Pelakon Aedy Ashraf kini bergelar usahawan apabila memulakan perniagaan kentang goreng terkenal iatu FamFries di Podium Penchala, beroperasi sejak beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut mengenai pembukaan perniagaan yang berasaskan francais itu, Aedy mengakui dia menjalankan perniagaan tersebut kerana menyukai kentang tersebut selain mahu cabar diri.

“Pada hujung tahun 2017, saya makan kentang goreng tersebut selepas selesai penggambaran. Malah ketika itupun, rakan yang memperkenalkan kentang itu baru dua tiga bulan beroperasi.

IKLAN

“Selepas makan, saya sangat sukakannya, rasanya sedap gila babi! Kemudian saya cakap padanya, tak boleh nak makan seorang, kena besarkan peniagaan ini dan bagi orang lain rasainya juga.

“Jadi saya ambil inesiatif ini dan insyaAllah harap ramai yang suka,” katanya kepada MH selepas ditemui di pelancaran Aedy Ashraf’s Famous Fries (FamFries) di Podium Penchala malam tadi.

IKLAN

Pada masa sama, bintang 26 tahun itu turut menjelaskan dia sendiri sudah lama dalam industri dan cuba beralih arah dalam dunia bisnes.

IKLAN

“Kalau saya tidak cuba, saya pasti akan masih kekal dengan apa yang dibuat sekarang (berlakon). Saya pun sudah lama dalam indsutri dan mahu take a break, cuba buat sesuatu dan this is it.

“Kalau okay saya akan teruskan, kalau tak okay pun saya akan cuba buat yang terbaik,” kongsi Aedy yang sudah pun terlibat dalam industri seni sejak awal 2000.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI