Pelakon veteren, Roslan Saleh menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7 pagi tadi di kediamannya di Masjid Tanah, Melaka akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Memetik laporan BH Online, khabar mendukacitakan itu telah disahkan sendiri oleh isterinya, Zainun Majid yang memaklumkan arwah meninggal dunia dalam tidur.

Roslan Saleh Meninggal Dunia Dalam Tidur, Bakal Dikebumikan Selepas Solat Jumaat

“Arwah ada pelbagai penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah rendah sejak lima tahun lalu. Arwah sering keluar masuk hospital disebabkan penyakit itu, meninggal dunia dalam tidur.

“Beliau meninggal dalam tidur dan Alhamdulillah, pergi pada Jumaat yang mulia ini,” katanya seperti yang dipetik.

Ads

Zainun berkata, jenazah arwah akan disolatkan di Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang dan disemadikan selepas solat Jumaat.

“Jenazah akan dibawa ke masjid untuk disolatkan pada jam 12 tengah hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang selepas solat Jumaat,” ujarnya.

Allahyarham Roslan meninggalkan seorang balu, tiga cahaya mata dan 10 cucu.

Ads

Roslan Saleh Meninggal Dunia Dalam Tidur, Bakal Dikebumikan Selepas Solat Jumaat

Sebelum ini, media melaporkan kesihatan Roslan yang mesra disapa sebagai Pak Lan merosot akibat menghidap penyakit diabetes kronik, kira-kira lima tahun lalu.

Sepanjang lebih tiga dekad berada dalam dunia seni, Roslan pernah membintangi banyak drama dan filem popular.

Ads

Antaranya, Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan, manakala Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda adalah filem terakhir lakonannya.

Roslan pernah berkongsi, dia tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas mengalami masalah kencing manis kronik dan terlantar di rumah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI