Juara Ratu Hijabista yang pertama, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman atau lebih dikenali sebagai Qila tidak pernah menyangka dirinya bakal dinobatkan sebagai pemenang program realiti tersebut.
Bagaimanapun, gadis ayu asal Kelantan ini meluahkan rasa syukur dan percaya kejayaan yang dikecapinya atas berkat doa dan sokongan daripada ibu bapa.
“Saya sebenarnya tak pernah menyangka yang saya akan menjadi juara, akan tetapi saya sangat bersyukur kepada Allah SWT dan saya percaya ini semua adalah rezeki yang sudah tertulis.
“Saya percaya kejayaan tidak akan dapat dikecapi tanpa restu dan berkat doa orang tua kepada, selain cuba untuk memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan, alhamdulillah.
“Ini rezeki dan takdir yang sudah ditentukanNya, malah kalau bukan saya pun, rakan lain turut ada potensi untuk jadi juara. Masing-masing ada kelebihan,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya mengenai hala tuju dan perancangan masa hadapannya pula, gadis berusia 21 tahun mengakui punya minat untuk menceburi dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
“Kalau diberikan peluang selepas sertai Ratu Hijabista, saya ingin mengembangkan bakat dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
Ads
“Jadi dengan pengalaman sedikit yang saya ada ini, InsyaAllah saya cuba untuk fokus dalam bidang tersebut selepas ini,” kongsinya.
Ads
Gadis lepasan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) ini berjaya menewaskan empat lagi finalis iaitu Tina, Mellya dan Fiffy Afrina untuk bergelar juara sulung Ratu Hijabista.
Dengan kejayaan yang diraih, Qila membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi dan selempang.
Program pencarian Ratu Hijabista ini bersiaran selama lapan episod bermula 12 Ogos lalu di saluran Astro Prima dan Prima HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Memey Suhaiza ada berkongsi mengenai permintaan anak lelakinya yang mahukan adik perempuan lagi.
Ini kerana, anaknya itu rasa kasihan apabila adik bongsunya tidak ada kawan perempuan untuk bermain bersama.
Perkara tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu menerusi Instagram, baru-baru ini.
“Anak bujang mummy @awishzarisz. Dia org request. Boleh tak mummy bagi 1 lagi girl sbb nanti ada yang boleh layan main pondok2 dgn @mikayladelishahakim,” tulisnya ringkas sambil memberikan kredit.
Ternyata, apa yang diceritakan Memey mendapat perhatian wargamaya dan ada yang turut meninggalkan reaksi masing-masing.
Terdahulu, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 24 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Persembahan penyanyi, Sharul Kamal menerusi lagu Seruling Anak Gembala yang dipopularkan oleh Datuk Jeffrydin pada program Immortal Song baru-baru ini bukan saja menarik perhatian juri malah penonton di rumah.
Nyanyian mantap dan penuh bertenaga Sharul sekali gus menobatkan dirinya menjadi juara pada minggu itu yang menampilkan episod lagenda, Datuk Jeffrydin.
Di sebalik kejayaan itu, sebenarnya ada kisah di sebaliknya yang dianggap rezeki buat pemilik nama lengkap Muhammad Sharul Amin Kamarozaman ini.
“Saya masuk pada saat akhir sebab ada artis tarik diri. Kebetulan saya ikut Akim untuk sesi ‘soundcheck’ untuk program lain juga terbitan TV3.
“Apabila mereka melihat saya, mereka terus tawarkan. Khamis saya baru dapat lagu dan rakaman program pada Ahad.
“Lagu yang dipersembahkan pun saya pilih pada saat akhir. Kenapa lagu itu, sebab lagu popular Datuk Jeffrydin semua sudah dipilih penyanyi lain.
“Jadi, saya cari lagu lain dan sayapilih lagu itu. Freddy pun terus siapkan beberapa susunan muzik, dan saya pilih seperti apa yang dipersembahkan pada malam itu.
“Akim pun kata okay. Kiranya saya hanya ada masa tiga hari saja untuk siapkan semua. Saya juga tak meletakkan sasaran nak menang, sebab semuanya saat akhir. Apabila menang, saya anggap ia berbaloi dan rezeki,” katanya.
Lalu pada masa sama, peminat juga mulai mencari dan mendengar semula single yang pernah dirakamkan Sharul sebelum ini. Antaranya Maaf, lagu terbarunya hasil ciptaan Hang Nadim dan lirik oleh Bunga Cantik.
“Lagu ini dirakam tahun lalu. Sepatutnya ia dilancarkan juga tahun lepas, tapi disebabkan beberapa perkara ia ditunda.
“Selepas membuat perbincangan dengan pihak pengurusan iaitu Rhythm and Rhyme Entertainment (RNR), baru ia dilancarkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.
“Video muzik (MV) dirakam pada Jun dan seminggu selepas lagu dilancarkan di semua platform digital, MV pula dilancarkan di YouTube,” katanya.
Membuatkan Sharul berpuas hati apabila pendengar dan peminat memahami mesej yang ingin disampaikan dalam laguitu.
“Saya belum ada lagi lagu yang hits dan dimainkan di radio. Jadi, sebenarnya saya berasakan beban juga nak sertai awal-awal sebab semua yang masuk sudah ada tempat masing-masing.
“Saya tak menjangka rezeki ini memandangkan sayamasih berusaha mencari tempat untuk tembus masuk dalampasaran mainstream.
“Saya berasakan lagu ini berjaya dan menarik apabila orang faham dan terima lagu ini. Malah, jika mahu dibandingkansambutan lagu ini dengan single lain, lagu ini lebih pergijauh,” katanya.
Malah, lagu Maaf yang bergenre ‘folk country’ juga ‘jauh’ daripada forte Sharul kesemua lagu sebelum ini.
“Sejujurnya, ini bukan forte muzik saya. Tapi, saya okay saja. Forte saya macam apa yang saya persembahkan dalam Immortal Song. Saya juga sudah pernah menyanyikan genre pop dan balada untuk lagu sebelum ini.
“Jadi, maaf ini di luar kotak saya. Saya selesa untuk itu dan mahu mencuba sesuatu yang baru. Akim pun kata okay saya nyanyikan genre ini.
“Apabila mendengarkan hasilnya, saya puas hati ditambah pula dengan sambutan baik yang diterima,” katanya.
Sharul berkata, dia berharap penampilannya pada program Immortal Song itu dapat memberikan lebih banyak peluang untuknya ketengahkan bakat.
Menurut Sharul, dia sedia memberikan 100 peratus komitmen kerana baginya nyanyian adalah minat dan mahu iadikongsikan dengan semua orang.
“Saya nak berterima kasih kepada Akim, Stacy dan Epul kerana sentiasa memberikan peluang kepada saya untuk menonjolkan bakat yang ada. Kalau diberi peluang lagi, sayaakan buat yang lebih baik.
“Saya sangat bersyukur Allah SWT meletakkan jalan saya macam ni. Tuhan nak bagi saya belajar banyak perkara dan duduk dengan orang berpengalaman. Insya-Allah, saya akan berjaya suatu hari nanti,” katanya optimis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.