Umum sedia maklum, kes pesakit yang disahkan positif Covid-19 kini dilaporkan kian meningkat sekaligus menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak.
Lalu, masing-masing tampil memberikan pendapat, misalnya pelakon senior Jasmin Hamid.
Jasmin menyatakan rasa bimbang apabila kes positif di sekitar Shah Alam semakin meningkat saban hari.
“Allahuakhbar… Banyaknya kes di Shah Alam, Selangor Apa dah jadi ni? Cukuplah jadi Close Contact pun dah seksa, apatah lagi bila POSITIVE COVID. Nyawa di hujung tengkorok,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu turut menasihati ramai agar tidak bersikap pentingkan diri demi keselamatan orang lain.
“Tak perlu salahkan sesiapapun, salahkan diri sendiri bila dah POSITIVE sebab PEMBAWA tidak akan mengaku, ramai yang SELFISH!
Ads
“Jagalah diri masing-masing supaya terhindar dari WABAK CORONA. Sedangkan kita yang berjaga -jaga pun boleh di jangkiti, apatah lagi yang LALAI..,” tulisnya lagi.
Pelawak, Lan Pet Pet tampil menjelaskan mengenai perkara sebenar berhubung dakwaan dia telah memukul seorang penghantar makanan di tepi jalan seperti yang tular di platform media sosial baru-baru ini.
Memetik laporan Berita Harian, Lan memberi tahu, ketika dia sedang memandu di hadapan Kedutaan Rusia yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dia ternampak penghantar makanan terbabit sedang menggunakan telefon bimbit sambil menunggang motosikal di tengah-tengah jalan.
Bimbang perbuatan pemuda berkenaan bakal mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya, malah pengguna jalan raya yang lain, Lan memutuskan untuk menegur dan bersemuka dengan individu terbabit.
“Saya menegur pemuda itu… Tindakannya (menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal) amat berbahaya. Bukan sahaja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain.
“Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi.
“Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.
“Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja,” katanya seperti yang dipetik.
Video berdurasi 24 saat yang dirakam seorang pengguna jalan raya itu nyata menarik perhatian ramai pihak sehinggakan menjadi antara topik hangat dikalangan netizen.
Menerusi video berkenaan, anggota kumpulan Senario itu dilihat telah merangkul dan memukul kepala lelaki berkenaan sebelum ditenangkan oleh beberapa orang awam.
Pada masa sama, Lan juga dikatakan telah melemparkan kata-kata amaran buat individu berkenaan.
Dalam pada itu, Lan turut memaklumkan dia juga telah pun membuat laporan polis terhadap individu yang telah merakam dan menyebarkan video tersebut.
“Saya juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini.
“Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata, tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.
“Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah,” katanya lagi.
Lan turut menambah, dia sebolehnya mahu isu tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang baik sebelum menjelangnya hari raya.
“Kami akan bersemuka di balai polis untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara kami.
“Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama,” akhirinya.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Misha Omar tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan kesungguhan ahli keluarganya yang tetap setia menghantar juadah raya buatnya meski tidak mampu meraikan Syawal seperti kelaziman atas kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sambil berkongsi menu yang diterima dari abang dan kakak iaitu Mimi Omar yang merangkap pengurus kerjayanya melalui Insta Stories, penyanyi lagu Tanpa Rela ini bersyukur kerana dikelilingi insan yang saling menghargai.
“Tak tahu bila tengok makanan-makanan ni, I jadi sedih. Kita tengok apa yang dioarang kirim… Ini kiriman my sister, Mimi hantar Nasi Tomato, Ayam Masak Merah. Tu ada Rendang. Terima kasih.
“Abang I, kirim Nasi Impit. Rendang, ada lemang. Ni lauk favorite I, lauk kicap. Jajan kunyah pun ada.
“Bersyukurlah kan ada orang sayang kita. Kesungguhan mereka hantar pakai Lala Move. My brother tunggu kat luar tak boleh masuk…,” katanya lalu menitiskan air mata.
Difahamkan abangnya tidak dibenarkan masuk ke ruang kawasan kediaman penyanyi berkenaan sebagai mematuhi standard operating procedure (SOP).
Misha pada masa sama turut mengucapkan selamat hari raya buat semua peminat di Instagram.
“I hope you sambut raya dan hargailah orang yang sayang dekat you okay.
“Kawan-kawan yang baik yang selalu doakan dan kongsi rezeki dengan kita. Keep them always in your heart dan dalam doa.
“Selamat hari raya, maaflah emotional pula hari ni,” katanya lagi.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi, Siti Sarah ada memaklumkan yang dirinya ketika ini terlalu mengidam untuk makan buah durian jenis Musang King dan D24.
Sehubungan itu, Sarah dilihat telah pun memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram bagi meminta pertolongan daripada para pengikutnya untuk mencari buah tersebut.
Katanya lagi, dia terlalu menginginkan buah tersebut sehingga ia dikatakan terngiang-ngiang di fikirannya.
“Bantulah ibu hamil ni. Tibe-tibe Sarah tringin benar nak makan durian musang king atau d24. Terfikir sampai tengiang-ngiang.
“Manelah Sarah nak dapat ye? Sekarang tengah musim musang king atau d24 ke? Kalau boleh, nak yang dara tak berusik, kat supermarket macam ade tapi Sarah tak nak yang dah kopek punye.
“Kalau ade, boleh hantar ke puchong tak? Sesape tau plz DM sarah ye,” tulisnya.
Tidak lama selepas itu, menerusi entri berasingan, isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu ini mengakui berasa amat gembira selepas memaklumkan ada individu yang berbesar hati untuk memberikan buah durian yang baru dibelinya secara percuma buat Sarah.
Jelas Sarah, dia berasa amat berterima kasih kepada individu berkenaan kerana sudi menghadiahkan buah-buah tersebut kepada dirinya.
“Ya Allah murah rezeki hamba Allah yang memberii nie. Baru post petang tadi, lepas tu ade orang nak kongsi rezeki.
“Lepas kempunann ibu hamil. Bukn sebijik dia bagi tp nie dah bole buat kenduri. Terima kasih banyak-banyak adik A,” kongsinya.
Dikesempatan itu juga, penyanyi lagi Semakin ini turut menitipkan doa semoga individu tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut selain turut menyifatkan Sarah sebagai ibu hamil yang sangat beruntung.
Sekadar informasi, Sarah dan suaminya yang juga pelawak dan ahli perniagaan itu pada 26 Februari 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan selebriti ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.
Sumber: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.