je! Keadaan parents I.

IKLAN

“Sampai hati dia tulis macam ni. Bapak I meninggal semalam faham tak,” tulisnya pada ruangan kaspyen menerusi hantaran terkini di Instagram.

Azza pada masa sama turut meminta jasa baik untuk memahami situasi yang baru kehilangan orang tersayang.

“Sesuka hati maki! Sebab dah terbiasa mulut tu maki orang jadi makanan kau! Niat tu baik nak beli sejadah aku bersyukur! Tapi dalam masa yang sama fikir juga keadaan org lain.

IKLAN

“Saya hilang ayah tau, jangan buat anak yatim mcm ni bang! Tu je nak cakap. Ini kali aku lawan!,” luahnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meminta Azza untuk bersabar dan terus optimis meneruskan hidup.

Terdahulu, Azza menerusi media berkata, bapanya sudah selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam di Kuala Kangsar, jam 12 tengahari Isnin.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Arwah dimasukkan ke hospital di Ipoh akibat jangkitan COVID-19 pada 1 Julai lalu, namun, dibenarkan keluar selepas Aidiladha lalu.

IKLAN

“Secara kebetulan, jantung arwah turut bermasalah. Sepatutnya, ada rawatan susulan untuk jantung, tetapi tidak sempat. Jadi, punca kematian masih belum diketahui.

“Semalam, tahap oksigen arwah turun ke paras 70. Ketika itu, kakak, Noor Amelia Hafiza terus memanggil ambulans dan bawa ke Hospital Batu Gajah.

“Saya diberitahu, arwah masih okay ketika itu. Namun, Allah lebih sayangkan arwah dan menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan,” katanya seperti dipetik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI