Pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri tampil memperkenalkan anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang lahir pada 22 Februari lalu, pada sambutan Syawal yang kedua.
Perkongsian tersebut dilakukan menerusi akaun Instagram masing-masing.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly berkongsi keterujaan meraikan lebaran bersama puteri sulungnya itu.
“It’s our first raya together. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari Daddy, Ibu & Khawla.
“Tetejut Khawla pestaim raya tiber tiber,” tulis penyanyi Aku Cinta pada ruangan kapsyen.
Berkongsi isu kontroversi, pelakon Lana Nodin berkata ada ketikanya dia perlu tampil ke hadapan untuk ‘mengajar’ netizen yang sering kali mengecamnya tanpa sebab.
Terbaharu, timbul pula isu apabila dirinya dikecam tidak memakai sarung tangan ketika sedang mengguli tepung untuk roti.
Pelakon berusia 42 tahun itu kini giat mengusahakan Lana’s Bakery Land yang baru sahaja beroperasi baru-baru ini.
“Saya sebenarnya okay je, kalau ada masa bila buat live kalau jumpa komen-komen yang perlu saya jawab saya akan balas balik.
“Cara saya, selagi kita tak bersuara sampai bila-bila mereka (haters) akan kecam saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu bergaduh.
“Jenis yang lebih-lebih saya akan sekolahkan balik… Macam hari tu ada yang kata saya buat roti tak pakai sarung tangan, saya cakap balik mana orang buat roti pakai sarung tangan. Kau pergilah kedai mamak tu tengok sendiri.
“Saya tahu soal kebersihan sebab saya pun orang Islam. Saya nak makan pun saya potong kuku, tak pakai pun quitex (pewarna kuku).
“Benda-benda logik, yang tak logik seperti body shaming tu saya tak layan… Yang mana perlu saya tegur saya tegur, saya nak educate supaya mereka tahu,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Tokan itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Lana’s Bakery Land di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Lana pada masa sama bersyukur kerana perniagaannya itu kini mampu direalisasikan selepas dua tahun tertangguh.
“Saya usahakannya sendirian, saya belajar dari bawah. Masuk kedai bakeri orang, belajar masak, buat pastri dan sebagainya. Tiada orang nak berikan ilmu perniagaan ini.
“Saya masih dalam proses pembelajaran, selalu bertanyakan kehendak pelanggan. Macam suami saya selalu cakap, kalau nak sesuatu benda, saya perlu usahakan dari A to Z,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, isu buli diantara doktor senior dan doktor-doktor pelatih semakin hangat diperkatakan.
Malah, hal ini juga difahamkan telah sampai ke pengetahuan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin apabila beliau juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bebas untuk menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih di Georgetown, Pulau Pinang.
Terbaru, suami kepada pelakon, Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari turut berkongsi pengalamannya saat bergelar doktor pelatih satu ketika dahulu.
Menurut Dr. Izzar, pengalaman bergelar doktor pelatih sememangnya merupakan fasa yang agak sukar untuk dilalui oleh setiap individu yang ingin bergelar doktor dan mereka juga tidak akan sanggup untuk menjalaninya sekali lagi.
“Masa saya HO dulu pernah saya kerja tanpa off day/ cuti selama empat bulan berturut-turut. Bila ada cuti pun hanya seminggu sekali sahaja dan hari cuti guna untuk tidur je.
“Dahlah saya kena jadi HO leader untuk 4 rotation dari total 6 rotation. Kenalah pula jaga/ menjawab untuk semua rakan-rakan HO bawah saya. Bertambahlah sibuk.
“Alhamdulillah saya dulu ada kawan-kawan HO yang saling memahami. Kebanyakan bos-bos pun sangat supportive. Matron, nurse dan MA pun senang nak kerja dengan diorang,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga pernah diminta untuk kembali bertugas secepat mungkin meskipun selepas dimasukkan ke wad akibat demam denggi.
“Boss/senior pembuli tu memang ada di mana-mana. Saya tengah MC masuk wad di hospital sebab denggi pun dia mesej suruh masuk kerja balik esok cepat-cepat.
“Ada juga tak kasi HO ambil cuti rehat lebih 2 hari berturut-turut. Kena tengking/maki tu biasalah tapi bukan semua macam itu.
Dikesempatan itu juga, Dr. Izzar turut menitipkan kata-kata semangat buat para doktor pelatih agar mereka dapat melalui fasa tersebut dengan jayanya.
“Saya berdoa agar kehidupan adik-adik HO sekarang dan yang akan baru berkhidmat tahun hadapan akan lebih baik. Diharapkan cabaran dan dugaan adik-adik akan menjadikan korang doktor-doktor yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.
“InsyaAllah. Bersabarlah. Bila dah senior, jadilah Doktor yang baik.
“Kepada pembuli-pembuli fizikal, mental, seksual serta jalan raya di luar sana, berhentilah. Kalau taknak berhenti membuli juga, silalah meninggal (dibaca),” akhirinya.
Sekadar informasi, Dr. Izzar dan Ummi telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 23 Januari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Ayra Aneesah dan Aysha Arsyla.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Izzar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Bila tengok Bilal.” Itu kapsyen ringkas yang ditulis pelakon dan hos, Scha Alyahya menerusi satu perkongsian video pendek di Insta Stories, pada Jumaat.
Menerusi video pendek itu, Scha dirakam sedang melihat sesuatu di skrin telefon bimbit milik Neelofa, seterusnya teruja seolah-olah berkaitan dengan kapsyen yang ditulisnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apa perkara sebenar yang sedang dibualkan dua bintang berkenaan.
Kedua-duanya bertemu selepas diundang ke majlis rumah fesyen terkenal di Pavilion, Kuala Lumpur.
Terdahulu, keputusan Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz yang masih belum berkongsi foto penuh anak pertama mereka yang dilahirkan pada 29 Januari lalu mencetuskan reaksi pelbagai peminat.
Pun demikian, pasangan selebriti berkenaan mengakui ia dilakukan atas sebab tertentu untuk belum lagi mendedahkan wajah Muhammad Bilal kepada umum.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.
Sementara itu, Scha dan Neelofa sebelum ini merupakan Juara Dewi Remaja bagi dua edisi penganjuran yang berbeza.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.