Tahniah diucapkan buat pelakon dan pelawak, Bell Ngasri apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 35.
Menepati ramalan, Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri, memenangi kategori Artis Komedi Popular.
Memberikan dedikasi buat semua yang bermakna sepanjang kerjaya seninya, Bell turut memberikan titipan buat pengarah terkenal, Allahyarham Mamat Khalid.
“Allahuakbar, saya bersyukur ke hadrat Illahi. Kalau nak tahu, saya adalah orang yang tak perlu populariti. Saya akan bawa sekecik-kecik watak belakang hero.
“Saya bersyukur rupanya ada juga orang yang minat. Hari ini adalah buktinya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada ibu saya kerana jadi tulang belakang saya sebagai pelakon sejak kecil.
“Saya tak lupa kekuatan pada watak Barkobar. Terima kasih kepada arwah Mamat Khalid dan semua penyokong,” katanya.
Sementara itu, Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni ABPBH 35 telah diberikan kepada Tan Sri Michelle Yeoh.
Bintang popular, Yuna pula diangkat sebagai penerima Anugerah Eksplorasi Seni ABPBH 35.
Di bawah keputusan penuh ABPBH 35 yang berlangsung di Istana Budaya pada malam Jumaat:
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti popular, Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua.
Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Nabil ketika sesi sidang media drama, Bukan Cinta Sempurna yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Menurut Nabil, mereka dijangka menimang anak kedua pada hujung tahun ini.
“Pengumuman yang ingin dikongsikan adalah saya dan Ayda telah berkerjasama dan berpeluh-peluh mencuba untuk mendapat cahaya mata kedua.
“Usia kandungan kini sudah pun memasuki hampir lima bulan,” katanya kepada MH.
Sekadar informasi, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Keputusan tersebut seiring dengan cerminan dua nilai teras diperjuangkan jenama berkenaan selama ini iaitu terinspirasi dan terpelihara (Be Inspired dan Be Protected).
Menurut pengasasnya, Zaiti Noordin, pihak mereka bukan melawan arus sebaliknya sedar pegangan serta prinsip diperjuangkan itu sudah diguna pakai kebanyakan ahli perniagaan mahupun pengasas produk.
Kata Zaiti lagi yang sudah membangunkan jenama berdaftar di bawah Zeeta Group Resources sejak 2013, ia disifatkan sebagai dakwah kecil.
“Mungkin selama ini pilihan artis atau selebriti tidak bertudung lebih diutamakan. Tapi kami sedari dulu lagi, setia dangan prinsip meletakkan wajah atau duta produk semestinya bertudung.
“Sekalipun ada selebriti tidak bertudung, kami meminta jasa baik dan kerjasama mereka untuk sekurang-kurangnya menutup aurat ketika mempromosikan produk.
“Contoh terbaharu ialah Reen Rahim yang sudah mempersetujui syarat dan kehendak berkenaan selepas menjalinkan kerjasama dengan kami,” katanya.
Tambah Zaiti lagi, dalam konteks memberi inspirasi, Zeeta ingin memecah tembok pemikiran wanita berhijab di Malaysia sekali gus memperkasa golongan berkenaan.
“Kami ingin mengubah stereotaip. Jangan ingat wanita bertudung tidak mampu ke depan. Dalam konteks memelihara pula, ia lebih jelas sebagaimana kita balut buku untuk memelihara kulit depan dan belakangnya atau memakai langsir di tingkap untuk mencantikkan.
“Tak lupa keselamatan makanan terjaga dengan mengguna penutup saji. Begitu juga dengan cara Islam menghargai dan memelihara keindahan wanita. Zeeta juga ingin memelihara keindahan wanita dengan cara sama.
“Malah ejen berdaftar kami juga bagai faktor dorongan atas usaha ini yang memilih untuk menggunakan kandungan bahan atau video wanita menutup aurat sahaja,” katanya.
Terdahulu, jenama ini pernah menggunakan khidmat artis seperti Nad Zainal dan Fazlina Ahmad Daud.
Sementara itu, jenama ini yang mengeluarkan sekitar 10 produk ini mempunyai tarikan tersendiri selain sokongan lebih 5,000 ejen berdaftar.
“Kami menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari 2010 hingga 2013. Produk yang kami jual termasuk Mandi Bunga, Sabun Badan, Energy Booster Aromatherapy, serum wajah, sabun jeli, sabun beras batik dan macam-macam lagi.
“Harga produk juga berpatutan dari sekitar RM12 hingga ke RM60. Insya-Allah kami sasarkan jualan bulan sebanyak RM150,000 ke RM200,000. Manakala sasaran jualan setahun pula sebanyak RM3 juta.
“Insya-Allah kami merancang untuk merekrut lebih ramai lagi ejen aktif baharu termasuk yang berada di luar kota,” katanya lagi.
Sejak melebarkan empayarnya, Zeeta berjaya meraih pelbagai penghargaan dan anugerah. Terbaharu jenama itu diiktiraf sebagai Excellence Women CEO Award In Beauty & Cosmetics Industry 2021 daripada Asia Business Leadership Excellence.
Sementara itu, Reen Rahim yang baru-baru ini tular mengenakan hijab ketika menjayakan sesi fotografi jenama Zeeta mempromosikan produk baharu, Perfect Match (set satu sabun badan dan mandi bunga) mengakui ia pengalaman pertama diminta ‘client’ untuk bertudung.
“Mula-mula memang mereka (pihak Zeeta) takut Reen kecil hati dengan permintaan bertudung ini. Tetapi sebenarnya, Reen sangat gembira dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Dalam hidup ini, apa yang Allah SWT susun tiada yang kebetulan. Doakan semoga segenap hati Reen nanti menutup aurat kerana-Nya. Amin,”kata pelakon 7 Hari Mencintaiku 3 itu.
Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim cukup teruja dipilih sebagai wajah kempen baharu itu.
Majlis pelancaran berlangsung 8 Julai lalu di Colony, KL serentak dengan Mesyuarat Tahunan jenama itu bersama ‘top leader’ yang dilakukan serentak di platform Facebook, Instagram dan TikTok.
“Secara rahsianya, Reen menjadi pengguna produk itu sejak 2020 lagi. Masa itu Reen menyokong dengan membeli tanpa meminta tajaan.
“Dipendekkan cerita, pihak mereka tahu Reen pengguna setia dan mula mendekati diri ini. Jujur, jika produk ini tak bagus dan berkesan, Reen takkan pakai dari tiga tahun lalu lagi.
“Salah satu sebab Reen ingin mewakili jenama ini kerana mahu semua golongan wanita memakainya kerana ia cukup berbaloi digunakan. Malah Reen syorkan kepada ibu dan kakak, ternyata ia bagus serta efektif untuk aura, minda juga ketenangan.
“Mungkin dengan pembabitan Reen ini, akan lebih ramaimencuba dan mengambil tahu fasal produk berkenaan. Nak tahu dan faham keberkesanannya, memang kena cuba sendiri,” kata Reen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Atiq Azman menyeru kepada para pengguna media sosial untuk tidak terjebak dengan trend meramal jodoh dan masa dapan dengan hanya memberikan nama pasangan seperti yang tular menerusi satu sesi siaran langsung di aplikasi Tik Tok.
Menurut Atiq, perbuatan ini sememangnya bercanggah dengan agama dan ia juga bukan satu bahan gurauan.
“Jahat-jahat aku tak tutup aurat, aku sedar dan berterima kasih kepada yang tegur. Tapi bila lalu fyp aku benda ni, ramai Melayu yang nak bandingkan pasangan masing-masing ‘susuai atau tidak’.
“Dekat sini bukan boleh buat gurauan. Boleh jatuh syirik buat benda ni. Aku tak pasti la ada salah seorang viewers dekat Instagram aku ni. Elak la benda-benda macam ni,” tulisnya.
Peringatan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Nur itu menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram Stories.
Tambah membimbangkan apabila sesi siaran langsung itu turut mempamerkan illustrasi seorang wanita seolah-oleh dia yang meramalkan keserasian sesebuah pasangan.
Dalam pada itu, Atiq turut menasihatkan orang ramai supaya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT lebih-lebih lagi mengenai soal jodoh dan masa hadapan.
“Dia anggap gambar belakang tu macam Tuhan dia pula. Elak la benda macam ni.
“Dia ingat dia Tuhan ke? Adik-adik, mana yang kalau keluar FYP ni, tak payah la. Jodoh semua ditangan Tuhan. Suka hati je cocok dengan tak cocok bak kata dia,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, nama Atiq menjadi bualan hangat netizen berikutan ada yang kurang senang dengan cara pemakaiannya tidak menutup aurat ketika sedang bercuti di sebuah pulau.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Atiq Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.