Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya tidak menghormati tempoh iddah gara-gara seringkali tampil cantik, kemas dan bergaya di media sosial.

Menurut Puteri Sarah, terdapat perbezaan diantara proses iddah jika seseorang itu bercerai hidup dan bercerai mati dengan suami.

“Saya Hanya Bekerja, Tak Buat Perkara Lain,” – Didakwa Tak Hormat Tempoh Iddah Kerana Melaram, Ini Reaksi Puteri Sarah

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut menjelaskan segala perkara yang dikongsikan di media sosial itu adalah merupakan tuntutan kerja.

“Sebenarnya, saya pun ada membuat sedikit bacaan dan mengambil tahu tentang iddah. Tiada pihak yang menghalang saya bekerja.

“Saya tahu ramai pihak di luar sana yang mempertikai mengenai proses iddah saya. Namun, ada beberapa perkara yang kita kena tahu. Kalau bercerai mati, barulah kita duduk di rumah dan tidak boleh berhias.

“Manakala, jika bercerai ketika suami masih hidup, selama tiga bulan, saya kena bagitahu suami tentang segala urusan saya. Ketika ini, saya ada banyak tuntutan kerja.

IKLAN

“Jadi, Syamsul memang tahu tentang segala urusan kerja saya. Saya ke Jakarta pun dia tahu,” katanya kepada MH.

“Saya Hanya Bekerja, Tak Buat Perkara Lain,” – Didakwa Tak Hormat Tempoh Iddah Kerana Melaram, Ini Reaksi Puteri Sarah “Saya Hanya Bekerja, Tak Buat Perkara Lain,” – Didakwa Tak Hormat Tempoh Iddah Kerana Melaram, Ini Reaksi Puteri Sarah

Puteri Sarah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang berlangsung di The Agam, Jalan Sungai Penchala, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Dalam pada itu, pelakon drama Hijrah Jannah ini turut mendedahkan dirinya tidak berasa hati dengan tomahan yang dilemparkan oleh segelintir pihak terhadap dirinya mengenai caranya menjalani tempoh iddah.

“Saya okay sahaja dan tak mahu ambil pusing sangat. Cuma bila ada pihak yang tak tahu fakta, kita akan bagitahu dan betulkan.

IKLAN

“Buat masa sekarang, saya hanya bekerja dan tidak membuat perkara lain. Orang di luar sana pun boleh tahu kalau tengok aktiviti saya di media sosial,” ujarnya lagi.

“Saya Hanya Bekerja, Tak Buat Perkara Lain,” – Didakwa Tak Hormat Tempoh Iddah Kerana Melaram, Ini Reaksi Puteri Sarah

Pada masa sama, Puteri Sarah menzahirkan rasa syukur selepas hubungan bekas suaminya bersama anak-anak kini semakin baik.

“Ketika ini perasaan saya memang gembira dan rasa seperti sedang memulakan hidup baharu. Anak-anak kini berada dalam keadaan yang sangat baik.

IKLAN

“Selepas apa yang berlaku sebelum ini, Syamsul lebih kerap berjumpa dan meluangkan masa dengan anak-anak. Hubungan mereka semakin baik. Hubungan Syamsul dengan saya juga begitu.

“Kami akan berhubung secara terus dan tidak lagi seperti dahulu. Tiada pertelingkahan diantara kami lagi. Kalau boleh, saya nak merapatkan lagi hubungan Syamsul dengan anak-anak.

“Selepas ini, saya mahu merapatkan hubungan Syamsul dengan mertua saya pula,” akhirinya.

Terdahulu, pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, serta Summayah kini berusia empat tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI