
Menepati jangkaan, penyanyi Liza Aziz diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim 11 (GV11) yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Liza menewaskan lima peserta lain, sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.
Pada malam kemuncak itu, Liza menyampaikan tiga buah lagu iaitu I Surrender, Cinta (duet Krisdayanti) dan Angkat menerusi segmen ‘battle’.
“Akhirnya kini pasti kini saya menang. Jutaan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong.
“Terima kasih juga kepada ahli kelab peminat saya,” katanya sejurus diumumkan sebagai juara.
Sementara itu, Ning Baizura diumumkan sebagai naib johan, membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000 dan trofi.
Tempat ketiga dan keempat disandang oleh Sheila Abdul dan Dadali Dyrga, dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000 berserta trofi kemenangan.
Zehra Zambri pula di tempat kelima membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 dan trofi.
Dalam pada itu The Lima terpaksa berpuas hati di kedudukan keenam, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 termasuk trofi kemenangan masing-masing.
Acara kemuncak GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan kemudiannya digantikan oleh Sherry Alhadad menampilkan tiga juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Tekaan netizen mengena, Liza Aziz Unggul muncul juara GV11 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI