Pelakon terkenal India dalam industri filem berbahasa Kannada, Ranya Rao, telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, Bengaluru kerana disyaki menyeludup 14.8 kilogram jongkong emas dari Dubai yang dianggarkan bernilai sekitar ₹12.56 crore (RM6.3 juta).

Menurut laporan, pihak berkuasa Jabatan Perisikan Hasil (DRI) telah menerima maklumat risikan berhubung aktiviti haram pelakon ini sebelum berjaya memberkasnya.

Dalam keterangannya kepada pihak berkuasa, Ranya mengaku membawa 17 jongkong emas yang disembunyikan pada tubuhnya.

Malahan, dia turut mendedahkan butiran mengenai perjalanan antarabangsa yang pernah dilakukannya ke Eropah, Amerika dan Timur Tengah, termasuklah Dubai serta Arab Saudi.

Ranya Rao, Pelakon Terkenal India Ditahan Seludup 17 Jongkong Emas

Ads

“Saya telah mengembara ke pelbagai negara dan pada waktu ini saya terlalu letih kerana tidak cukup rehat,” dedahnya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang dikenali menerusi filem Maanikya dan Pataki ini turut mengesahkan bahawa dia mendapat layanan baik sepanjang berada dalam tahanan dan tidak dipaksa untuk memberikan keterangan.

Guna Status VIP, Lolos Pemeriksaan?

Laporan lanjut tentang perjalanannya ke luar negara juga mendakwa bahawa Ranya telah melakukan lebih daripada 30 perjalanan ke Dubai dalam tempoh setahun.

Ads

Dia dikatakan menggunakan status VIPnya sebagai anak tiri seorang pegawai kanan polis, K Ramachandra Rao, untuk melepasi pemeriksaan penumpang biasa di lapangan terbang.

Namun, K Ramachandra Rao menafikan sebarang kaitan dengan aktiviti anak tirinya itu, malah menegaskan mereka sudah lama tidak berhubung sejak Ranya mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Jatin Hukkeri, yang merupakan seorang arkitek.

Mahkamah Tolak Jaminan

Mahkamah khas bagi kesalahan kewangan telah memutuskan untuk menahan Ranya Rao dalam tahanan reman sehingga 18 Mac. Hari ini, mahkamah bakal mendengar permohonan ikat jaminnya.

Ads

Dalam perkembangan terbaru, pihak DRI telah memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan akses menyoal siasat Ranya selama tiga hari bermula 9 Mac, bagi menyiasat sama ada pelakon ini terlibat dalam sindiket penyeludupan emas berskala besar.

Bukan itu sahaja, pegawai DRI turut menggeledah kediaman Ranya dan merampas barang kemas emas bernilai ₹2.06 crore (RM1.15 juta) serta wang tunai berjumlah ₹2.67 crore (RM1.5 juta)!

Menurut DRI, kes Ranya Rao ini merupakan salah satu rampasan emas terbesar di Lapangan Terbang Bengaluru dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: Hindustan Times

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI