Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mempunyai cara tersendiri dalam mendisplinkan anak-anaknya bagi membentuk keperibadian yang baik.
Diberi dua pilihan hukuman sebagai pengajaran kerana melakukan kesalahan, bapa kepada empat orang anak itu telah mengenakan ‘denda’ cara unik tetapi bermanfaat kepada anak ketiganya, Fierudz iaitu dengan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 30 kali tanpa henti.
Perkara tersebut dikongsikan Fazley di Instagram miliknya.
“Ramai juga tanya saya adakah saya seorang ayah yang garang, jawapannya ada dalam video ini.
“Anak ke-3 saya @fierudzfazley ada buat beberapa kesalahan hari ni. Saya beri dia pilihan: . A) Nak kena rotan dengan tali pinggang, ATAU . B) Baca alfatehah tanpa henti selama 30 kali,” tulisnya.
Ads
Baginya, perkara tersebut dilakukan bertujuan memberi kesedaran kepada anak-anaknya setelah melakukan kesalahan.
“Prinsip saya di dalam membesarkan anak2, yang salah tetap salah dan perlu ada hukumannya supaya mereka sedar akan kesilapan mereka.
Ads
“Namun selepas menerima denda atau hukuman, saya akan terus memeluk dan cium mereka supaya mereka tidak merajuk lama dan menyimpan dendam.
“Piyush sayang, Dida love you so much ok!,” tulisnya lagi.
Penyanyi Zarul Husin mengimbau kembali memori selepas mengambil keputusan berhenti menyanyi pada tahun 1997.
Katanya, ketika itu dia sempat mencari rezeki dengan membantu arwah bapanya menjual apam balik.
Lebih manis, arwah juga yang menggalakkannya untuk mencuba nasib sebagai pramugara.
Tambah Zarul lagi, arwah bapanya risau melihatkan dia tiada pekerjaan tetap dan sanggup membawanya memotong rambut demi temuduga yang bakal dihadapi.
“Dulu tidak pernah terfikir langsung pun nk jadi pramugara, selepas saya berhenti menyanyi dgn Umbrella tahun 1997, saya jual apam balik ngan arwah abah saya (al fatihah) dkt suatu simpang di Puchong.
“Arwah yg galakkan sy pergi interview, yelah bapa mana yg tak risau tengok anak dia xde kerja tetap, siap bwk saya potong rambut saya yg panjang paras bahu masa tu demi temuduga pramugara.
“Alhamdulillah rezeki anak sy .. (dan sedikit tips interview dr customer bapa saya yg merupakan pramugara dan pramugari MH masa tu).
“@malaysiaairlines terima saya jd kakitangan mereka sbg pramugara- selepas 16 tahun saya resign, sekian celoteh subuh hari ni.
“Oh by the way kalau nk tengok kisah kisah pramugari dan pramugara sila lah ke youtube channel saya “Zarul Umbrella”.
“Selamat berpuasa dan stay home #zarulumbrella #bukangadisbiasa #sambalaichik #serundingaichik #pictuszarulhusin,” kongsinya.
Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan isi hati menerusi laman Instagram miliknya.
Bintang Cari Aku Di Syurga ini mengutarakan isu mengenai peniaga online yang menghadiahkan produk berbentuk makanan kepadanya.
Tegas Janna, dia menerima hadiah yang diberi dengan hati terbuka dan bersyukur, namun jangan sesekali meletakkan harapan yang tinggi dan mewajibkan dirinya untuk riviu setiap barangan yang diterima.
Malah ulasnya lagi, ada kalanya makanan yang diterima mungkin tidak menepati citarasa dan dalam erti kata lain, tidak sedap dan atas sebab itu, dia tidak sesekali akan memberikan ulasan di laman Instagram kerana tidak mahu menipu pengikut.
“Isu peniaga online! Assalamualaikum kepada semua. Saya repost balik IG STORY saya supaya semua tak salah faham.
“Sy mintak maaf Kalau saya bangkit kan isu ni. (Kalau ada Yang DM, “janna saya nak mintak janna promote business sy, janna saya nak janna review makanan saya”).
“Saya memang tak buat. Tapi Kalau ada Yang DM (janna, saya nak bagi janna rasa makanan saya, harap janna sudi).
“Saya akan terima & Saya akan post Kalau memang sedap. Jujur cakap, Saya memang tak nak aniaya orang lain Yang tengok video Saya makan…lepas Tu “ TAK SEDAP “ Tapi Saya cakap “ SEDAP,” katanya.
Sambil berterima kasih, Janna pada masa sama turut berkongsi punca dan ia tiada kaitan dengan rasa rimas atau sebaliknya.
“Jangan risau ok. Saya pun selalu scroll2 IG business and beli makanan Yang Saya teringin, even Saya beli pun.
“Kalau memang sedap, saya akan tetap buat shout out. Tak ada isu RIMAS ke TAK RIMAS.
“Cuma peti ais rumah saya dah penuh, sampai mak Saya bising la Sb banyak sangat makanan orang hantar.
“Saya bersyukur sangat, orang bagi makanan. Tapi bagi la pada Yang lebih memerlukan. Kalau Saya nak, Saya akan beli ok? Kalau nak bagi jugak…bagi je la.
“Kalau sedap Saya akan cuba tolong & post…insyaAllah. Ampun,” kongsinya panjang lebar.
Pelakon, Ozlyn berkongsi beberapa keping foto anaknya, Moleiq sedang mengerjakan solat berjemaah bersama keluarga.
Gelagat si kecil itu ketika sedang duduk tahiyat akhir dengan gaya tangan montoknya mencuit hati netizen.
Jelas isteri kepada Johan Raja Lawak itu lagi, setiap anak-anak punya perangai berbeza dan nyata kerenah Moleiq cukup menghiburkan.
“Kdg dgn Moleiq ni x tau la aku nak ckp mcm mane lg.. setiap anak tu berbeza sungguh la perangai.. dia dok paksa kakak dia duk sebaris dgn jemaah lelaki.. ok fine.. baru mula solat dia mai dpn muka aku mintak telekong.
“Tadi sblm mula solat xmo pakai..menyelitlah kita ni di celah kakak dia.. dh di pakaikan kain pulak tah mane dia sorok kan.. haaa lantok la kamu kemahin seksi atas tutup bwh bukak yg x menahan tu tahiyat akhir tu.. org lain kaki boleh duk helok.. hang??? X lepas!! Terjulur kaki pastu dok bersila.. jari tu… jari shontot tu.. comel je.
“Mulut kumat kamit baca konon2.. sblm solat aku dh bisik pasal saf jemaah pompuan.. ehhhhh pak dia kata xpe la.. dia xtau pape.. yg penting dia nak solat.. hahhhhh toksah sibuk la tanya nape aku x solat yek.. aku hamun kang.
“Maklumlah milo ais kaw ada jek sblh nih.. leh sedut trus.. korg tu je la.. x syg ke pahala puasa tu jangan lupa tgk YouTube channel JOZLYNNHANANIA ok.. ada video moleiq solat tuh,” kongsi ibu kepada lima anak ini.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.