Tak sampai dua jam memuat naik sedutan video tarian cover lagu BTS dan Halsey, Be With You di Instagram, para peminat rata-ratanya memuji skil tarian ibu tunggal itu kala mengikut rentak lagu yang menjadi siulan seluruh dunia itu.

Tidak hanya peminat, rakan selebriti seperti Betty Rahmad dan Mawar Rashid turut meninggalkan komen positif terhadap entri terkini bekas isteri Aliff Aziz itu.

Sambil bertanya kepada pengikutnya siapa yang ingin menonton video tarian berkenaan dalam versi penuh, adiknya Didi Astillah turut berkongsi video sama di Instagram rasminya.

IKLAN

Ramai Puji Bella Astillah Kongsi Video Menari Lagu BTS, Benda Boleh Happy Buat Apa Sedih! Ramai Puji Bella Astillah Kongsi Video Menari Lagu BTS, Benda Boleh Happy Buat Apa Sedih! Ramai Puji Bella Astillah Kongsi Video Menari Lagu BTS, Benda Boleh Happy Buat Apa Sedih!

Apa yang menarik, Didi menjelaskan step tarian yang dibuat sebenarnya baru dipelajari pada momen video tersebut mahu dirakamkan.

IKLAN

IKLAN

“Siapa nak tengok tendangan maut kitorang? 👻 go tengok later kat IGTV kak @bellaastillah.

“Oh , and… Video ni suka suka je taw! and time shoot the video, time tu la juga baru practice step! but had so much fun did it with these girls. Enjoy!,” tulisnya sambil memberikan kredit.

Foto: Instgaram Bella/Didi Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI