Anggun mengenakan persalinan rona hitam, penampilan ‘ootd’ dari pelakon dan penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini cukup mencuri perhatian.
Apatah lagi, ibu kepada seorang cahaya mata yang juga isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini baru sahaja mendedahkan dirinya sedang hamil anak kedua mereka.
Bagai seri ibu mengandung, ada peminat yang meninggalkan komen teruja apabila terlihat seolah-olah ‘baby bump’ makin kelihatan.
Ads
Bagaimanapun, ada juga peminat yang memberi reaksi sebaliknya.
Ads
“Tak nampak pun peyut (perut) awak…,” tanya seorang pengguna Instagram dan ini jawapan dari tuan punya badan;
“Sebab baju tu longgar dan warn hitam saya rasa.”
Ads
Terdahulu, Bella sebelum ini ada memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali berlaku insiden kurang manis melibatkan rumah tangga mereka.
Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan isi hati menerusi laman Instagram miliknya.
Bintang Cari Aku Di Syurga ini mengutarakan isu mengenai peniaga online yang menghadiahkan produk berbentuk makanan kepadanya.
Tegas Janna, dia menerima hadiah yang diberi dengan hati terbuka dan bersyukur, namun jangan sesekali meletakkan harapan yang tinggi dan mewajibkan dirinya untuk riviu setiap barangan yang diterima.
Malah ulasnya lagi, ada kalanya makanan yang diterima mungkin tidak menepati citarasa dan dalam erti kata lain, tidak sedap dan atas sebab itu, dia tidak sesekali akan memberikan ulasan di laman Instagram kerana tidak mahu menipu pengikut.
“Isu peniaga online! Assalamualaikum kepada semua. Saya repost balik IG STORY saya supaya semua tak salah faham.
“Sy mintak maaf Kalau saya bangkit kan isu ni. (Kalau ada Yang DM, “janna saya nak mintak janna promote business sy, janna saya nak janna review makanan saya”).
“Saya memang tak buat. Tapi Kalau ada Yang DM (janna, saya nak bagi janna rasa makanan saya, harap janna sudi).
“Saya akan terima & Saya akan post Kalau memang sedap. Jujur cakap, Saya memang tak nak aniaya orang lain Yang tengok video Saya makan…lepas Tu “ TAK SEDAP “ Tapi Saya cakap “ SEDAP,” katanya.
Sambil berterima kasih, Janna pada masa sama turut berkongsi punca dan ia tiada kaitan dengan rasa rimas atau sebaliknya.
“Jangan risau ok. Saya pun selalu scroll2 IG business and beli makanan Yang Saya teringin, even Saya beli pun.
“Kalau memang sedap, saya akan tetap buat shout out. Tak ada isu RIMAS ke TAK RIMAS.
“Cuma peti ais rumah saya dah penuh, sampai mak Saya bising la Sb banyak sangat makanan orang hantar.
“Saya bersyukur sangat, orang bagi makanan. Tapi bagi la pada Yang lebih memerlukan. Kalau Saya nak, Saya akan beli ok? Kalau nak bagi jugak…bagi je la.
“Kalau sedap Saya akan cuba tolong & post…insyaAllah. Ampun,” kongsinya panjang lebar.
Pelawak dan hos, Ajak Shiro berkongsi memori tak ternilai dari isteri, Nur Afifah binti Amin sewaktu diberitakan pemergian pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus.
Cerita si isteri, sewaktu dia berusia tujuh tahun, dia pernah bertemu Allahyarham Ismail Kamus yang pada ketika itu arwah sedang menyampaikan ceramah di daerah Kluang.
Jelasnya, masih segar dalam ingatan akan keperibadian arwah yang pandai mengambil hati kanak-kanak dan turut diajak berbual.
“Isteri saya bersedih dengan berita pemergian Allahyarham Ustaz Ismail Kamus.
“Ketika isteri saya kecil, waktu itu dia berusia 7 tahun, isteri saya pernah bertemu Beliau.
“Ustaz ceramah di daerah Kluang waktu itu. Isteri saya diriba dan bersembang dengan beliau. Pandai ambil hati kanak-kanak.
“Segar dalam ingatan Isteri saya hingga hari ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama insan yang beriman dan ketika kita kehilangan insan seperti ini, sememangnya itu adalah musibah bagi kita.
Terdahulu, pendakwah terkenal dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat turut menzahirkan rasa selain memberi penghormatan terakhir buat pendakwah terkenal negara itu. Al-Fatihah.
Foto : Instagram Ajak Shiro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial yang juga merupakan pemilik jenama kosmetik BeuTYRA, Tyra Kamaruzzaman hari ini berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dia kini berjaya memiliki kereta pertamanya pada usia 21 tahun.
Menurut Tyra, dia seakan tidak percaya akan perkara berkenaan namun menyifatkan ia adalah sebagai hadiah buat dirinya yang telah bekerja keras selama ini.
“My very first car, a self reward from myself to me!
“It still feels surreal because it felt like it happened abruptly,” tulisnya.
Dalam pada itu, Tyra turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya terutama buat kedua ibu bapanya yang tidak putus-putus mengirimkan doa.
“This wouldn’t have happened without the team that I have working hard alongside with me for @beautyraofficial , my parent’s powerful doa, my family’s endless support and what’s most important is the support I have gotten endlessly from my dearest Beaubabies,” katanya lagi.
Sementara itu, Tyra turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pelanggan setia produk BeuTYRA kerana tanpa mereka dia tidak akan berada di mana posisinya ketika ini.
“The people who support and purchase @beautyraofficial ‘s items.
“Thank you to you. I won’t be where I am now without all of you.
“Also a huge thanks to @ashmaann from Cycle&Carriage Petaling Jaya for assisting me throughout.
“I highly recommend him if you are planning to buy a @mercedesbenzmalaysia .
“21 & my very own first car. Alhamdulillah, kongsinya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan Tyra menerusi akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut ternyata menarik perhatian umum selepas meraih hampir 50,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti minitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan kejayaan Tyra pada masa akan datang.
Sumber: Instagram Tyra Kamaruzzaman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.