Pelawak dan penyampai radio, Johan mendedahkan dirinya mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia lebih mengutamakan komitmen kerja sebagai penyampai radio berbanding tawaran-tawaran lain.
Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, dia juga tidak mahu orang lain berasa kecewa kerana dia tidak dapat memberikan komitmen seperti yang diharapkan.
“Selepas filem Abang Long Fadil 3, saya bakal sekali lagi bergandingan dengan Zizan Razak untuk filem Baik Punya Ah Long. Itu pun sudah syukur buat saya. Selebihnya, biarlah saya mengecilkan diri di radio.
“Saya bergantung kepada tawaran sebab saya tak nak bertanggungjawab dengan komit yang saya tak boleh nak bagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Ozlyn Wati ini turut mendedahkan dirinya memerlukan waktu rehat yang cukup untuk melaksanakan tugasnya di konti radio sebagai penyampai segmen pagi.
Ads
“Pekerjaan saya di radio, pukul empat atau lima pagi saya dah panaskan enjin. Saya perlu rehat yang cukup untuk beri tenaga ketika bekerja. Radio adalah keutamaan saya.
“Saya takut nak menjanjikan komitmen kepada orang. Selepas Isyak, saya sudah naik ke atas katil tapi belum tentu boleh tidur. Kena pusing sana sini dahulu.
Ads
“Namun, sebabkan dah terbiasa dengan rutin selama 15 tahun ini, pukul 4.30 pagi atau 5 saya dah tersedar. Jadi, kualiti tidur saya sangat penting kerana ia menentukan kualiti kerja saya,” ujarnya lagi.
Malah, Johan turut menyifatkan pekerjaannya di radio kini lebih berbaloi berbanding tawaran-tawaran lain.
Ads
“Saya bukan menolak cuma saya merasakan pekerjaan di radio ini lagi menyeronokkan dan lagi berbaloi.
“Jadi, untuk menerima tawaran berlakon filem itu agak susah sedikit tapi kalau program televisyen saya boleh pertimbangkan. Waktu menunggu pun tak lama,” akhirinya.
Terdahulu, Johan bakal bergandingan dengan hos, Ain Edruce untuk mengacarakan program berprestij, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang akan berlangsung Jumaat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini bintang Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan telah menerima anugerah kedoktoran oleh University Of Law in London.
Pelakon yang terkenal dengan filem Kabhi Khushi Kabhie Gham itu telah berkongsi berita gembira itu menerusi di akaun Twitter miliknya.
“Thank u for the honour @universityoflaw & my best wishes to the graduating students. It will encourage our team at @MeerFoundation to strive ‘selfishly’ to share more.”tulisnya.
Penampilan terbaharu penyanyi Aizat Amdan di sebuah konsert baru-baru ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Menerusi satu video yang dikongsikan pengguna TikTok, Aizat, 33, dilihat sedang menghiburkan pengunjung dengan lagu ‘berhantunya’, Hanya Kau Yang Mampu.
Namun, rata-rata netizen dilihat lebih memberikan fokus terhadap perubahan bentuk tubuh Aizat yang kini kelihatan sedikit berisi.
Menurut netizen, bentuk badan penyanyi itu kini sudah kembali kepada asal, namun tidak kurang juga ada yang beranggapan Aizat kini sedang bahagia meniti kehidupan sebaik diijabkabulkan pada Ogos lalu.
“Badan dia dah naik macam mula-mula masuk AF dulu.
“Ni betul-betul Aizat yang ori.
“Aizat back to old Aizat.
“Comel macam kat AF.
“Happy Aizat lepas dah kahwin.
“Semua mengalami kenaikan berat badan during PKP. Apa mahu hairan, yang penting Aizat happy dan sihat,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Aizat mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Elyssa Alia Illias, 34, pada 14 Ogos lalu di A Park, Puchong, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri ada memaklumkan bakal menyerahkan kembali anak angkatnya, Qayyum kepada ibu kandung.
Seperti yang dikongsikan menerusi Instagram, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu memberitahu, dia dan isteri, Datin Seri Nur Shahida tidak sanggup untuk serah atau merakam video.
“Kami tak sanggup nak hantar esok dan tak sanggup nak buat vedio.
“Ketika yom 7bulan kami dah jaga dan vedio ni hari pertama yom dilahirkan dan malam ni malam terakhir kami dgn dia,” katanya.
Malah, Aliff turut menulis, hanya mereka yang pernah alami situasi sama yang akan faham.
“Hnya mereka yg pernah alaminya tahu.. perancangan allah itu besar.
“Saya menjaga dia dari dlm perut ibuya ketika 7bulan lagi.. dan akhirya #selawatdodoianakku teaser…,” kongsinya.
“Kami berikan nama lagu ni Selawat dodoi anakku.. semoga yom ingat bila dah besar nanti..inyallah dlm masa terdekat boleh tngok di youtube saya tvterlajaklaris ciptaan lagu @hafizhamidun khas utk mereka nak dodoikan anak,” akhiri Aliff.
Pelakon, Harissa Adlynn terkilan apabila timbul dakwaan yang mengatakan dia mudah rasa tidak selesa bila ada pelakon lelaki yang cuba rapat dan berbuat baik dengan dirinya ketika di set penggambaran.