Pelakon, Atiq Azman menyeru kepada para pengguna media sosial untuk tidak terjebak dengan trend meramal jodoh dan masa dapan dengan hanya memberikan nama pasangan seperti yang tular menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi Tik Tok.

Menurut Atiq, perbuatan ini sememangnya bercanggah dengan agama dan ia juga bukan satu bahan gurauan.

“Jahat-Jahat Aku Tak Tutup Aurat…,” – Trend TikTok Ramal Jodoh Melalui Nama Kekasih, Atiq Azman Minta Henti Perbuatan Syirik

“Jahat-jahat aku tak tutup aurat, aku sedar dan berterima kasih kepada yang tegur. Tapi bila lalu fyp aku benda ni, ramai Melayu yang nak bandingkan pasangan masing-masing ‘susuai atau tidak’.

“Dekat sini bukan boleh buat gurauan. Boleh jatuh syirik buat benda ni. Aku tak pasti la ada salah seorang viewers dekat Instagram aku ni. Elak la benda-benda macam ni,” tulisnya.

Peringatan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Nur itu menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram Stories.

IKLAN

“Jahat-Jahat Aku Tak Tutup Aurat…,” – Trend TikTok Ramal Jodoh Melalui Nama Kekasih, Atiq Azman Minta Henti Perbuatan Syirik “Jahat-Jahat Aku Tak Tutup Aurat…,” – Trend TikTok Ramal Jodoh Melalui Nama Kekasih, Atiq Azman Minta Henti Perbuatan Syirik

Tambah membimbangkan apabila sesi siaran langsung itu turut mempamerkan illustrasi seorang wanita seolah-oleh dia yang meramalkan keserasian sesebuah pasangan.

Dalam pada itu, Atiq turut menasihatkan orang ramai supaya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT lebih-lebih lagi mengenai soal jodoh dan masa hadapan.

IKLAN

“Jahat-Jahat Aku Tak Tutup Aurat…,” – Trend TikTok Ramal Jodoh Melalui Nama Kekasih, Atiq Azman Minta Henti Perbuatan Syirik

“Dia anggap gambar belakang tu macam Tuhan dia pula. Elak la benda macam ni.

“Dia ingat dia Tuhan ke? Adik-adik, mana yang kalau keluar FYP ni, tak payah la. Jodoh semua ditangan Tuhan. Suka hati je cocok dengan tak cocok bak kata dia,” ujarnya lagi.

IKLAN

“Jahat-Jahat Aku Tak Tutup Aurat…,” – Trend TikTok Ramal Jodoh Melalui Nama Kekasih, Atiq Azman Minta Henti Perbuatan Syirik

Sebelum ini, nama Atiq menjadi bualan hangat netizen berikutan ada yang kurang senang dengan cara pemakaiannya tidak menutup aurat ketika sedang bercuti di sebuah pulau.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Atiq Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI