Selepas sedekad dalam industri seni muzik, duo penyanyi, Aishahanim bakal melakar sejarah tersendiri menerusi penganjuran Mini Konsert One Night Only Aishahanim pada 6 Ogos depan.

Aisha berkata, mini Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu adalah tanda penghargaan kepada keluarga, sahabat, rakan media dan peminat yang selama ini menyokong karier mereka.

Tambahnya lagi, persembahan tersebut juga bakal menjadi lembaran penceritaan sejarah permulaan mereka dalam menuai bakat di laman seni tempatan menerusi 15 lagu yang akan disampaikan.

“Setiap penyanyi mempunyai sejarah dan cerita sendiri. Begitu juga Aishahanim. Oleh sebab itu, konsert One Night Only Aishahanim adalah pentas untuk kami bercerita tentang perjalanan kami dalam dunia seni.

“Kami juga mahu membuktikan, kami mampu untuk menyanyi secara langsung. 15 lagu bukan mudah tetapi kami yakin dengan kemampuan dan bakat kami.

IKLAN

“Setiap lagu yang dipersembahkan mempunyai cerita dan sejarah tersendiri dalam hidup kami. Tetapi 15 lagu yang bakal dipersembahkan adalah pilihan terbaik untuk malam One Night Only Aishahanim,” kongsinya teruja.

Sepanjang dua jam persembahan, peminat bakal dihiburkan dengan rangkaian seleksi lagu-lagu nyanyian semula dan single hits mereka antaranya Angkara, Tinggalan Cinta dan Leka.

Penyanyi Kembar Seiras Ini Bakal Nyanyi 15 Buah Lagu, Aishahanim Teruja Nak Buat Konsert Ogos Depan  Penyanyi Kembar Seiras Ini Bakal Nyanyi 15 Buah Lagu, Aishahanim Teruja Nak Buat Konsert Ogos Depan  Penyanyi Kembar Seiras Ini Bakal Nyanyi 15 Buah Lagu, Aishahanim Teruja Nak Buat Konsert Ogos Depan 

IKLAN

Malah, mereka bakal menyanyikan lagu-lagu nyanyian idola mereka antaranya, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Ziana Zain dan ramai lagi.

Seleksi lagu yang bakal dipersembahkan juga akan menggabungkan pelbagai genre bermula dari era 60-an sehingga sekarang. Persembahan secara langsung itu juga diiringi oleh Band Tentera Darat Port Dickson.

IKLAN

Bercakap soal stamina, Aishahanim kini giat berlatih menerusi senaman dan aktiviti riadah untuk memastikan mereka bertenaga sepanjang hampir dua jam persembahan tersebut.

Tiket mini konsert yang turut disertakan dengan makan malam itu sudah mula dijual bermula pada harga RM299 sehingga RM499.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI