Tidak dinafikan, ada segelintir golongan yang memerlukan bantuan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19 sejak beberapa bulan lalu.

Malah, situasi mungkin lebih mendesak berikutab sambutan bulan Syawal dijangka bakal dirai Ahad depan.

Lalu, usahawan kosmetik sensasi, Sajat turut prihatin dengan situasi semasa dan dilihat turut sama-sama cuba membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Difahamkan, penyanyi Bobo Di Mana itu telah agihkan keperluan barangan harian kepada lebih 50 keluarga di sekitar Johor Bahru.

“Alhamdulillah! Hari ini misi di Johor Bahru untuk mereka yang memerlukan.

IKLAN

“Barangan keperluan dapur seperti minyak, garam, beras, susu pekat, gula, tepung, ketupat nona, milo bersaiz besar, maggie, garam, sirap rose cordial.

“Dan sejumlah wang duit raya RM300 untuk setiap keluarga. Jika ada yang berminat..sila text PA saya shamil (0143695329),” tulisnya.

Selain itu, Sajat turut berharap bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak dapat meringgankan beban bagi yang memerlukan.

IKLAN

“Peruntukan untuk 50 keluarga untuk sumbangan ikhlas dari nursajat! Semoga sumbangan ini boleh meringgan kan beban mereka dan dapat meraihkan lebaran yang akan tiba.

“Salam sayang dari saya nursajat,” tulisnya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberikan reaksi terhadap sikap prihatin usahawan berkenaan.

Sajat Prihatin… Turut Salur Bantuan Keperluan Asas Dan Beri Duit Raya RM300 Kepada Siapa? Sajat Prihatin… Turut Salur Bantuan Keperluan Asas Dan Beri Duit Raya RM300 Kepada Siapa? Sajat Prihatin… Turut Salur Bantuan Keperluan Asas Dan Beri Duit Raya RM300 Kepada Siapa?

Video: Instagram Nursajat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI