“317 Kanak-Kanak Termasuk 22 Bayi Positif Covid-19,” – KKM Lahirkan Kebimbangan Jangkitan Terhadap Kanak-Kanak Ketika Aidilfitri, Iesya Toh Kongsi Info
Pengacara Iesya Toh berkongsi maklumat akan jangkitan wabak Covid-19 terhadap kanak-kanak di Malaysia yang sehingga kini mencecah angka 317 kes termasuk 22 bayi.
Menurut info, Selangor mencatatkan bilangan kes paling tinggi iaitu 48 kes.
“Bagi ibubapa yg mempunyai anak kecil & baby, pls read this!
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan terhadap golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak yang mungkin dijangkiti Covid-19 ketika musim perayaan Aidilfitri.
Ads
“317 kanak-kanak termasuk 22 bayi positif Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 317 kes positif Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah sehingga hari ini.
“Selangor mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes, diikuti Negeri Sembilan (48), Johor (46), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28) serta Sabah (26),” kongsinya menyampaikan informasi.
Personaliti dan usahawan, Rozita Ibrahim meluahkan rasa syukur dan lega apabila pembedahan bagi membuang bisulnya selamat dijalankan.
Jelasnya menerusi entri di laman sosial, bisul yang dihidapi andai tidak dibedah berkemungkinan boleh membawa maut.
Malah bisul yang disifatkan sebesar dua tapak tangan itu dinamakan sebagai Bisul Raja Sotong kerana punya banyak mata dalam satu kelompok.
“Syukur boleh balik petang tadi Keluar dr hospital Damansara Specialist, tkasih pd semua staf yg sgt peramah dn baik melyani sy, Dr Naqiyah yg sgt menyenangkan dn memudahkan urusan sy masa nk bedah tu , lega alhamdulillah.
“Darah masih byk lagi , xboleh banyak jaln sbb luka yg besar.
“Tkasih pd semua yg mendoakan sy dn komen yg baik2 ..baru sy tau ni bukan bisul biasa “ dlm byk2 komen tu sy terbaca ia adalh bisul raja satong “ berbelas2 matanya dalm 1 kelompok.
“Bisul kalau x bedah ia akn merebak dn makan daging lain bahaya kumannya boleh merebak dn bawa maut bergantung pd antibody sesaorang..!!
“Apa sy share ttg sy ni mudahan sebagai info pd anda yg x pernah kena bisul..!! Sy x sangka teruk sbb baru 4 hari ia boleh begitu serius merebak..!!
“Lebih mengharukan bila rasa lega dibisul tapi bila dirumah buka bil terkujut dekat rm9k macam bersalin kosnya, terasa rabak dipoket. Gurauan bonda sebelum buka puasa
“Jaga kesihatan anda juga ya. Tkasih atas persahabatan anda semua yg menemani sy dgn komen2 yg indah dn positif, rasa bahagia disayangi anda semua,” kongsinya.
Pengacara Jimmy Shanley menerusi laman Instagram miliknya berkongsi khidmat sosial yang dilakukan dengan menderma darah.
Menerusi rakaman berdurasi 28 saat yang dikongsi, walaupun Jimmy kelihatan gementar saat dicucuk jarum, namun dia tetap tabahkan diri kerana jelasnya Pusat Darah Negara kekurangan bekalan darah.
“Rasa bersalah sesangat lambat sebulan menderma darah sebab PKP baru ni.
“Walaupun saya “elergi” jarum tapi demi mereka yang memerlukan ku tabahkan diri ada kelapangan marilah menderma darah di @pusatdarahnegara kerana bekalan darah tidak mencukupi.
“Hari ni kita memberi, esok lusa mungkin kita yang menerima,” kongsinya.
Menurut laporan, bekalan darah semakin berkurangan sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan penurunan ketara sehingga 40 peratus berbanding bulan Mac 2020.
Stok darah pada 11 April pula menunjukkan kumpulan darah O berada dalam keadaan yang sangat rendah dan amat diperlukan bagi membantu menyelamatkan nyawa.
Foto : Instagram Jimmy Shanley
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain itu, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy menjelaskan dia ada menghadapi kesukaran untuk menjaga si kecil.
Bintang ini pada masa sama turut berkongsi situasi si anak membesar di depan mata.
“Happy 7months old my Rayyan boi , Look at chuuuu sooo adorable , Bangun bangun je smile happyyyy cair mommy . I can’t believe you’re 7months old already , ( malulah mommy tak kurus lagi ) hehhehehe.
“Everything is so adventurous now , Nak mandikan macam berperang , Nak suapkan makan macam masuk kelas silat , Nak tidur macam main roller coaster sekejap nangis nak tengok sekejap happy taknak tido . HAHA.
“And the part is , i love it when you recognize me , When you turn over , You open your arms and you want me to hug you to kiss you and to carry u The best feeling ever.
“Ramadhan Tarawih this is you is the best because inget to do with you & Ayah. Alhamdulillah for this blessings Ya Allah. So blessed for my complete lil family,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal 1 Oktober lalu.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.