Pelakon dan pengacara, Ain Edruce akui teruja apabila impiannya untuk mengacarakan program-program besar di negara ini akhirnya menjadi kenyataan.

Bakal bergandingan dengan pelawak dan penyampai radio, Johan untuk mengacarakan program Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Ain mahu memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin.

“Ramai Tahu Saya ‘Loud’ & Tak Semua Boleh Terima,” – Ain Edruce

Jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini, peluang di ABPBH35 ini merupakan pencapaian terbesar di dalam kerjayanya sebagai anak seni.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Sudah lama saya menantikan peluang-peluang untuk menjadi pengacara di majlis anugerah besar seperti ini. Sebelum ini, saya tidak pernah dapat peluang.

“Saya berterima kasih kepada pihak TV3 kerana mempercayai bakat saya terutamanya sekali kepada pihak-pihak yang diatas. Saya akan manfaatkan peluang ini dan tidak akan sia-siakan.

“Sejujurnya, ini adalah pencapaian terbesar dalam kerjaya saya. Hos wanita di Malaysia ini tak ramai, bila saya tengok rakan artis di televisyen, kadang tertanya juga bila peluang saya pula.

“Akhirnya saya dapat merialisasikan hasrat itu di pentas ABPBH ke-35,” katanya kepada MH.

IKLAN

Katanya lagi, dia dan Johan bakal memberikan kerjasama yang terbaik demi menghidupkan acara berprestij itu nanti.

“Ramai Tahu Saya ‘Loud’ & Tak Semua Boleh Terima,” – Ain Edruce

“Setiap kali penganjuran ABPBH, aspek yang paling penting adalah persembahan dan pengacara. Kita memang akan buat persiapan rapi dan minggu ini kita akan mulakan sesi pembacaan skrip.

“Kami akan cuba bina keserasian dan keluarkan lagi idea-idea menarik,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ain turut memaklumkan dirinya bersedia untuk memperbaiki setiap kelemahan agar majlis sentiasa berjalan lancar.

IKLAN

“Ramai Tahu Saya ‘Loud’ & Tak Semua Boleh Terima,” – Ain Edruce

“Orang diluar sana pun tahu yang saya ini seorang yang sangat lantang dan tidak semua orang boleh menerima perkara tersebut. Johan juga sama seperti saya.

“Jadi, saya akan mainkan peranan yang lebih rendah sedikit. Kalau kedua-duanya lantang, takut tunggang terbalik je ABPBH itu nanti. Johan bakal membawakan peranan yang sangat penting.

“Saya teruja dapat bergandingan dengan Johan. Dia merupakan idola saya dalam bidang komedi,” kongsinya lagi.

Ditanya adakah dia risau mengenai penampilannya di ABPBH 35 memandangkan banyak mata yang akan tertumpu kepadanya, ini reaksi yang diberikan pengacara program Melodi itu;

IKLAN

“Saya selalu juga buat kesalahan dalam bab pemakaian. Kadang-kadang kita rasa orang diluar sana boleh terima tapi sebenarnya tidak.

“Kali ini, dengan tema berunsurkan kesyukuran, saya akan berpakaian lebih sopan. Jadi, berkemungkinan besar wardrobe malfunction itu tidak akan berlaku.

“Saya sangat dikenali dengan fesyen yang agak rugged tapi kali ini saya mahu kelihatan lebih kewanitaan dan lembut,” akhirinya.

“Ramai Tahu Saya ‘Loud’ & Tak Semua Boleh Terima,” – Ain Edruce

ABPBH 35 yang bertemakan Ekspresi Legasi Seni akan dipentaskan di Panggung Seni Utama Negara, Istana Budaya pada 21 Julai ini.

Acara ini juga akan disiarkan secara langsung di TV3 dan boleh di strim ‘live’ di aplikasi Tonton bermula jam 9 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI