
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara, Qi Razali, 48, yang akhirnya mengakhiri zaman bujang apabila selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Wardah Mahbob, 30.
Majlis pasangan sama cantik sama padan itu dilangsungkan di dalam satu majlis yang berlangsung di Gopeng, Perak, pada Ahad.
Sampai seru pada tarikh cantik 25 Mei 2025, majlis bahagia itu difahamkan hanya dihadiri oleh kira-kira 150 tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat kedua-dua pihak.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM101, manakala jumlah hantaran tidak didedahkan kepada umum.

Khabar gembira itu turut dikongsikan rakan artis yang juga hos kepada majlis tersebut iaitu Ahmad Fedtri Yahya menerusi hantaran terkininya di Instagram.
“Alhamdulillah…. Dapat mengacarakan majlis pernikahan Qi Razali dan Wardah. Tahniah Babah!” tulisnya pada ruang kapsyen bersama beberapa keping foto momen sepanjang majlis.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira dengan khabar berkenaan. Antaranya;
“His plan is always perfect.”
“Babah dah kahwin. Tahniah moga bahagia hingga ke syurga Allah. Teringat tonton cerita babah bersama anak-anak.”
“Selamat pengantin baru, babah! Insya-Allah sampai syurga.”
“Sampai jua jodohnya, semoga bahagia sampai syurga.”
“Bila jodoh dah sampai. Percaya Allah yang menentukan segala, tahniah.”
Sebelum ini, pelakon filem Babah itu pernah berkongsi hasrat untuk berkahwin pada tahun ini, namun ketika itu tidak mendedahkan identiti bakal isterinya.
Menurut Qi, wanita tersebut turut bergelar anak seni namun bekerja di belakang tabir, dan bukan sebagai figura awam di hadapan kamera.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan tular video yang memaparkan pelakon Beego menyertai jemaah tabligh selama tiga hari di Pulau Perhentian, Terengganu, isterinya Linda Hashim tampil memberikan respon.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Linda berharap agar suaminya itu dapat kekal istiqomah dan bukan sebaliknya.
“Tabligh tu dah betul dah. Takut dia yang tak betul. Harap-harap istiqomah. Jangan wayang je,” tulisnya.
Pada masa sama, Linda turut memohon agar Beego dapat segera menyelesaikam urusan nafkah dan menjalankan tanggungjawab sepatutnya terhadap anak-anak.
“Nafkah dan tanggungjawab pada anak-anak mana? Tak selesai-selesai lagi?,” dedahnya lagi.
Sementara itu, sejurus tular video yang memaparkan Beego menyertai jemaah tabligh, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan berdoa agar segala urusan kehidupannya dipermudahkan.
Terdahulu, mahkamah menetapkan tarikh 30 Jun depan bagi pembentangan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.
Terdahulu, mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, Anggun Cassandra dan Indah Camelia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Hashim & Tik Tok Azree Kamarulzaman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Gitaris JoBranko memaklumkan dia berhak untuk membawakan apa sahaja lagu di Konsert Barbarik ‘Pentas Peluru Cokelat’ pada 28 Jun depan, termasuk lagu daripada kumpulan lamanya, Wings.
Menurut JoBranko atau nama sebenarnya, Abdul Zamin Abdul Kadir, kebanyakan lagu yang akan dibawakan itu ialah hasil ciptaannya dan ia sebagai tambahan memandang Barbarik baru mempunyi enam buah lagu baharu.
“Saya boleh bawakan lagu sesiapa pun sebab ini konsert kami. Kebanyakkan lagu-lagu itu diciptakan oleh saya. Saya mahu buat lagu-lagu itu lebih segar pada malam konsert nanti.
“Barbarik baru ada enam buah lagu baru. Jadi, kita memang perlukan lagu-lagu di zaman saya dan Muss May.
“Ada kalanya, peminat mahu dengarkan muzik dan bunyi yang asal. Saya boleh jamin kalau kami mainkan lagu-lagu dari kumpulan lama saya dan Mus, anda akan dengarkan seperti mana kita rakam dahulu.
“Kalau ikutkan, macam-macam lagu peminat minta. Jadi, kita bagi sikit-sikit dahulu,” katanya kepada MH.
Pemuzik itu berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Album & Konsert Peluru Cokelat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Katanya lagi, konsert ini turut mempunyai segmen ‘Retro Akustika’ bersama barisan gitaris undangan iaitu Shah Slam, Ujang Tukimon, Muzza dan diiringi oleh lapan orang barisan ‘string octet’.
Segmen ini bakal membawa penonton melewati garis masa era 1980an dan 1990an dengan lagu lagu malar segar.
“Pada saya, ini ialah sebuah konsert baharu. Pada masa sama, ia tidak berapa baru juga. Baru itu mungkin dari segi meterial. Saya mahu konsert ini ada isi agar mereka yang datang puas hati.
“Maka, timbullah idea untu mengadakan ‘Retro Akustika’. Terima kasih kepada Shah Slam, Ujang Tukimon, Muzza kerana sudi bergabung dengan Barbarik.
“Kita juga akan diiringi lapan orang barisan ‘string octet’,” kongsinya lagi.
JoBranko turut memaklumkan, konsert ini tidak akan mempunyai banyak selingan dan mereka akan memberikan sepenuh tumpuan terhadap persembahan pentas.
“Konsert ini tidak akan membuang masa. Dari mula sampai habis, ia akan terus berjalan. Bila saya dapat penyanyi yang betul-betul fokus, barulah saya boleh buat konsert yang penonton nak pergi ‘tandas’ pun rasa sayang.
“Kalau mereka tertinggal, mereka akan tercicir momen-momen yang best. Kita akan selang seli dengan repertoire yang orang tidak akan jangka,” akhirinya.
Konsert Barbarik ‘Pentas Peluru Cokelat’ bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 28 Jun ini.
Tiket dijual bermula pada harga RM150 (Free Standing), RM280 (VIP Seating) RM380 (VVIP Seating) dan RM8,000 (VIP Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
Bintang program realiti Big Stage Alpha (BSA), Que, terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir pada konsert minggu keempat, malam tadi.
Que gagal menambat hati juri melalui persembahannya yang tampil membawakan lagu Satu Peluang yang dipopularkan oleh Andi Bernadee.
Peserta itu hanya mengumpul markah sebanyak 54.45 peratus.
Turut berada dalam kelompok tiga terbawah minggu ini ialah Allan Andersn dan Awienit, masing-masing dengan 55.45 peratus dan 58.00 peratus.
Sementara itu, persembahan bertenaga Rizal Rashid telah berjaya menobatkannya sebagai juara mingguan dengan markah sebanyak 75.55 peratus.
Saingan malam tadi turut diikuti rapat Izzat Ibrahim dan Ariel Fesol.
Awienit yang mengumpul markah sebanyak 58.00 peratus pula berjaya mengungguli Anugerah Ikon Perfume Paradise minggu ini.
Berikut ialah senarai markah penuh kesemua peserta yang masih dalam saingan;
Program realiti yang dihoskan oleh pengacara dari dua negara, Elly Mazlein dan Rina Nose ini disiarkan secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Bagi musim ini, ia menampilkan 12 peserta lelaki yang bersaing dalam format ‘Idol Survival’.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
