Penyanyi, Imran Ajmain meluahkan rasa risau selepas mengetahui terdapat beberapa kes baru melibatkan penularan wabak Covid-19 di kawasan tempat tinggal ibunya di Singapura.

Jelasnya Imran, kesemua penduduk yang tinggal di pangsapuri tersebut termasuklah ibunya bakal menjalani ujian saringan wajib Covid-19 yang akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Singapura.

Katanya lagi, dia amar risau mengenai keadaan ibunya itu dan hanya sempat berbual menerusi panggillan telefon awal pagi tadi.

“Unfortunately, this is where my Mak is. I’ve been worried all night waiting for her to respond. We spoke at 6am.

IKLAN

“She said & I know that “she’s been very careful.” There’ll be testing today. She’s 70 & been vaccinated 2x.

“I’m in KL. We haven’t met since Jan 2020,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Selamat Ulang Tahun Sayang itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.

IKLAN

“Saya Di KL, Kami Tidak Jumpa Sejak Januari 2020,” – Ada Kes Baru Covid-19 Tempat Ibu Tinggal Ibu di Singapura, Imran Ajmain Luah Kerisauan “Saya Di KL, Kami Tidak Jumpa Sejak Januari 2020,” – Ada Kes Baru Covid-19 Tempat Ibu Tinggal Ibu di Singapura, Imran Ajmain Luah Kerisauan “Saya Di KL, Kami Tidak Jumpa Sejak Januari 2020,” – Ada Kes Baru Covid-19 Tempat Ibu Tinggal Ibu di Singapura, Imran Ajmain Luah Kerisauan

Imran turut menambah, dia sebenarnya sudah tidak berjumpa dengan ibunya itu sejak lebih setahun yang lalu akibat sekatan aliran keluar masuk negara yang dikuatkuasakan di kedua-dua buah negara.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Imran selain turut mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja buat ibunya di Singapura.

IKLAN

“Semoga Mak you dijauhkan daripada wabak ini dan sentiasa dilindungiNya daripada perkara-perkata yang tidak diingini. InsyaAllah semuanya baik-baik ja. Kita doa sama-sama ya. Stay safe. Aamin.

“Saya doakan semoga emak Im dilindungi Allah. Harap takda apa-apa kemudaratan padanya.

“Moga tiada kemudaratan and dijauhkan musibah,” antara komen-komen pengguna di laman Twitter.

Sumber: Twitter Imran Ajmain

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI