Tidak mampu berjalan dengan sempurna akibat diserang simpul biawak, kata Wawa Zainal menerusi video yang dikongsi di laman Instagram, pengalaman hamil kali ini cukup berbeza.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata ini meminta suami, Aeril Zafrel mengendongnya kerana kesakitan.
Tulisnya, jika dahulu kekejangan kaki ini hanya menyerang apabila kandungannya mencecah enam bulan, namun lain pula dengan kehamilan ketiga ini.
Ads
“Sakit kaki sampai skg kena simpul biawak mlm tadi. selalu kena simpul biawak ni time2 6-9bulan.
“Ni baru 4bulan tapi da 3kali kena . sakit dia tak yah ckp la sakit gila. Siapa pernah kena,” tulisnya.
Difahamkan, istilah “Simpul biawak’ atau ‘tarik mengkarung’ merupakan antara istilah popular di kalangan ibu mengandung yang sering mengalami kekejabgan dan ia lazimnya menyerang di bahagian kaki.
ya Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamadhari ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada menitip ucapan buatnya.
Ucapan istimewa TokTi dilakukan dalam bentuk video dengan nyanyian ‘Allah Selamatkan Kamu’.
“Assalamualaikum, pada kesempatan ini, saya, suami dan keluarga ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (10 Julai) dan YABhg Tun Dr. Siti Hasmah (12 Julai).
“Semoga Allah sentiasa melindungi Tun berdua, dikurniakan kesihatan dan keberkatan usia.
“Selamat Hari Lahir Tun berdua ❤❤. @chedetofficial,” titip TokTi.
Lalu, netizen telah memberikan pujian terhadap kemerduan suara TokTi,meski hanya menyanyikan lagu sedemikian.
Untuk makluman , Tun M dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Aliturut berkongsi bulan yang sama (Julai) kerana ulang tahun mereka selang dua hari sahaja.
Kami dari team MH turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah. Semoga sentiasa berada dalam lindungan yang maha Esa.
Video/Foto: Instagram CTDK, Tun M
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Norman Hakim merakamkan ucapan terima kasih buat para penonton yang sempat menonton aksi pertamanya yang mengendalikan program musim terbaru Mingguan Wanita tengah hari ini.
Ia merupakan penampilan pertama pelakon Gerak Khas ini sebagai pengacara program yang berunsurkan kewanitaan yang dipancar secara langsung.
“Terima kasih kpd yg menonton LIVE #MingguanWanitaTV hari ini bersama saya dan kawan2 saya @errafazira@elizadsharifuddin.
“Hari pertama utk saya & minggu pertama utk #MingguanWanitaTV musim baru! Honestly dlm debaran memikul tugas kali pertama sebagai antara host utama yg dibawakan secara live, sebenarnya saya sangat2 excited sbb ini adalah perkara baru dalam hidup saya,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram
Pada masa sama, suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini juga yakin dengan team produksi yang disifatkan bagus dalam menjalankan skop kerja masing-masing.
“Saya sangat2 yakin dengan support system yg baik dari team produksi yg sangat2 bagus memikul setiap perincian tugas masing2,digandingkan dengan sahabat2 jelitawan saya ni,minggu2 yg akan datang akan menjadi minggu yg lebih baik dari sebelumnya in shaa Allah.
“Yang penting niat bersama kami utk mengangkat, pengupas & meleraikan isu2 yg berbangkit utk motivasi,iktibar & manfaat bersama.
“Teruskan bersama kami team #MingguanWanitaTV untuk melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan ini sbb kerana anda penonton semualah adanya kami di sini,” kongsi Norman lagi.
Tengah hari tadi, program berkenaan mengupas isu Curang Cinta Atau Suka-Suka yang dan turut menjemput beberapa panel.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.