Spekulasi hubungan antara pelakon Rashidi Ishak dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Mishael Lee baru-baru ini sudah terjawab.
Perkara itu dikongsikan Rashidi di Instagramnya sebentar tadi.
“Her name is Mishael Lee. We met only recently. Despite the speculation that has been going on, it is only speculation. We’re not in any relationship.
“This is a very private matter but I just have to post this to clear any misunderstanding and any conjectures arrived from my pevious post. Please do respect her,” tulis Rashidi.
Terbaru usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Aliff Syukri telah berkongsi dan memberi nasihat mengenai sedekah bersama pengikutnya di laman media sosial tersebut.
“sy berbagi rezeki kepada yg memerlukan,,Setiap insan punyai kesusahan masing masing.. dengan bersedekah kita dapat saling bantu membantu sesama umat,dalam duit kita terselit juga bahagian orang lain,banyakkan menberi,inshallah pintu rezeki akan terbuka luas..”
“Dalam fikiran ada seribu satu pekara perlu difikiran… utk memenuhi impian.. Dalam bisnes mesti masing2 ada impian kan? Ini impian sy.. nak anak2 mewarisi bisnes, Impian nak bahgiakan family Nak buat rumah anak yatim utk arwah abah, keluarkan lebih byk zakat”
“Nak keluar buat bisnes dri brunei, singapore malaysia kalau boleh nak 1dunia Nak hidup senang dunia akhirat Nak bantu orang susah dan nak jadi 10org terkaya dmalaysia dan bantu byk org susah… Ok2. Macam2 niat kan?.. boleh tak sy buat??”
“Mudah2an berhasil Insha Allah! Jangan putus asa. Yakin rajin dan teruskan usaha… dan lari dari mereka yg menjadikan anda “masalah utk berjaya..”tulisnya.
Isteri kepada pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof reda nantikan rezeki cahaya mata, meski sudah hampir 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah, Aida turut berkongsi rasa menerusi temu bual bersama majalah Nona baru-baru ini lalu ia dikongsikan Aida menerusi Instagram, beberapa minggu lalu.
Video tersebut antara lain turut memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Malah, dia turut akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay.
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
“Saya reda. Walaupun tak dikurniakan anak, saya sudah ada dua orang anak angkat,” katanya lagi.
Sementara itu, Aida hanya menulis kapsyen ringkas iaitu ‘My Diary: 25.03.2019’. Lalu di ruangan komen yang ditinggalkan pengikutnya pula, rata-rata memberikan tips dan kata semangat buatnya agar terus kuat dan bersabar.
Foto: Instagram Aida Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit terkenal, Datuk A. Aida tidak menyangka apabila tiket untuk menonton filem Bisikan Nafsu bersama heroin yang juga anaknya, Azeva Natassha, selama lima hari...