Ameerais Azhar yang juga merupakan salah seorang ahli anggota kumpulan Forteen, telah pun selamat disatukan dengan wanita pilihannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar, dua hari lalu.

Sedondon mengenakan persalinan serba putih, pasangan raja sehari ini melangsungkan majlis nikah di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.

Sementara majlis resepsi pasangan ini juga telah berlangsung semalam di Forest Valley Hall, Taman Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.

Turut hadi memeriahkan majlis ialah ahli keluarga, kenalan, rakan selebriti dan media.

Ameer bertunang dengan Siti Nurnaja’a, pada 13 Oktober tahun lalu selepas lebih setahun berkenalan menerusi media sosial.

IKLAN

“Dia menegur saya buat kali pertama di laman Instagram, dengan menanyakan judul lagu saya nyanyikan dalam video yang dimuat naik di situ.

“Sejak itu, kami mula berhubung dan tak sangka pula sebenarnya dia juga selalu datang ke acara saya hadiri,” katanya menerusi BH Online.

Sementara itu, penyanyi yang turut mempunyai single sendiri berjudul Pulangkan Cinta ini turut berkongsi beberapa  keping foto hari bersejarahnya itu.

IKLAN

“Alhamdulillah. Selamat disatukan. Semoga masjid yang dibina diberikan barakah dan kebahagiaan dunia & akhirat. Amin. I love you dear, wife,” tulisnya menerusi salah satu entri foto nikahnya.

IKLAN

Semoga masjid yang dibina kekal hingga ke jannah, amin dan tahniah dari MH buat Ameer dan isteri.

Foto: Instagram Ameerais Azhar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI